1) NEW YORK
Tempat menarik di kawasan ini ialah:
- LIGHTS, CAMERA, ACTION; Hosted by Steven Spielberg
Memang cukup teruja bila masuk tempat ni.Sebelum masuk,penonton akan dipersembahkan kata-kata aluan Steven Spielberg di skrin besar. Pastu kami masuk dan menyaksikan set pengambaran ketika ribut taufan yang sangat real. Prob dan persembahannya cukup hebat, seolah-olah kita memang berada betul-betul dalam ribut tersebut. Dengan angin kencangnya, api yang marak, guruh dan petir berdentum-dentum, pintu rumah yang sentiasa terhempas kuat akibat angin kencang dan bot dan kapal saling berlanggar. Wow dasyat...terkena gak tempias air kat baju kami.
- SESAME STREET ; Spaghetti Space Chase
Tempat ni adalah pertama di dunia dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kita akan menaiki kenderaan seperti keretapi, kemudian kita akan masuk ke dunia imaginasi alam angkasa untuk melihat kehidupan sesame street dan kawan-kawan.
2) SCI-FI CITY
- TRANSFORMER ; The Ride
- BATTLESTAR GALACTICA ; Blue Track
Ramai orang pening dan nak muntah bila naik battlestar ni sebabnya roller coaster terpanjang di dunia [World's Tallest Duelling Roller Coasters] dengan kelajuan 83 km sejam dan melalui lebih 14 halangan di udara. Bila naik benda ni, kita diimaginasikan seperti naik kapal angkasa, sekejap jatuh ke bawah, naik ke atas, berpusing-pusing dan kepala kat bawah.Syukur, saya tak muntah dan pening.Lagi dasyat berbanding Legoland kat Johor Bharu tu.http://www.haizanrunsah.blogspot.com/2013/01/legoland-nusajaya-johor-dunia-lego.html
- BATTLESTAR GALACTICA ; Red Track
Roller Coaster lebih kurang sama macam Blue Track. Cuma, kalau dah naik Blue Track, mesti kita akan kata kurang mencabar. Bayangkan 2 Roller Coaster bergerak serentak, kadang-kadang tu rasa macam nak terlanggar pun ada.
- ACCELATOR - tak main, sesuai untuk budak-budak
3) ANCIENT EGYPT
- REVENGE OF THE MUMMY
Tempat ni lebih kurang sama macam Transformer gak. Cuma Roaller Coasternya kurang mencabar, so sesuai kot bawak kanak-kanak 4 tahun ke atas (itu pun kena ukur ketinggian dulu). Kita akan masuk kenderaan, pastu kita akan melalui imaginasi dunia mummy. Kat sini gabungan paparan video dan reaksi patung-patung mummy yang menyeramkan. Suasananya agak gelap dan mungkin agak menakutkan bagi seorang kanak-kanak.Mungkin !!!!!
- TREASURE HUNTERS
Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan warga emas.Rasa menyesal je naik. Dah la tunggu lama, pastu kereta tu jalan tak sampai 10 minit. Tak berbaloi betul la...sekadar tengok patung-patung dan peralatan harta karun.
- OASIS SPICE CAFE
Dah lapar, kami pun makan kat sini. Tempat ni Halal dan suasana restorannya pun menarik, ala-ala zaman mesir firaun. Saya beli nasi beriyani dengan ayam je. Tu pun SGD 13.
4) THE LOST WORLD
- JURASSIC PARK ; Rapids Adventure
Tempat ni memang confirm, kita akan basah.Siap ada jual plastik untuk melindungi air lagi tu, tapi kena bayar SGD 2. Kita akan menaiki bot dan akan melalui sungai buatan yang kadang-kadang agak deras sambil menyaksikan patung-patung dinasor bergerak-gerak sambil terjerit-jerit. Part yang terakhir, bila bot jatuh menjunam dari atas kemudian terhempas. Masa ni abis baju dan kasut basah.
- CANOPY FLYER, DINO-SOARIN & AMBER ROCK CLIMB : Tak sempat nak explore, tak cukup masa
- WATER WORLD : Tak sempat nak masuk sebab shownya 2 kali je iaitu 12.30 dan 4.30 pm.Tempat ni best. Tension...tension tak sempat nak masuk.
- SHREK 4-D ADVENTURE
Kat sini kita menyaksikan filem Shrek 4D selama 15-20 minit. Kita akan lihat watak-watak filem tersebut timbul, betul-betul ada kat depan mata kita, rasa macam boleh pegang je. Kemudian kita akan terasa ada angin bertiup, ada tempias air yang mengena muka kita dan seperti ada labah-labah yang naik atas kaki kita.
- DONKEY LIVE
Kita akan menyaksikan watak kartun Donkey dalam Shrek bernyanyi, menari dan berkomunikasi dengan penonton. Apa yang menakjubkan saya ialah bagaimana kartun dalam cerita tu boleh bercakap dengan kami dan penonton lain secara live. Hebat la teknologi diaorang.
- ENCHANTED AIRWAYS & MAGIC POTION SPIN - Permainan kanak-kanak
- MADAGASCAR ; A Crate Adventure
Kita akan menaiki bot tapi jangan risau, takkan basah punya sekadar menyusuri sungai buatan. Di kiri kanan, kita akan saksikan patung-patung Alex, Marty, Melman, Gloria and friends dalam cerita Madagascar sedang menjalankan aktiviti di tepi sungai.
7) HOLLYWOOD
- MONSTER ROCK
Di sini kita akan menyaksikan persembahan teater muzikal berkaitan watak-watak hantu dalam filem. Ada nyanyian, tarian, sound effect, prob dan sound system yang cukup hebat.
- KARAKTER FILEM
Jangan bimbang, dalan USS ni ada disediakan surau kecil untuk lelaki dan perempuan.Betul-betul sebelah permainan Battlestar Galactica
http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/04/singapura-song-of-seasatu-satunya-di.html
http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/04/singapura-menjelajah-science-centre.html
sungguh seronok ghituu. He.
ReplyDeleteSalam, best baca jurnal travel ni. Macam teringin pula nak ke uss ni. Dengan harga rm 167 tu, boleh masuk ke semua tempat dan games yg en.haizan tunjukkan dlm gambar tu atau ada separate fees? Bukan apa kalau pergi dgn family...kena budget betul2 jugak ni.
ReplyDeleteye..bayar sekali je pastu boleh rasai semua games n aktiviti di situ. Kecuali, kalau nak makan, bayar sendiri...
ReplyDeletekata kt entrance ada surau. Sekrg masih ada lg tak? atau cuma satu je.
ReplyDeleteSurau disediakan. Masa sy pegi, bersebelahan Battlestar Galactica dan bahagian Firaun. Sekarang ni tak tau la...
ReplyDelete