03 December, 2018

GUNUNG CHAMAH : Ouhhhhh...Cabaran Tanpa Henti

NOVEMBER 2018


CABARAN 1 : Plan asal nak mendaki Gunung Ulu Sepat tetapi ditutup sehingga Januari 2019. So kami tukar ke Gunung Chamah. Ouhhhh...last minute, guide demam teruk, tak boleh pergi tapi takpa dapat guide baru. Allahuakbar, semasa perjalanan ke Gua Musang, sorang team kami accident, kecederaan luka agak teruk ditangan so tak boleh pergi. Ahhhh..1 jam sebelum naik powil, sorang pulak tak boleh pergi sebab tiba-tiba mak bapak dia tak bagi pulak. Uhuuu, awal-awal lagi dah macam-macam cabaran. Takpa perjuangan tetap onnnnnn...

BUTIRAN PERJALANAN & PROFIL GUNUNG CHAMAH.

1) PAKEJ 3 HARI 2 MALAM : RM 260 seorang - Permit, upah guide, sewa powil, makanan mentah , fly & ground dan chef. GUIDE : EDDY JOHN (nama samaran). KEKUATAN : 10 orang

2) REPUTASI : Ke- 5 tertinggi di Semenanjung Malaysia (Kategori G7) - 2171 meter / 7123 kaki.

3) LOKASI & TEMPAT BERKUMPUL : Masjid Kuala Betis Gua Musang Kelantan. Masjid sederhana besar, parking luas dan selamat, tandas dan bilik mandi agak bersih, boleh tidur dan berehat di ruangan luar masjid yang agak luas.Jangan lupa, dah guna kemudahan masjid, kena la sedekah mana yang termampu dan masukkan duit dalam tabung masjid.

4) KEDAI MAKAN DAN KEDAI RUNCIT : sangat dekat dengan Masjid ni, jalan 3 minit je, boleh makan-makan kat kedai ni, goreng-goreng ada, tomyam ada, roti canai pun ada. Sebelah kedai makan ada kedai runcit untuk beli barang-barang keperluan.

5) PERJALANAN KE MASJID KUALA BETIS, GUA MUSANG : Kami bertolak dari Alor Setar jam 11.00 pagi melalui highway. Kemudian keluar kat Simpang Pulai, Perak dan menuju ke Cameron Highland. Dah sampai simpang Cameron Highland, jangan masuk Cameron pulak, jalan terus lagi menuju ke Gua Musang. Jalan memang berbukit-bukit dan pemandangan yang sangat cantik. Akhirnya sampai ke simpang tiga yang terakhir. Kalau menghala ke kanan pergi Gua Musang tapi kami masuk simpang ke KIRI yer dan drive lebih kurang 15 minit, jumpa la Masjid Kuala Betis sebelah kanan. Masjidnya agak tersorok sikit, kalau terlajak tanya je orang kampung kat kampung Kuala Betis ni. Sekitar jam 5 petang, kami pun sampai di Masjid Kuala Betis.

6) PENGALAMAN PENDAKIAN.

☺ CABARAN 2 : 5 JAM NAIK POWIL MENUJU KE POS SIMPO . 

Sekitar 8 pagi, kami bagi-bagi ration dulu, kemudian naik powil. Harini meriah sebab ada 4 team lain, melibatkan hampir 80 orang pendaki dengan 7 powil. Sarapan dulu kat kedai berdekatan. Lepas tu bermula la perjalanan menaiki powil yang sangat mencabar, menggerunkan dan menyeronokkan. Jangan harap ada jalan yang ok, semua jalan teruk, berlopak, berlubang, berselut, becak, berbatu, berbonggol, jalan tanah merah. Memang bergegar badan dan otak sepanjang perjalanan. 

Ada beberapa team kami yang tak tahan, muntah-muntah dan pening sepanjang perjalanan. Kadang-kadang gerimis, kadang-kadang panas. Ada gak tanah runtuh sikit-sikit. Hati-hati kalau berdiri kat powil, jaga-jaga kepala, banyak sangat ranting kayu dan buluh berjuntai. Hati-hati gak, jangan leka sangat, takut powil tu terbabas ke atau masuk lubang, boleh jatuh terpelanting kita. Dengar kata, harimau, gajah, babi dan haiwan liar banyak kat area jalan ni.







Alhamdulillah, tak boring sangat, sebab disajikan pemandangan kiri kanan yang sangat cantik, kehijauan hutan yang menenangkan, melihat sungai mengalir deras dan menyaksikan perkampungan orang asli yang jauh di pedalaman.Ouhhh ada sekolah rendah gak kat kawasan pedalaman ni. Hebat pengorbanan cikgu sekolah tu. 

Ahhh...semakin jauh perjalanan, jalan semakin teruk, tayar powil kena pasang rantai sehinggakan ada powil yang sangkut, tak boleh jalan. So, apa lagi, terpaksa berhenti kejap dan gotong royong timbun tanah dan tolak ramai-ramai. Setelah hampir 5 JAM mengharungi cabaran powil yang cukup best, Alhamdulillah kami pun sampai kat Starting Point. Uhuuu baru starting point. Ada sungai kat sini, boleh la basuh-basuh apa yang patut, berehat, solah dan makan tengahari dulu.






☺CABARAN 3 : 4 JAM MENUJU KAMPUNG REKOM (Kampung Orang Asli)

Selepas makan tengahari, jam 2.00 petang, kami pun mulakan pendakian. Naik bukit turun bukit, sampai puncak tipu, melalui laluan tanah merah, ada gak melalui kawasan tanah runtuh, merentasi kawasan pokok paku pakis dan kawasan lalang tebal. Bila cuaca panas, memang rasa terbakar sebab hutan tak tebal sangat, kurang pokok-pokok besar. Sampai satu tempat, nampak kesan hutan terbakar agak luas. Namun sepanjang perjalanan, pemandangan sekeliling cukup mengagumkan. 











Setelah 4 jam berjalan secara santai, akhirnya sampai di Kampung Rekom yang merupakan kampung terakhir. Penduduknya tak la ramai sangat, rasa-rasanya ada 5 - 8 keluarga yang tinggal di rumah yang diperbuat daripada buluh. Bekalan air paip pun ada cuma tiada elektrik. Memang kami sangat kagum dan sangat respect dengan penduduk Kg. Rekom ni, jauh daripada tamadun dan pembangunan, tiada jalan yang elok, nak sampai kat sini 5 jam naik powil pastu jalan lagi 4 jam, tapi diaorang boleh survive dan hidup bahagia. Anak-anak Orang Asli kat sini, kalau pergi sekolah yang terdekat mesti hampir 8 jam gak perjalanan. Sangat hebat pengorbanan...

Kat sini ada rumah kosong yang diperbuat daripada buluh dan biasanya dijadikan klinik Kg Rekom. Boleh muat 20 orang. So rumah ni la tempat untuk kami camping, masak, tidur dan berehat. Kami pun dibenarkan untuk menggunakan bekalan air paip di kampung ni. So tak yah la mandi sungai. Dengar kata, kena booking dulu tempat ni dan bayar gak sewa kat Tok Batin orang asli Kg. Rekom. Kami pun tak tau camne prosedurnya, serah 100% kat guide je. Sebenarnya banyak tempat untuk camping kat kawasan ni, ada team yang camping kat tepi sungai dan ada yang camping kat Kem Pakma.







Yup, memang selesa dapat camping kat pondok buluh ni cuma satu je masalah, banyak betul anjing kat sini. Kalau kita leka sikit, anjing tu akan masuk pondok ni dan akan gigit semua makanan. Memang kena jaga siang malam, nak halau anjing-anjing ni daripada masuk pondok.

☺CABARAN 4 : PENDAKIAN GUNUNG CHAMAH dari KG. ASLI REKOM.

Sepatutnya pukul 3 pagi bertolak. ahhhh terlewat bangun. Lepas siap-siap bawak bekalan makan tengahari, bekalan air dan apa-apa keperluan yang perlu di bawa, kami pun dengan hanya bawak beg daypack memulakan perjalanan dan pendakian dengan hujan renyai-renyai.

Peringkat awal pendakian agak santai dan berjalan di lereng-lereng sungai dengan deruan yang kuat, mungkin ada kepala air sebab time hujan ni. Merentasi beberapa anak-anak sungai, meredah ranting-ranting dan pokok-pokok balak yang tumbang. Bukit pun belum curam lagi. Berhenti jap kat tepi anak sungai untuk solah subuh berjemaah. Jam 7.30 pagi sampai di KEM TENGAH.

Kami teruskan perjalanan dan jumpa pokok sarsi, memang kulit ni berbau harum seperti air sarsi. Kami sampai di KEM TONGKAT ALI jam 8.45 pagi. Ouhhhh, seorang team kami cedera kat kaki dan tak mampu nak meneruskan perjalanan. Guide cadangkan semua kena patah balik. Bila dengar camtu, hancur yang amat sangat hati kami. 

Alhamdulillah, tiba-tiba ada satu group kat belakang kami baru sampai, team diaorang pun ada sorang injured. Maka kami pun bermesyuarat sesama guide. Keputusannya seorang guide akan bawak orang yang injured patah balik ke base camp manakala yang lain-lain teruskan perjalanan sampai puncak bersama seorang lagi guide. Cuma yang berat hatinya kami terpaksa pilih 2 orang lagi untuk teman guide bawak orang injured. Kami respect kat 2 orang ni yang dengan berat hatinya sanggup temankan bawak orang injured. Takpe la, kami offer kat 2 orang ni diskaun 70%, bayaran selebihnya kami tanggung, sebab sanggup berkorban.

Kami pun teruskan perjalanan merentasi hutan tebal yang sunyi dan jalan yang becak dan berlopak. Masih banyak laluan yang santai lagi, takde lagi pendakian yang curam dan telalu mencabar.

Jam 11.15 pagi , kami sampai kat PUNCAK ANAK CHAMAH. Alhamdulillah, sampai target kami sebelum jam 12 tengahari. Masa kat Kem Tongkat Ali, guide dah bagi amaran, kalau tak sampai jam 12 tengahari, team akan patah balik, tak boleh pergi puncak. Cuaca dah mula sejuk, dah banyak pokok renek dan bonsai. Keadaan hutan pun dah berlumut.Sesekali hujan gerimis dan berkabus. Kami makan tengahari dulu kat sini.

Selesai makan kami teruskan perjalanan dan bersedia meredah, mendaki dan merentasi 7 PUNCAK TIPU. Perjalanan memang rasa best sebab udara sejuk, syok dapat menyedut udara segar, hutan pun dah banyak berlumut dan jalan agak becak. Sampai di KEM CENDERELA jam 12.35 tengahari. Rehat 5 minit dan teruskan perjalanan.
Selepas melalui Kem Cenderela, jalan dah mula curam, banyak melalui akar-akar yang licin, ada gerimis sikit-sikit dan berkabus, agak sejuk, jalan pun dah banyak teruk dan becak. Sesekali terbenam gak kasut kat lumpur. Memang penat gak mengharungi cabaran laluan camni. Namun demikian, suasana hutan lumut pun makin cantik, mengagumkan dan menakjubkan. Subhanallah. Port yang sangat best untuk ambik gambar.










Alhamdulillah, setelah 10 jam berjalan dan mendaki,  jam 3.15 petang kami sampai di PUNCAK GUNUNG CHAMAH. Puncak ke-5 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan Alhamdulillah ini puncak G7 saya yang kelima. Memang sangat sejuk dan berkabus sekitar 10 - 15 darjah celcius sampai boleh keluar wap daripada mulut. Sekeliling puncak dipenuhi dengan pokok-pokok renek dan bonsai, memang tak nampak langsung pemandangan. Kalau nak tengok pemandangan kena meredah pokok-pokok renek kat situ. Memang rasa kepuasan yang amat sangat la, bukan senang nak sampai puncak ni.Alhamdulillah.


☺CABARAN 5 : TURUN PUNCAK CHAMAH.

Setelah 1 jam, berehat dan ambik gambar, kami pun mulakan perjalanan untuk turun. Turun lagi bahaya ni, jalan licin, laluan akar yang licin, mengharungi becak lagi. Kalau hilang fokus, boleh injured. Kami sampai di Puncak ANAK CHAMAH untuk regroup. Seorang team kami kaki injured dan pergerakan kami pun jadi slow. Guide tak bagi pecah, semua kena kerjasama, berkumpulan dan turun sama-sama untuk elak bahaya yang lebih teruk. 

Ouhhhh, semasa pertengahan jalan dah malam. Siksanya jalan waktu malam ni, macam-macam benda tersepak dan macam-macam duri terpegang. Pastu dengan hujan renyai-renyai lagi, cukup menyiksakan. Jalan memang teruk, licin dan banyak kali jatuh sebab kami team yang terakhir turun daripada puncak so jalan-jalan ni team lain dah redah dulu.

Mental dan emosi pun semakin down. Fizikal apa lagi, dah makin tak larat. Asyik terfikir 'bila nak sampai'. Setelah 21 JAM 30 MINIT meredah belantara malam yang pekat, jam 2.30 pagi, kami sampai di base camp Kg. Rekom. Alhamdulillah semua selamat. 

Adoiiii, ni la first time mendaki gunung, melibatkan masa yang sangat panjang, hampir 24 jam. Trek takde la mencabar sangat seperti Yong Belar, Yong Yap dan Korbu tetapi memang terasa trek Chamah ni boleh tahan jauh. Abis, pakaian kotor, so mandi dulu kat paip Kg Rekom, solah jamak, masak-masak sikit untuk makan malam yang dah lewat , pastu 4.30 pagi baru tidur.

☺CABARAN 6 : PERJALANAN KE DROP POINT POS SIMPO.

Ahhhh, masih terasa penat lagi. Jam 10.00 pagi, kami pun berangkat pulang dari Kg. Rekom. 4 jam, naik bukit, turun bukit, jungle tracking, tengok pemandangan kiri dan kanan, ambik gambar kenangan dan jam 2.00 petang sampai kat Pos Simpo. Kat sini ada anak sungai, boleh bersihkan badan dulu, solah dulu dan makan-makan sikit sebelum naik powil.





 ☺CABARAN 7 : NAIK POWIL PULANG KE MASJID KUALA BETIS.

Jam 2.30 petang, kami pun gerak menaiki powil. Perjalanan kali ni agak sejuk, mendung, hujan renyai-renyai dan jalannya sangat sangat teruk sebab hujan. Kami terkandas di pertengahan jalan. Abis tayar powil terbenam kat lubang, tak boleh nak jalan. Lebih sejam gak kami berusaha timbus tanah, masukkan batu, letak batang pokok, tolak powil beberapa kali. Gagal gak. Memang abis kotor satu badan, dah tak nampak macam orang. Kami pun tak putus asa, terus berusaha sebab hari pun dah nak gelap, akhirnya powil berjaya keluar dari lubang ni. 

Alhamdulillah. Kami pun meneruskan perjalanan dengan hari yang gelap, melalui lereng-lereng bukit dan kadang-kadang ada perasaan takut sebab tempat ni memang kawasan laluan harimau dan gajah. Setelah 5 jam 30 minit, kami pun sampai kat Masjid Kuala Betis. Dengar kata, ada satu powil kat belakang rosak, kesian, terpaksa tunggu rescue daripada powil lain. 

Dah masuk Isyak pun. Kami pun bersihkan badan, kemudian solah, pastu pegi makan kat kedai yang dekat dengan masjid ni. Jam 10.30 malam, kami pun berangkat pulang, melalui jalanraya Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai yang penuh dengan kabus tebal. Waktu subuh, kami pun sampai rumah. SYUKUR....Memang betul la kata orang, "Gunung Chamah ni cabarannya memang non-stop". 

7 comments:

  1. wow cikgu.. saya pulak yang berdebar.. happy reading..tq perkongsian yg sangat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, klau persediaan lengkap, smua bisa aja

      Delete
    2. Mcm mne nk berurusan ye..nk g jugak

      Delete
    3. Kalau ada group sendiri, boleh contact guide yg sy guna (no tel. check kat post sy tu). Klau nak join group lain, banyak dah penganjur pegi chamah ni, kena check iklan kat facebook HARAM atau HACAM

      Delete
  2. bolih dapat no contact guide untuk Chamah?

    ReplyDelete