JANUARI 2011 
Kita hanya perlu melalui Lebuhraya Karak dan keluar ikut Bukit Tinggi. Kemudian bersedia la melalui jalan yang bengkang-bengkok. Sebelum masuk kawasan Colmar Tropicale, ada pulak pondok kaunter. Kena bayar seorang RM 12. Kalau bawak 4 orang, kena bayar RM 48. Mahalnya....Memandangkan kami bermalam di Resort, maka saya boleh tuntut yuran masuk tadi kat lobi resort. Itu pun untuk 2 orang je.
Dengan ketinggian 2700 kaki dari aras laut menyebabkan suasana 80 ekar di sini sangat mengasyikkan, mendinginkan dan menghijau. Pemandangan hutan hujan yang indah lagi menenteramkan dan menenangkan fikiran.Dengan mengambil tema suasana Perancis, lagi la menambahkan suasana romantik, keunikan dan kekeluargaan. Di sini memang ada tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti 'Japanese Village', 'Botanical Garden', 'Rabbit Farm', 'Horse Riding', Pusat Sukan dan Padang Golf. Resort ini juga menawarkan kemudahan aktiviti 'teambuilding'.
'Japanese  Village' memang tinggi daripada Colmar Resort lebih kurang 3,500 kaki  dari aras laut. Tempat ni adalah Perkampungan Jepun yang pertama dibina  di luar negara Jepun. Pertama kat dunia kot. Saya dan keluarga menaiki  kenderaan yang disediakan daripada 'Resort' ke 'Japanese Village'. Masa  kami pergi ni keadaan memang berkabus dan sejukkkkk......Sapa-sapa nak  merasai minum teh mengikut tradisi Jepun, boleh la 'join' tapi kena  bayar la. Bagi saya, tempat ni takde la hebat sangat. Bunga pun kurang,  lanskap pun kurang menarik. Tetapi disebabkan suasana nyaman dan dingin  maka tempat ni jadi menarik perhatian.
Jalan sikit kat bawah, jumpa la BOTANICAL GARDEN. Alahai...tak nampak macam botanical pun...kurang dijaga kot....
Kesimpulannya,  kalau pergi sini dan balik hari, rasanya macam tak berbaloi dengan  bayaran RM 12 seorang. Tetapi kalau bermalam, saya rasa berbaloi  menikmati keindahan, merasai kedamaian dan kedinginan ketika malam dan  terbit fajar.
 







 
No comments:
Post a Comment