26 MEI 2013
Kemanisan Mangga Harumanis dianggap ANTARA TERBAIK di DUNIA. Kemanisannya yang luar biasa apabila masak sepenuhnya 100%, rasa lemak isinya dengan warna kekuningan dan aroma baunya apabila masak cukup menjulingkan mata. Nak dapat mangga ni pun susah, hanya ada di Perlis dan Indonesia. Permintaannya cukup tinggi tetapi penawaran buah kurang. Sangat sedikit gerai buah di Perlis yang menjual Mangga Harumanis. Kegilaan peminat setia Mangga Harumanis sehingga sanggup booking secara online sejak bulan Februari lagi. Jadi tidak hairan lah, orang menganggap Mangga Harumanis ni sangat eksklusif, elit, ada imej dan keunggulan tersendiri. Disebabkan ciri-ciri tu la yang menyebabkan harga 1kg antara RM 20-25 dan sehinggakan Jepun cukup berminat untuk import Mangga Harumanis Perlis.
Kami memulakan perjalanan mencari Mangga Harumanis melalui jalan menuju Beseri Perlis sehingga la sampai IKM Beseri, pastu kami patah balik.Memang saya perasan ada beberapa gerai tepi jalan menjual buah mangga ni. Sebelum saya singgah di gerai buah, kami jalan-jalan dulu ke.....
KOMPLEKS PERTANIAN BUKIT TEMIANG,
BESERI PERLIS.
Selepas menghabiskan masa untuk mengambil gambar, kami pun meneruskan perjalanan dan berhenti di Gerai buah Mangga Harumanis yang berdekatan dengan Kompleks Pertanian ni. Makcik ni jual 1 kg = RM 20, saya pun beli hampir 4 kg berjumlah hampir RM 80. Buah tu tak masak sepenuhnya lagi, makcik tu suruh peram dulu 2 hari.
PUSAT KECEMERLANGAN MEMPELAM HARUMANIS, PUSAT PERTANIAN BUKIT BINTANG PERLIS.
Dari Beseri kami melalui jalan Sungai Batu Pahat menuju Pusat Pertanian Bukit Bintang. Tempat ni berdekatan dengan Taman Ular dan Ladang Anggur. Kat sini, memang betul-betul ladang mempelam Harumanis yang sangat luas dengan lebih 64 hektar dan dianggap TERBESAR di Malaysia. Ladang ni dijangka boleh mengeluarkan buah mempelam Harumanis sehingga 120 tan dan boleh dituai dengan anggaran 350,000 buah dan bernilai lebih RM 1 juta. Dengar kata, buah di sini banyak dieksport ke Jepun dengan harga 1kg = RM 100.
Teringat masa tahun 2009 dulu, harga mempelam Harumanis hanya RM 8 sekilo bagi gred A [saiz 450-650gram sebiji], RM 7 sekilo untuk gred B [350-450 gram sebiji] dan RM 6 bagi gred C [bawah 350 gram sebiji]. Sekarang ni tahun 2013 dah naik sekilo RM 20-25..ermmmmm....
Dah lapar ni, jom kita makan kat restoran yang ada menu ikan keli goreng paling rangup dan 'famous' di Perlis. [tak pasti, apa nama tempat ni, kat Mata Ayer kot]
Untuk Pengetahuan Jabatan Pertanian Negeri Perlis Tidak Menjual Hasil Buah harumanis Secara Borong,Mereka menggunakan Nama Jabatan Pertanian Negeri Perlis
ReplyDeleteMOHD JESRI BIN SAAD
JABATAN PERTANIAN NEGERI PERLIS
TQ FOR NICE INFO...
Delete