08 November, 2010

TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM : Laluan Kanopi Terpanjang Di Dunia...

SEPTEMBER 2010

Mula-mula tu ingat Laluan Kanopi ( ' Tree Top Walk' ) yang terpanjang di dunia ada kat Hutan Dhilinza KwaZulu-Natal, Afrika Selatan (tempat 'World Cup' 2010). Atau pun rasa-rasanya macam kat Santa Elena, Costa Rica. Atau pun mungkin di Hutan Amazon Iquitos, Peru. Atau yang dekat sikit dengan kita kat Hutan Simpan Walpole-Nornalup Australia Barat.Atau pun semua ingat kat Taman Negara Pahang...

 
 
 


Rupa-rupanya semua tu salah. LALUAN KANOPI TERPANJANG DI DUNIA ada kat Sungai Sedim, Kulim, daerah di Selatan Kedah.'So' tak yah membazir duit naik kapal terbang pergi 'oversea', kat Kulim ada. Naik kereta je boleh sampai. 30 km daripada bandar Kulim.
 
 
 'Tree Top Walk' Sedim ni bernilai 6 juta telah dibina Hutan Simpan Gunung Inas pada tahun 2004. Pastu siap tahun 2005 dan dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2006. Sekarang ni tahun 2011, maksudnya dah 5 tahun dibuka.Tu pun ramai lagi yang tak tau...laluan kanopi dibina menggunakan struktur besi tahan karat menyerupai jambatan dan mempunyai tiang. Berbeza daripada jambatan gantung di tempat lain yang biasa diikat pada pokok, laluan kanopi ini lebih teguh menampung beban, sekali gus menjamin keselamatan pengunjung yang bersiar-siar di atasnya sambil menikmati kehijauan hutan khatulistiwa dan penghuninya.
 
Panjang 'Tree Top Walk' Sedim ialah 950 meter. Paras paling tinggi, adalah 26.9 meter dari paras hutan atau kira-kira 50 meter dari paras bumi. Tinggi tu...Bayaran untuk dewasa RM 10 je, kanak-kanak RM 7.Murah je...

PENGALAMAN MENYUSURI TITIAN KANOPI TERPANJANG DI DUNIA.

Memang menakjubkan. Apabila berdiri sepanjang titian ini kita akan merasa seperti burung yang sedang terbang sambil memerhatikan dari atas langit. Mata kita akan terpukau apabila melewati air terjun Sungai Sedim yang jernih dan mengalir deras sambil melalui jeram batu. Deruan Air Terjun cukup mendamaikan hati.

Kemudian mata kita beralih pula pada keindahan kehijauan pepohonan hutan.Tak perlu mendongak kerana kita sudah berada di pucuk pokok-pokok Jati, Cengal, Meranti, Keruing, Balsa dan Ramin. Kelihatan dan kedengaran pelbagai jenis burung berkicauan dan unggas yang mendesir. Siamang, tupai dan monyet daun yang melompat bebas. Semua keindahan ini menambahkan kesyukuran dan ingatan kita pada Allah yang mencipta segala kejadian yang indah.



4 comments:

  1. ermmm nak tnya, kita boleh p main air terjun tu x? hehe

    ReplyDelete
  2. takde masalah...boleh mandi..tumpuan orang ramai gak..

    ReplyDelete

  3. pengunjung boleh datang macam biasa , dibuka sepanjang tahun . Jika inginkan pengalmaan lebih menarik sekarang ada guider khas , kena call dulu untuk tempah.
    0136061652. .

    ReplyDelete