02 September, 2017

KILANG BATERI yang unik & TELUK SENGAT pemandangan petang yang menyengat

OGOS 2017
 KILANG BATERI 

Ni namanya kreatif dan inovatif. Idea yang tak masuk akal daripada pengasas Kilang Bateri, Johan Ariffin bin Mohd Ropi tapi akhirnya tidak mustahil dilaksanakan. Kilang Bateri bukanlah tempat orang jual bateri atau kilang yang keluarkan produk bateri tetapi merupakan pusat membeli belah berkonsepkan outlet premium yang menjual dan mengutamakan pelbagai produk usahawan tempatan sahaja. Memang asalnya tapak kilang bateri Eveready yang terbiar dengan keluasan 33,000 meter persegi dan dengan kreativiti encik Johan dan pasukannya berjaya mengubah menjadi sebuah pusat membeli belah popular dan berjaya tersenarai sebagai lokasi pertama daripada empat wajib dikunjungi di Johor Bahru selepas Pasar Karat, Johor Premium Outlet dan Puteri Harbour.

Kilang Bateri yang berkonsepkan struktur bangunan lama dan bertemakan vintaj dan hipster mall pernah menang Inovasi Sosial, Anugerah Wira Sosial Iskandar Malaysia 2015. Apa yang menarik di sini ialah pengunjung boleh membeli belah pelbagai produk daripada 184 usahawan tempatan seperti pakaian, gejet, alatan elektronik, hiasan, cenderahati, kasut, permainan dan sebagainya.Kat sini pun kita boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang sedap-sedap. Pada hari tertentu, kadang-kadang ada persembahan dan kegiatan seni yang dijalankan. Jom singgah KILANG BATERI. JALAN TAMPOI, BANDAR BARU UDA, 81200, JOHOR BAHRU.

 
 
 
 
 
 

TELUK SENGAT

 Teluk Sengat adalah Pekan kecil di daerah Kota Tinggi Johor. Disebabkan kami ada program di Kolej Profesional Bandar Penawar Johor, tu yang sempat jalan petang-petang kat sini. Tempat ini lebih kepada bersantai melihat pemandangan waktu petang dan matahari terbenam. Kita boleh berjalan di sepanjang jeti yang agak panjang sambil melihat aktiviti memancing, mengambil gambar dan merasai ketenangan muara sungai Johor. Dah puas jalan-jalan, kita boleh makan makanan laut segar di restoran yang mengadap sungai
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment