01 February, 2013

KOH SAMUI, THAILAND : Satu Hari Berskuter di Pulau...

Januari 2013
Dengan pakej RM 450 dan rombongan seramai 75 orang dengan 2 bas persiaran dari syarikat di Perlis, kami melawat 3 tempat iaitu Koh Samui, Krabi dan Hadyai melibatkan 4 hari 3 malam.

http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/02/hat-yai-thailand-tumpuan-pelancong.html
Kami masuk melalui Bukit Kayu Hitam.Mula-mula kena uruskan pasport di Imigresen Malaysia.Pastu kena pegi pulak uruskan pasport di Imigresen Thailand. Beratur panjang, sejam gak baru settle.Kami makan malam di Danok. Menu daging bakar di gerai tepi jalan.Lepas makan kami pun bertolak ke Koh Samui mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan.Kami sampai di jeti Don Sak, Surat Thani lebih kurang pukul 5.30 pagi Malaysia. Jam kat sini kena lewatkan 1 jam dari jam Malaysia dan subuhnya pun awal pukul 5.30 pagi Thailand.

JETI DON SAK, SURAT THANI

Kami menggunakan perkhidmatan feri syarikat Seatran Discovery. Rasanya ada 3 syarikat feri yang beroperasi di sini. Masa perjalanan bermula jam 5.00 pagi Thailand & feri beroperasi setiap 1 jam.Tambang untuk perjalanan sehala 150 bath (RM 15.32). Perjalanan dari Don Sak ke Koh Samui mengambil masa 1 jam 30 minit.
 

Best la feri ni.Kemudahannya cukup lengkap.Bukan setakat boleh bawak kereta, lori treler & bas pun boleh masuk.Tempat duduk di ruangan dalam memang selesa, ada sofa, ada pulak tempat mengurut kaki dan spa, ada kiosk makanan & minuman, televisyen dan ada aircond. Sangat selesa berbanding feri langkawi.Kalau sesiapa yang nak menyaksikan pemandangan laut, boleh melepak di ruangan paling atas feri.Memang rasa macam naik feri dalam filem Titanic je. Cuma masalahnya takde surauuuu...terpaksa la kami buat surau sendiri kat ceruk-ceruk atas dek...








JETI KOH SAMUI
Setelah 1 jam 30 minit, kami sampai di Jeti Koh Samui.Bosan gak lama-lama kat atas feri ni.





Lupa la, nama hotel tempat kami menginap ni, tapi dekat dengan jeti dan mengadap laut.Satu malam pun 180 baht (RM 80), takde breakfast dan takde lif.Kena naik tangga le jawabnya, sapa-sapa yang dapat bilik tingkat 4.Terus terang, keadaan biliknya kurang memuaskan tapi ada aircond. Sekadar nak tidur, boleh la.Pastu kami sarapan dan makan tengahari di kedai makan Muslim bersebelahan hotel tempat kami menginap.Menunya tomyam, siakap stim, kailan dan telur dadar.Di sebelah kedai makan ni, ada pulak kedai sewa motosikal yang dipunyai oleh Orang Putih dari UK.Saya dan kawan-kawan pun sewa skuter dengan harga 200 baht (RM 20) untuk 24 jam.




JALAN-JALAN SEKITAR KOH SAMUI
Koh Samui, Surat Thani adalah pulau ketiga terbesar di Thailand dengan keluasan 229 km persegi (88 batu persegi) dengan jumlah penduduk sekitar 55,000 orang, majoritinya orang Siam Budha. Langkawi lagi luas sebenarnya (478.5 km persegi / 185 batu persegi) dengan penduduk Langkawi sekitar 65,000. Kalau mengikut Traveler's Choice 2012-Beach Destination, Pantai kat Koh Samui ni tak termasuk pun dalam Top 25 The best beach in the world. Kalau tengok Top 10 beach in Thailand 2012, pantai Koh Samui melalui Pantai Chaweng hanya tempat ke 6 je. Kalau di Asia, no 8 terbaik. Maksudnya, ada lagi pantai lain yang lebih terbaik.

Nak tau keadaan di Koh Samui ni senang je. Bayangkan macam pergi Langkawi. lebih kurang sama je. Di Pulau Koh Samui ni ada banyak deretan bangunan kedai, shopping complex, kawasan kampung, bank-bank, lapangan terbang, pasar malam, pulau-pulau kecil disekitarnya, pusat hiburan, beribu hotel, chalet, apartment, banglo. Macam-macam nama pantai ada di sini seperti Pantai Chaweng, Lamai, Bang Rak, Bo Phut, Mae Nam, Choeng Mon, Taling Ngan, Lipa Noi, Nathon Town, Hua Thanom, Angthong National Marine Park  dan sebagainya. Selain pantai & pulau, kita boleh pergi snokerling, naik gajah merentas hutan (500 baht, 40 minit), tengok air terjun, aquarium, naik ATV, tengok ular, gelanggang muay thai, paintball, golf, kuil Budha, Go Kart, menembak dan sebagainya. Disebabkan kami kat sini satu hari je, tak boleh la nak pergi semua sekadar tengok pemandangan laut je.Mandi pun tak sempat, snokerling lagi la tak sempat.Pakej mengelilingi pulau & snokerling mahal gak kat sini lebih kurang RM 100 seorang.

Kalau nak rasa kepuasan, sewa skuter sebabnya kita boleh masuk mana-mana lorong dan jalan. Kalau sewa kereta pun ok gak tapi kadang-kadang tu jalan agak sesak.Kalau naik teksi atau tut-tut pun boleh gak.Pilih la mana-mana yang sesuai.












LAMAI BEACH
Membahayakan iman betul la tempat ni. Bila masuk tempat ni, rasa macam kat USA atau UK. Kiri kanan, depan belakang, atas bawah, semua nampak orang putih,orang hitam dari seluruh dunia.Memang pusat hiburan terbuka orang putih la. Bau arak di mana-mana, sepanjang jalan beratus kelab malam, tiger show terbuka, mini-mini pub, pusat-pusat mengurut, pub-pub pelacur, lambaian manja pelacur-pelacur mak nyah, restoran-restoran, bergelimpangan mat-mat & minah-minah salleh bercawat dan berbikini di tepi-tepi pantai dan tepi jalan dengan sangat-sangat bebas. Semuanya sah dan dibenarkan.haiiii...bahaya, bahaya.Kami melepak kat nite market je la, beli cenderahati....









PERKAMPUNGAN MELAYU
Lega rasanya bila nampak satu-satunya masjid di Koh Samui.Kami bersolah, bersembang dengan orang Islam di sini dan makan di restoran Muslim.Menunya sama je tomyam, kailan, ikan siakap dan telur dadar...jemu rasanya asyik makan benda yang sama je...



JETI KOH SAMUI (perjalanan pulang)
Keesokkan paginya, kami pun check out. Memang tak puas duduk sehari kat sini.Tak banyak destinasi pergi.Kalau cuti 2-3 hari kat sini mungkin berbaloi.Kesian orang yang naik bas, lagi la tak banyak tempat nak explore. Bagi saya, Koh Samui ni biasa je, dari segi destinasi pantai dan pulaunya lebih kurang sama je moodnya seperti di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Tapi sapa-sapa yang suka pulau, mungkin tempat ni menyeronokkan. Takpe la, yang penting, kalau orang tanye dah pegi Koh Samui ke belum, saya akan kata dahhhhhhhhhhh.......best atau tak best, itu belakang kira, yang penting dapat menimba banyak pengalaman di negara orang...







1 comment:

  1. tq bro info...lepas raya ni sampai dgn family overland....ridesantai.blogspot.com

    ReplyDelete