04 June, 2013

KOTA KINABALU : Mencari Mutiara di PASAR KRAFTANGAN KOTA KINABALU SABAH & JAMILAH JEWELLERY, Bersnokerling di PULAU MANUKAN & Bergambar di MENARA TUN MUSTAPHA...


21 Mei 2013 

Jom cari mutiara di....

PASAR KRAFTANGAN / PASAR FILIPINA KOTA KINABALU.

Ini adalah tempat wajib bagi pelancong yang mengunjungi Kota Kinabalu. Lokasinya di Jalan Fuad Stephen berhadapan kompleks Sinsuran.  Wujud sejak tahun 1970an lagi. Asalnya terletak di kawasan Kampung Air Kota Kinabalu kemudian berpindah di belakang bangunan Bank Negara Kota Kinabalu. Kemudian berpindah lagi pada tahun 1980an di bangunan UNHCR dan kekal sehingga sekarang. Bangunan ini sebenarnya bekas penempatan sementara pelarian Filipina disebabkan peperangan di Selatan Filipina semasa era 70an. Masa dulu, pasar ini banyak menjual produk kraftangan buatan Filipina dan sekarang macam-macam perhiasan dijual.Ada orang memanggil dengan Pasar Kraftangan, ada yang memanggil Pasar Filipina dan ada juga yang memanggil Pasar UNHCR.

'Trademark' pasar ini ialah barang kemas wanita dan lelaki berasaskan MUTIARA dan KRISTAL yang bermutu, asli dan rekaan yang mampu memenuhi semua citarasa pelanggan . Di sini adalah kegilaan membeli gelang tangan, kerongsang, cincin, rantai, loket dan butang baju yang berasaskan mutiara asli air tawar dan mutiara asli air masin laut dalam yang diperbuat daripada Sabah, Indonesia, Filipina dan Jepun. 

Mutiara air masin (saltwater pearl) yang berbentuk bulat dengan warna peach, hitam dan putih dianggap paling eksklusif dan tinggi nilainya kerana kesukaran untuk mendapatkannya, tiramnya diternak secara komersial dan cara pemprosesan yang berbeza. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Berbanding mutiara air tawar yang mempunyai bentuk seperti jagung, ubi kentang dan beras, sumbernya banyak, jadi harganya lebih murah. Ada gak mutiara buatan dipanggil Mutiara Swarovski yang diperbuat daripada gabungan mutiara sintetik dan kristal buatan syarikat Swarovski. Nampak la mutiara ini ada warna-warna kristal sikit. Difahamkan, kalau nak tau samaada mutiara asli atau palsu ialah dengan mengambil 2 biji mutiara kemudian geselkan. Kalau bunyi macam berpasir, asli la tu sebab mutiara ni ada lapisan kalsium. Kalau semasa digeselkan berasa licin, tiruan la tu.
 
 

Saya beli 12 kerongsang mutiara dengan harga RM 50. Tak tau la kena tipu ke tidak. Ada gerai yang jual serendah RM 4 seutas dan ada yang letak 3 barang untuk RM10. Tapi kalau di semenanjung, rasanya seutas RM 10 kot. Itu pun campur dengan kristal tiruan. Ramai gak pelanggan yang tercari-cari koleksi Intan Sofea yang dikatakan 100% mutiara air tawar, tahan karat, halus dan kukuh.

Selain mutiara, pasar kraftangan ini juga menjual  pelbagai produk kraftangan tempatan, Indonesia dan Filipina. Baju-baju tshirt dan cenderahati pun banyak dijual. Makanan berasaskan laut pun ada seperti ikan bilis dan ikan kering. Kalau nak merasa ikan bakar, sotong bakar dan makanan laut yang lain, pergi la belakang pasar kraftangan ni.Banyak gerai disediakan.
Saya kagum dengan peniaga-peniaga ni. Walaupun hampir 80% gerai-gerai menjual produk yang sama tapi kepercayaan terhadap rezeki Allah cukup kuat. So, diaorang tak perlu nak dengki-dengki yang penting kena bijak bagaimana untuk menarik hati pelanggan.

JAMILAH JEWELLERY

http://jamilahfsfy.com/image/data/store/jj%20map%20copy.jpgIni pun satu tempat untuk penggemar-penggemar mutiara dan kristal yang terkenal di kalangan pelancong yang beroperasi sejak 1996 lagi. Lokasinya di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu. Satu lagi cawangannya ada di 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.

Kat sini lagi rambang mata. Bermacam-macam mutiara, kristal dan permata daripada pelbagai kualiti, saiz, warna, rekabentuk dan harga. Kat sini semua ada...rantai, gelang tangan, gelang kaki, kerongsang, cincin, anting-anting dan butang baju yang diperbuat daripada Mutiara Air Masin, Mutiara Air Tawar, Mutiara Swarovski, Kristal Swarovski, permata, emas, perak dan batu jade. Kalau nak beli mutiara yang sebiji-sebiji pun ada. Yang asli pun ada, yang tiruan pun ada. Mutiara yang RM 10 pun ada, yang RM 5,000 pun ada. Ada mutiara yang bergred A, AA, AA+ dan AAA [ Berdasarkan pengkelasan kualiti Gemological Institute of  America (GIA)]. Gred AAA ni biasanya warna cerah seperti silver rose, bulat, saiz besar dan harga mahal. Juling...juling mata menengoknya. Sebenarnya selain mutiara, produk kraftangan pun banyak dijual di kedai Jamilah ni dengan harga yang berpatutan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak bagitau sikit tentang kristal Swarovski ni. Saya dimaklumkan, kristal ni diperbuat dari negara Austria. Pemilik dan penciptanya ialah Daniel Swarovski. Kristal ini adalah buatan manusia yang mempunyai kandungan timah sehingga 33%. Makin banyak timahnya, makin cantik kilauan pantulan cahaya dari permukaan dan dalam kristal tersebut. Cantik gak kilauan kristal ini, ada yang memantulkan cahaya spektrum pelangi, ada yang memantulkan cahaya tembaga dan ada yang memantulkan kilauan emas.Kebetulan, masa kami datang tu ada offer 50%. Ramai yang borong...
 
PULAU MANUKAN

Kalau pergi Kota Kinabalu, biasanya pelancong akan jalan-jalan ke Pulau Manukan yang merupakan pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman. Selain Pulau Manukan, terdapat 4 pulau lagi yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman iaitu Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Suluq. Namun demikian, Pulau Manukan nampaknya lebih popular dan maju. Selain snorkeling dan menikmati keindahan laut, terdapat juga chalet, rumah kelab, restoran, padang permainan dan kemudahan utiliti yang lengkap. Pulau ni juga dikelilingi hutan yang berbukit. 

Dengan bayaran RM 32 seorang termasuk sewa bot, snorkeling dan life jacket, kami pun meluncur laju menuju Pulau Manukan yang diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar dan Taman Laut Negara. Syok gak snorkeling. Berjuta ikan-ikan kecil nemo berwarna warni mengerumuni badan kita apabila diberi makan roti. Kalau kita pergi snorkeling jauh sikit dari tepi pantai, hidupan dasar lautnya lebih indah dan kita boleh lihat batu karangnya yang memelikkan dan menakjubkan mata memandang. Hati-hati tau dengan obor-obor.Masa kami pergi tu, ada pulak pelancong Korea terkena obor-obor, terpekik terlolong la minah Korea tu.
















 MENARA TUN MUSTAPHA

Pemandu pelancong kami kata, tak sah kalau pergi Kota Kinabalu tak ambil gambar berlatarbelakangkan Menara Tun Mustapha (dulu dipanggil Menara Yayasan Sabah). Menariknya Menara 30 tingkat yang menempatkan beberapa Jabatan Negeri, pejabat Yayasan Sabah, auditorium, teater mini, kawasan pameran dan restoran berputar ini ialah menggunakan teknologi bangunan tergantung yang disokong rod keluli regangan tertinggi. Kat dunia ni ada 4 bangunan je yang guna teknologi tersebut dan salah satunya Menara Tun Mustapha.
 
 

5 comments:

  1. salam tuan. boleh tanya pasal sabah x

    ReplyDelete
  2. Salam tn. sy salah seorg pniaga (kcil2an) dlm kraftgn kk ne... if nak try order accessories mutiara ni, bole jg dgn sy...hrg murah2 quality sama. nina 0135431212

    ReplyDelete
  3. Hallo para pecinta poker online nih aku mau kenalin agen poker online terbaik DNAPOKER
    Hanya Dengan Minimal Deposit Rp 10.000,- kamu Sudah Bisa Menikmati Semua Permainan Dalam 1 user id loh .
    * POKER
    * BANDAR CEME
    * BLACKJACK
    * SUPER TEN
    * DOMINOQQ
    * CAPSA SUSUN
    * CEME KELILING

    Dapatkan juga bonus-bonus menarik dari kami yaitu :
    - Bonus new member 30%
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus TurnOver mingguan Up To 0.5%
    - Bonus TurnOver Bulanan Up To 0.5%
    - Bonus Refferal Seumur Hidup

    Jadi tunggu apalagi, Ayo bergabung dan Download aplikasinya sekarang juga di hp kamu.

    Link Altenatif kami :
    www.dnapoker.co
    www.dnapkr.net
    www.dnapkr.com

    WA : +85586392773
    Line : dnapoker
    Wechat : dnapoker
    BBM : E33FF559

    ReplyDelete