18 May, 2015

I-CITY SHAH ALAM : SNOWALK, WATER WORLD i-CITY, ICE ADVENTURE, FUN DRIVE, ITSY BITSY, SUBMARINE, JUNGLE ADVENTURE, SPACE MISSION & DANCING WATER, 5D CINEMA

1) SNOWALK
Dibuka pada awal tahun 2011 dan terletak di I-City Shah Alam, Selangor. Tiket sebelum 6.00 petang : Dewasa RM 25, kanak-kanak RM 20. Tiket selepas 6.00 petang : Dewasa RM 35, kanak-kanak RM 30

Tiket ni sah untuk tiket masuk dan sewa baju sejuk. Kalau nak tempah kasut dan stokin kena tambah RM 10 ++. Kalau tak nak guna kasut ICITY, guna kasut sendiri pu takpe. Masa saya pergi bersama keluarga dapat la tengok salji turun kat kawasan pintu masuk. Seronok tengok kanak-kanak berebut-rebut menyambut salji buatan dari atas syiling.
 
Kesejukan SNOWALK ialah di bawah 5 darjah celcius dengan keluasan 50,000 meter persegi dengan 100 tan ais dan 100 mm kedalaman salji putih, halus dan lembut yang menyamai 90% salji semulajadi yang dihasilkan melalui air tulin dengan menggunakan mesin salji khas daripada Korea. Kat dalam ni, kita boleh lihat macam-macam ukiran ais seperti iglu, pelbagai ukiran haiwan, ukiran rumah, ukiran pokok-pokok, jambatan, pagar dan banyak lagi. Bertambah-tambah terujanya tempat ni bila dihiasi dengan pelbagai cahaya warna-warni menambahkan mod keseronokan. Snowalk tiada had masa. Main la sampai selsema. Kalau dah tak tahan, boleh keluar ke lobi jap kemudian kalau dah ok, boleh masuk balik.
TRIP BERSAMA STUDENT SAYA.....
 
 
 
 
 
 
 
 
TRIP BERSAMA KELUARGA .....











2) WATERWORLD i-CITY

Tiket dewasa RM 25 dan dibuka 11.00 pagi - 7.00 petang pada hari biasa. Pada hari cuti awam dan cuti sekolah pula bermula jam 10.00 pagi. Keunikan WaterWorld terdapat TORNADO RIDE yang dikatakan pertama di Asia Tenggara. Pengunjung akan merasai adrenalin selama hampir 30 saat yang menakjubkan dengan berpusing hampir zero graviti, kemudian melalui terowong air 160 kaki, kemudian melalui corong air setinggi hampir 7 tingkat dan bersudut 45 darjah. Kalau rasa takut, jom kita main air tempat lain.
 
  1) Children's Adventure Pool : tempat kesukaan kanak-kanak




2) Giant Jacuzzi
3) Spiral & Rainbow Slides

4) Wave Pool & River Adventure



3) ICE ADVENTURE
Tiket dewasa RM 10. Bersebelahan Snowalk. Tengok nama tempat ni macam sejuk tapi sejuk air-cond je. Takde ais pun. Kita akan naik keretapi khas, pastu melalui kawasan yang agak gelap sambil menyaksikan kiri kanan prob pemandangan artik dan screen tv. Pastu berhenti pertengahan jalan untuk tengok filem pendek kartun. Agak membosankan untuk orang dewasa.




4) FUN DRIVE
Tiket RM 10 kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh join gak untuk menemani anak-anak yang tak tau bawa kereta. Cantik tempatnya seolah-olah bandar mini. Kanak-kanak pun belajar cara memandu dengan selamat di jalan raya. Kurang kepuasan sebab rasa sekejap sangat.



 
 
 


5) SUBMARINE
Tiket RM 15 Dewasa. Kita akan masuk kapal selam kemudian rasai pengalaman seolah-olah kita berada di dalam laut dalam. Sebenarnya kapal ni tak bergerak sikit pun tetapi dengan teknologi multimedia dengan video pemandangan laut yang bergerak-gerak menyebabkan mata dan otak kita tertipu seolah-olah memang bergerak betul masuk laut. Kalau pemandangan laut yang sebenar kan best.ini semua gambar kartun.Kurang kepuasan.







6) ITSY BITSY
Semua permainan di sini dikhususkan untuk kanak-kanak bermain dan mengambil inspirasi buku itsy bitsy yang terkenal.
 
 
 
 
 
 
 
 

7) JUNGLE ADVENTURE
Kanak-kanak boleh memandu sendiri kereta sambil melihat gambar, patung-patung binatang dan suasana seperti hutan

 

  8) SPACE MISSION
Bayaran: RM 15 seorang. Bila masuk tempat ni seolah-olah kita berada dan meneroka di planet dan ruang angkasa lain. Makhluk asing dan transformer pun ada. Ada juga disediakan kereta angkasa yang akan bergerak meneroka ruang angkasa sambil kita main-main tembak laser. Tempat menarik tapi kurang puas sebab rasa sekejap sangat.
 
 
 
 
 
 
 


9) CITY OF DIGITAL LIGHTS : DANCING WATER & MIST FOUNTAIN
Persembahan Dancing Water diadakan pada pukul 9 malam dan 10 malam pada hari isnin hingga khamis manakala hari jumaat, sabtu dan ahad diadakan pada jam 8 malam, 9 malam, 10 malam dan 11 malam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  

10) 5D CINEMA
Boleh memuatkan 12 orang dalam satu-satu masa. Tiket masuk RM 10. Kalau kita pergi dalam satu kumpulan, kita boleh pilih sendiri movie apa yang kita nak tengok. So kami pun pilih cerita hantu la. Setiap movie mengambil masa 8-10 minit.Visualnya memang hebat seolah-olah kita sedang mengembara di tempat kejadian sebenar.Jangan terkejut, akan ada extra effect seperti angin, terasa kena cuit kat bahu dan kaki, kerusi yang bergerak seolah sedang berjalan dan berlari.

  

1 comment:

  1. jom booking homestay saya di icity:

    https://www.booking.com/hotel/my/apartment-aaa-i-residence-i-city.en-gb.html

    ReplyDelete