JANUARI 2020
Tonton pengalaman kami di bawah :
Tonton pengalaman kami di bawah :

πApa yang paling penting booking guide dulu ye. Boleh hubungi nombor guide ni : 018-2539776 (Kak Sita), 014-8393965 (Nazmi), 012-5450113(Suzimi) atau 014-3415075. Guide yang jaga kami ialah Kak Sita, walaupun perempuan tetapi padu dan sangat cergas.
πHarga pakej : RM 20 seorang (Pakej termasuk upah guide, urusan polis, nasi lemak bungkus dan air minuman 500ml sebotol setiap peserta). Tambahan air dan makanan kena bawa sendiri.
πBeberapa hari sebelum panjat gunung, pastikan whatsapp kat guide dulu senarai nama beserta kad pengenalan, alamat, nombor telefon, nama waris dan nombor telefon untuk urusan polis.
πππππππππππππππππππππππππ
Starting Point : Jam 7.30 pagi, kami dah berkumpul di parking Telaga 7. Kena melepasi lokasi Cable Car dan terus sikit, baru sampai di Telaga 7.

Di kawasan starting point Telaga 7 ada disediakan beberapa gerai, tandas dan penginapan. Sesiapa yang join aktiviti Zipline Langkawi, di Telaga 7 gak la tempat starting point nya.
Seperti biasa, sebelum pendakian, guide memberikan taklimat dan sesi suaikenal. Selepas senaman, berdoa, kami pun mulakan perjalanan yang santai melalui ratusan tangga, jalan simen dan jalan tar. Selesa sangat la.

Di Air Terjun Telaga Tujuh, bermula lah pendakian sebenar. Masuk hutan tebal yang masih dara. Pokok-pokok yang bersaiz besar dan tinggi-tinggi sehingga kelihatan sarang burung. Rimbunan dahan yang meredupkan sepanjang perjalanan. Melalui juga tepi-tepi sungai. Treknya jelas, tanah gambut yang ditutupi akar-akar serabut dan tunjang. Selepas 40 meter, kami tiba Kem Saintis untuk berehat sebentar. Kemudian meneruskan perjalanan lebih kurang 20 minit sampai di Kem Tok Ayah. Ada wakaf di sini, boleh berehat sebentar.
Selepas Kem Tok Ayah, trek dah semakin mencabar, ada laluan berbatu, laluan berakar dan ada laluan yang menaik antara 70 - 80 darjah. Jika laluan yang merbahaya dan curam, memang sudah disediakan tali untuk memudahkan pendakian.
1 JAM SEBELUM PUNCAK : Kami berjalan memijak banyak batu-batu besar dikelilingi tebing batu yang tinggi. Pokok balak dan pokok hutan yang tinggi sudah digantikan dengan pokok renek dan bonsai. Angin dah mula bertiup kencang menggoncangkan dahan pokok sekeliling. Nyaman dan rasa tenang yang amat sangat apabila angin menerjah tubuh badan kami.

Semakin hampir dengan puncak, kami memanjat tebing batu yang agak merbahaya. Tali-tali disediakan untuk mengelakkan risiko jatuh. Dah nampak pemandangan 180 darjah gunung dan bukit sekitar. Dah boleh nampak kereta kabel di gunung bersebelahan. Pemandangan yang cukup menakjubkan.

Subhanallah, pemandangan 360 darjah di puncak lagi hebat dan mengagumkan. Cuaca sangat panas, langit yang biru, kadang-kadang ada juga awan putih mencantikkan pemandangan. Beberapa ekor burung helang berterbangan bebas seolah-olah meraikan kedatangan kami di puncak. Kehijauan gunung-gunung sekitar yang cantik dikelilingi lautan biru dan boleh nampak beberapa gunung nun jauh di Thailand. Paling unik, boleh nampak dengan jelas, beratus kereta kabel yang tergantung menuju puncak gunung dan menuruni gunung. Apa yang boleh kami katakan, pemandangan sangat awesome dan menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala kurniaan Allah.
Selepas sejam, kami pun turun dari puncak. Turun ni sebenarnya lebih bahaya terutama ketika menuruni batu-batu yang curam. Sedikit kelalaian boleh membawa padah. Selepas melalui trek berbatu, baru boleh jalan laju sikit tetapi sebelum itu kami singgah sebentar di kolam sungai yang kelihatan berwarna hijau dan kebiruan. Apa lagi terjun dulu la, membersihkan badan dan saja-saja seronok merasai air yang agak sejuk. Agak dalam juga. So, kena hati-hati.
Dah puas mandi, kami meneruskan perjalanan dan sampai di Air Terjun Telaga 7. Niat di hati nak mandi, tetapi disebabkan ramai sangat pelancong orang putih yang sedang mandi dengan pakaian yang tuuutttttt, tak jadi la....dosa mata je...Kami sampai di Starting Point jam 3.00 petang dan Alhamdulillah misi menawan Gunung Machinchang telah berjaya. Jumpa lagi pengembaraan seterusnya....
No comments:
Post a Comment