31 January, 2016

MUZIUM COKLAT KOTA DAMANSARA : Ilmu Berkaitan Coklat, Demonstrasi Membuat Coklat & Keseronokan Membeli Coklat

Muzium Coklat yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini dibuka oleh pengeluar coklat tempatan dan pengedar terbesar di Malaysia iaitu DR Group Holdings Sdn. Bhd. terletak di no. 2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Selangor. Jenama coklat popular yang dikeluarkan oleh syarikat DR Group ialah Danson, Fidani dan Milton. Coklat jenis Danson dan Milton lebih kepada menggunakan mesin manakala coklat jenama Fidani lebih eksklusif kerana menggunakan kemahiran tangan.

Konsep yang diketengahkan oleh muzium coklat ialah menyediakan pengetahuan yang bersifat interakif, pengalaman melihat membuat coklat dan keseronokan membeli coklat dengan harga yang berpatutan. Kalau sapa-sapa yang tak pernah pegang biji kopi, boleh cuba kat sini. Dan kalau nak tau bagaimana rupa buah raja koko Afrika, boleh lawat tempat ni.Dibuka secara percuma dan setiap hari bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang.
 
Apa yang menarik tentang Muzium Coklat ialah pengunjung boleh melihat pelbagai pameran dan maklumat yang menarik berkaitan coklat. Tujuannya supaya pengunjung mendapat ilmu tentang asal usul dan sejarah coklat, kebaikan memakan coklat, proses pembuatan coklat, negara-negara pengeluar dunia dan banyak lagi. Kalau nak tau, sebenarnya coklat sudah wujud sejak zaman Tamadun Olmec lagi yang merupakan kaum purba Mesoamerika yang tinggal di hutan tropika selatan Teluk Mexico. Orang zaman purba sekitar 600 sebelum Masihi dah tau kelebihan biji koko yang dikatakan boleh memberi diet, kesihatan, pemulihan tenaga dan mengembalikan 'mood' yang baik kepada mereka. Ada juga bukti dengan penemuan tembikar kuno dalam makam puak Maya yang menceritakan kebaikan koko. Sekitar 900 masihi hingga 1858,pada zaman Aztec, penggunaan koko sudah banyak dipelbagaikan. Contohnya mereka menghidangkan minuman coklat dengan dicampur lain-lain perisa kepada golongan bangsawan.
 
Pada zaman Aztec juga, biji koko dijadikan mata wang. Kalau nak sebiji telur ayam belanda kena tukar dengan tiga biji koko. Kalau nak seekor ayam belanda betina kena tukar dengan 100 biji koko.Kemudian pelayar Christopher Columbus semasa membuat pelayaran di lautan Caribbean menyedari akan bernilainya biji koko ini dan membawa ke sekitar negara Eropah. Bermula pada masa inilah coklat semakin terkenal dan berkembang ke seluruh dunia.
 
Di Muzium Coklat, terdapat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 1879 oleh Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt. Pelawat juga boleh melihat bagaimana produk yang disalut coklat menggunakan mesin khas salut coklat. Selain itu, kalau kena pada masanya, pengunjung boleh tengok sendiri bagaimana chef yang berpengalaman mengadun coklat cair di atas marmar bagi menghasilkan coklat yang bermutu, halus dan berkilat. Ada juga demonstrasi bagaimana mencetak gambar di atas coklat.
 
 
Selesai sahaja kita menyaksikan pelbagai pameran interaktif, tontonan video dan demonstrasi yang mengambil masa 20 minit, seterusnya kita pergi ke kedai coklat. Di sini ada lebih 100 jenis coklat yang asli, berkualiti, halal, selamat dan berjenama seperti Ferrero, Hershey's, Nestle dijual dengan harga yang berpatutan dan mungkin boleh dapat diskaun sehingga 40%.
Muzium Coklat juga menyediakan kafe dan sebaik kita melangkah masuk, kita akan nampak replika KLCC yang diperbuat daripada 400 kilogram coklat yang mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan menggunakan kepakaran 4 orang chef.

5 comments:

  1. salam en..congrats for the each great/wonderful/amazing moments that u've showed in this blog..im really like it!..i can see that u are appreciate your life with travelling,discovering anything and everything surround you.your students are so lucky to have you as their lecturer..if you dont mind, in another trip or hiking or else..can i join your team too sir? i just want to treasure my life until the top as i can be...

    ReplyDelete
  2. boleh tak saya copy? untuk kerja pt3 sejarah

    ReplyDelete
  3. sabtu ahad buka pukul berapa?
    tutup pukul berapa?

    ReplyDelete
  4. sabtu ahad buka pukul berapa?
    tutup pukul berapa?

    ReplyDelete