23 April, 2019

FESTIVAL STARLIGHT ANTARABANGSA ALOR SETAR, KEDAH

APRIL 2019

Festival Starlight Antarabangsa telah diadakan di Tapak Karnival Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah selama 10 hari bermula 10 - 20 April 2019. Festival ini merupakan kali pertama diadakan di Semenanjung Malaysia dengan sekitar 160,000 biji lampu menghiasi dan mewarnai suasana malam. Terdapat juga lebih kurang 30 jenis corak, 8 tema reka antarabangsa, rekabentuk Gunung Fuji yang dikatakan tertinggi di Malaysia, giant castle dan terowong lampu sejauh 50 meter. Dibuka bermula jam 6 petang - 11 malam dengan tiket RM 8 dewasa dan kanak-kanak RM 2.

Sambutan pengunjung memang ramai. Bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan rekabentuk lampu LED yang mengagumkan dan sangat kreatif. Takde la besar sangat tempat ni tapi berpeluh gak dibuatnya, jalan perlahan-lahan kemudian ambil gambar, rasanya 30 - 40 minit dah selesai. InshaAllah, nampak macam ramai je orang datang, mungkin akan diadakan sekali lagi pada masa akan datang. Harap-harap lagi best, lagi banyak rekabentuk lampu dan lebih kreatif berbanding penganjuran kali ini.














16 April, 2019

99 WONDERLAND PARK : Tasik LED pertama di Kuala Lumpur

Februari 2019

Asalnya kolam pembentungan terbiar berkeluasan 23 ekar, kemudian syarikat JL99 Group yang merupakan pemaju hartanah memperuntukkan RM 18 juta untuk mengubahsuai kolam terbiar ini menjadi kawasan rekreasi yang menarik. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang boleh dijalankan di sini.

Lokasi : Tasik Sri Murni, Jalan 1/3 A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur (Dekat dengan Pasar Borong Selayang)

Waktu Operasi : 10.00 pagi - 11.00 malam (Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum ditutup hingga 12.00 tgh malam) 
Isnin dan Selasa : Ditutup


Tiket Dewasa : RM 13                   Kanak-Kanak 4 - 12 tahun : RM 8
Tiket Cruise Dewasa : RM 10        Kanak-Kanak : RM 5



Taman rekreasi ini berkonsepkan terbuka dan aktiviti yang kita boleh join :


Jetty & Cruise dan Colourful Water Fountains
Pelayaran sekitar tasik sambil melihat pemandangan lampu, itik dan angsa yang sedang berenang. Selain itu, boleh lihat air pancut yang berwarna-warni di tengah-tengah tasik.





Sky Fountain
Kolam hiasan yang dihiasi lampu, ikan koi Jepun dan air pancut. Pelawat biasanya mengambil gambar di sini.


T-Rex Ring
Ada Tyrannosaurus yang sedang bergerak dan berketinggian 3.5 meter. Ala-ala Jurassic Park.


Magical Bridge
Kalau waktu malam memang cantik sebab dihiasi lampu.




Permainan Madagascar Carousel


Deer Yard, Bird Square, Ostrich Farm & Peacock House
Boleh bagi makan kat rusa, pengalaman yang best untuk anak-anak.




Duck Lagoon
Seronok tengok itik ni berkerumun dan mengejar makanan yang kita bagi.




Persembahan Bunga Api


Golden Waterfall
Air terjun emas yang panjangnya 115 meter. Port terbaik ambik gambar.


12 Zodiac Walkway & Boarwalk
Sepanjang laluan, ada 12 patung haiwan Zodiak yang merupakan kepercayaan kaum cina yang mana setiap tahun diwakili sejenis haiwan. Kemudian kita boleh berjalan-jalan di boardwalk sejauh 175 meter dan menyaksikan pemandangan tasik.



Bird Island & Snake House & Harchery Room



Buggy, Train, Duck Boat & Swan Boat

Pelbagai Arca LED