04 September, 2010

LIMA LANGKAWI : Teruja dalam Simpati....

DISEMBER 2009
Akhirnya berjaya gak tengok pameran udara kat Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.Pameran maritim tak sempat nak pegi...akan datang la.Sikit info berkaitan LIMA ni.Ianya merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan pada bulan Disember, setiap tahun ganjil di pulau Langkawi. Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri  manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.


LIMA ni ilham dari Tun Dr. Mahathir Mohamad dan LIMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1991. Asal nak buat LIMA dulu sebenarnya bagi tujuan platfom bagi pesawat-pesawat ringan dan sebagai eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik udara  je tapi sekarang, LIMA dah berubah jadi tempat untuk mempromosikan teknologi terkini kepada pak-pak menteri,tentera Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik.


Kami terpaksa menunggu agak lama kat jeti sebab semua kereta sewa abis disewa dan teksi asyik penuh je.Manusia berebut-rebut naik teksi.Akhirnya dapat gak naik van teksi.Itupun terpaksa bersesak-sesak macam sardin dalam tin....Masa nak sampai..Ya Allah, jalan jem gila.Dah la cuaca panas sangat..Akhirnya kami berjaya masuk ruang pameran selepas dipaksa bayar RM10...

Kalau orang kampung masuk dewan ni mesti rasa canggung sebab orang  yang jaga pameran kebanyakan orang putih , siap bertali leher dan berkot, semua cakap orang putehhh.Senang crita suasananya sangat eksklusif dan 'high standard'...eleee dunia tu semua...saya masuk selamba je pakai selipar bodoh-bodoh dan berbaju dan berseluarkan jenama murah yang dah berkedut...Lantak la sana...


Memang saya teruja tengok ruang pamerannya. Susun atur sangat menarik dan kreatif.Ala...banyak tunjuk segala macam enjin dan model-model berkaitan kapal terbang dan helikopter.Pastu ada la simulasi penerbangan sikit.Ni yang saya tak puas hati...pameran punyala hebat gila tapi surau alaaaa kecik sangat, tak selesa, tempat wuduk terpaksa berebut, lantai dan dinding pakai papan bodoh-bodoh je.Camtu la manusia bab dunia sanggup berabis berjuta ringgit, bab berkaitan akhirat ni, nak keluarkan peruntukan 1000 ringgit pun payah....geram iiiii.


Kemudian kami bosan dan berjalan cepat-cepat pegi keluar sebab pertunjukan aerobatik jet dah nak mula.Ya Allah kuatttttttnya bunyi enjin jet MIG.... jet Falcon F-16.... jet Sukhoi ni...Memang berdengung telinga.Syoknya bila jet ni berlepas, keluar api yang marak kemerahan dan terus meluncur laju ke awan biru dan terus hilang daripada pandangan.Pastu jet tu turun menjunam dengan sangat laju sampai pada tahap ketinggian yang rendah dan melewati atas kepala kami dengan ngauman bunyi enjin yang cukup bongkak dan takbur sambil mengeluarkan asap putih.Menangis teriak anak saya dengar bunyi enjin yang sangat kuat sambil menepuk bahu papanya, 'nak bayek..nak bayek' (maksudnya nak balik).


Bunyi enjin dan teriakan anak saya telah mengingatkan saya pada kisah-kisah peperangan di Palestin.Kita kat sini bila tengok dan dengar bunyi jet MIG, semua orang bertempik wooooo, terpekik terlolong sebab teruja, bertepuk tangan tanda kagum, melambai-lambai tangan kat pilot (bukan nampak pun dia) sambil tersenyum bangga. Tapi kanak-kanak kat Gaza, dengar je bunyi jet MIG Zionis Israel, semuanya fobia, menggigil ketakutan, berlari lintang pukang mencari tempat perlindungan, menangis sambil memeluk ibunya dengan erat, menjerit Allahuakbar-Allahuakbar sekuat hati dan akhirnya berakhir dengan darah syahid.Sebak hati ini bila dengar kisah satu ketika dulu di mana sekumpulan kanak-kanak Gaza sedang belajar di sekolah apabila tiba-tiba datang peluru jet Zionis laknatullah mengenai kanak-kanak tersebut.Semua kanak-kanak tu mati di tempat kejadian....Maafkan abang, adik-adik Palestin, abang tak punya apa-apa untuk dibantu tapi hanya sekadar senjata doa setiap masa..... Ya Tuhanku, aku merayu balaslah segala kejahatan zionis yahudi yang telah membunuh adik-adik ku di Palestin...Aminnnnn

No comments:

Post a Comment