12 December, 2018

WATER RAFTING ULU SLIM, SLIM RIVER : Pengalaman meredah sungai gred 3-4. Jangan lupa WATER BLOB, WHINCH BOARD SURFING & KAYAK

November 2018


Memang bahaya. Risiko Kecederaan tetap ada. Cuma, nasihat kami : "banyakkan berdoa, bertenang, ikut arahan guide, pakai betul-betul life jacket dan jangan panik". InshaAllah semua akan ok dan 'enjoy' pengalaman water rafting yang sangat menakjubkan.




PAKEJ KAMI

Team           : Kelab Hiking & Adventure, Kolej MARA Kuala Nerang.
Kekuatan     : 37 orang (18 lelaki dan 19 perempuan).
Pengendali   : Xventure Mind.   Alamat : Kg. Jelutong Tambahan, Kalumpang, Selangor. No. Telefon  : 012-4653307 ( En. Mohd Nassir). Website : www.malaysia-whitewater-rafting.com

Pakej : RM 150 seorang - White Water Rafting Ulu Slim, Water Blob, Winch Board Surfing, Makan Tengahari, Guide and River Refreshment. (30 % bayaran deposit booking, selebihnya bayar masa sampai kat Ulu Slim).
Grade Sungai Ulu Slim : Grade 3 - 4.    Jarak : 7 km.        Masa : 2 - 2.5 jam


Melalui highway, boleh keluar ikut Behrang atau Slim River. Pastu tengok waze atau google map berdasarkan share location yang guide bagi.Jauh gak sebenarnya, melalui jalan kawasan kampung.Kami sampai di Sekolah Kebangsaan Ulu Slim, Slim River dan waze terhenti sampai kat sini pulak.Rupa-rupanya kena jalan lagi ke depan, melalui kawasan kolam air panas di sebelah kiri jalan. Lebih kurang 5 minit sampai kat tempat tujuan. Ada kedai runcit dan tandas kat sini. Guide dengan powil dan lori pun dah tunggu nak angkut kami ke starting point.

WATER RAFTING
Ouhhhh, banyak gak group peserta lain hari ni yang menggunakan khidmat macam-macam pengendali outdoor. Dikhabarkan harini je dekat 30 bot dengan hampir 100 orang pelbagai negeri akan water rafting sekali. Meriah.

Kami pun naik lori untuk pergi ke starting point melalui jalan kawasan perkampungan orang asli. Lebih kurang 15 - 20 minit sampai kat sungai, tempat untuk mulakan water rafting. Setiap orang diberi life jacket, topi keselamatan dan paddle. Lebih baik pakai kasut getah je, sandle bertali atau kasut kalis air, pakai seluar sukan dan baju yang sesuai (cotton macam tak sesuai je). Handset dan apa saja barang berharga tidak dibenarkan di bawa. Kalau boleh cermin mata pun kena simpan, jangan bawa semasa water rafting.

Macam biasa, guide pun beri taklimat dan demonstrasi berkaitan keselamatan, teknik mendayung dan teknik kedudukan peserta di dalam bot semasa water rafting. Jam 11.00 pagi, kami pun masuk bot, untuk team kami disediakan 6 bot. 



Dah mula berdebar ni tengok air yang boleh tahan deras. Satu persatu bot mula keluar dari stating point.Tak perlu tunggu lama, adrenalin terus memuncak dengan meredah arus yang mengalir deras di sebalik batu-batu yang sangat ganas dan mengharungi jeram-jeram yang curam, mencabar dan menakutkan. 7 km dengan lebih 20 jeram mesti diharungi, so kena bersabar, kekal fokus, bertenang dan enjoy setiap detik. Terutama jeram yang dipanggil 'Jeram Kotak (Box Rapid)'. Biasanya akan ada bot yang terbalik melalui jeram ni. Takut memang ada, tapi dalam hati ingat Allah banyak-banyak so hati akan jadi mantap.





Dalam bot kami je, banyak gak drama yang menakutkan dan sangat dramatik. Semasa melalui sungai yang berbatu, tiba-tiba seorang team kami jatuh dalam arus yang deras. Terkapai-kapai la dia melawan arus. Apa lagi, dengan pantas, guide pun sangkutkan bot kami kat celah batu, pastu dia pun terus terjun untuk selamatkan team kami ni. Alhamdulillah selamat. Trauma gak dia beberapa minit pastu kembali semangat untuk teruskan perjalanan yang best sangat ni.

Satu lagi drama, Ketika melalui satu jeram yang curam dengan arus yang sangat deras, tiba-tiba bot kami senget 90 darjah. Apa lagi, beberapa orang team kami pun jatuh masuk dalam sungai dengan terkapai-kapai sambil berusaha untuk pegang bot dan naik kembali.Pengalaman yang begitu menakjubkan. Kerjasama yang sangat hebat.





Satu lagi drama yang paling hebat bila melalui jeram yang paling bahaya di sungai Ulu Slim ni. Team yang dah lepas dan berjaya melepasi jeram ni akan berhenti jap, semua berkumpul atas batu untuk menyaksikan bot-bot lain mengharungi cabaran paling ekstrim. 

Guide kami pun cuba sehabis mungkin untuk elak terbalik tetapi kami dapat rasakan semasa jatuh daripada jeram, bot kami menyelam dalam air yang agak dalam. Keluar-keluar je, kami pun semua menjerit kegembiraan kerana berjaya lepas tanpa terbalik. Tu dia hampir penuh bot kami dengan air. Orang ramai kat batu tadi pun bertepuk tangan sambil menjerit.







Semasa kami menyaksikan bot lain pulak, ada satu bot terbalik dan memang nampak beberapa orang terkapai-kapai dicelah batu seolah-olah macam nak lemas. Akhirnya berjaya keluar, dibawa arus deras, Alhamdulillah. Ada seorang team tu, jarinya luka agak dalam terkena semasa geseran batu.Apa-apa pun semua ok, stabil dan pengalaman yang cukup.. cukup.. hebat dan kepuasan sangat maksimum. So kami rehat jap. Perbetulkan emosi dan mental dulu.
Kami pun meneruskan perjalanan arus deras yang penuh mencabar sekali lagi dan bila melalui jeram curam yang terakhir, masa ni la guide ni ermmmmm, dengan sengaja menterbalikkan bot, bagi semua masuk sungai dan mandi. 





Jam 1.00 tengahari, kami pun berjaya menamatkan ekspedisi ganas water rafting Ulu Slim. Main air jap, ambik gambar dulu. Lepas tu kami pun naik lori untuk makan tengahari kat kedai makan. Tengah lapar-lapar ni, memang sedap masakan makcik ni, masakan kampung.

WATER BLOB, WHINCH BOARD SURFING & KAYAK
2.30 petang, kami bertolak ke Tasik menaiki lori. Dekat je. Disebabkan ramai ni, so kena gilir-gilir dan bahagi-bahagi aktiviti. Aktiviti WATER BLOB ni sangat menarik dimana sorang akan memanjat menara dan sorang lagi pergi ke hujung belon besar. Kemudian, yang berada di atas menara akan terjun dan jatuh di atas belon tersebut. Apa lagi, orang yang berada di hujung belon tadi akan melantun dan melayang tinggi dan jatuh ke tasik yang dalam dengan penuh bergaya. InshaAllah selamat, jangan bimbang, ada life jacket.












Yang lain-lain boleh cuba WHINCH BOARD SURFING pulak. Ouhhh, senang je, kita kena meniarap di atas board dengan teknik yang betul, kawal betul-betul supaya tidak senget dan jatuh. Kemudian guide akan memandu bot sambil menarik board tadi dengan tali. Wowwwwww...best...meluncur laju merentasi dan mengelilingi tasik. 10 minit je tetapi menakjubkan.






Kalau ada kosong, boleh cuba BERKAYAK mengelilingi tasik dan boleh lihat pemandangan bukit-bukau yang menarik. 

Jam 4.30 petang, kami pun menamatkan aktiviti. Bersihkan badan dan tukar pakaian di tandas yang disediakan. Masuk bas dan tidur dengan muka tersenyum sebab diberi peluang merasai pengalaman yang sangat hebat dan menakjubkan. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks

    ReplyDelete
  2. Jika ada minat buat partnership untuk sewa bas murah untuk pakej anda, sila hubungi sy di laman web. terima kasih

    ReplyDelete