23 October, 2012

LADANG HERBA & REMPAH RATUS NASUHA, PAGOH JOHOR: Pertama Kali Makan Buah Pokok Raja Gula di Ladang Terbesar Asia...

20 Oktober 2012, Sabtu.

Kebetulan ada program di Pagoh, Johor, apa lagi, kami pun curi kesempatan untuk melihat LADANG HERBA DAN REMPAH NASUHA yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara dan Asia yang dirintis dan dimiliki oleh Encik Nasuha Kasian. Senang je nak ke sini. Keluar Tol Pagoh (Plus), bayar tol pastu belok ke kiri dan terus. Perhatikan sebelah kiri, lebih kurang 3 km, sampai la...

Memang betul la, ladang ni memang luas seluas 3,200 ekar. Ladangnya berbukit dan ditanam dengan lebih 150 jenis pokok herba yang dikumpul dari seluruh dunia tanpa ada baja kimia dan racun. Setiap hari diaorang boleh menghasilkan sekitar 6 - 10 tan metrik bahan mentah herba dan rempah dan boleh menghasilkan lebih 100 produk herba yang sedia untuk dijual. Kualiti pemprosesan herba memang cukup dijaga bagi mengelakkan pencemaran dan mengekalkan nutrien serta kesegarannya.

Dalam kawasan ladang ini, terdapat kilang pemprosesan Herba, ada kemudahan chalet, asrama, kabin yang diperbuat daripada kayu, dewan, tempat seminar, tempat kursus, kawasan perkhemahan, ada tasik, kem Latihan Khidmat Negara, restoran herba, rawatan herba dan latihan rekreasi. Semuanya milik Tn Haji Nasuha....uhhhhh memang millionaire betul Haji Nasuha ni...Kat sini disediakan 3 pakej untuk lawatan. Maklumat lanjut sila rujuk web ni http://www.nasuhaherbsparadise.com/index.html. Semasa kami sampai, kebetulan ada rombongan dari sekolah rendah, jadi kami pun joint sekali team diaorang dengan bayaran RM 10 seorang.

1) PENERANGAN TENTANG LADANG & PRODUK HERBA NASUHA

Macam-macam daun herba yang ditunjuk masa penerangan ni... Ada yang pernah tengok, ada yang tak pernah tengok langsung..
 
 




2) AKTIVITI MINUM MINUMAN HERBA YANG PERCUMA
Ade berani...tak pahit pun..


3) RESTORAN HERBA
Menarik la restoran ni, lantainya diletakkan batu-batu kecil bagi tujuan refleksologi, dindingnya dihiasi ukiran simen yang menarik. Kalau nak makan nasi beriani ala-ala herba kat sini pun boleh.




 

 


4) LAWATAN LADANG HERBA DAN REMPAH



 Macam-macam pokok herba dan rempah samaada daripada Malaysia dan luar negara tumbuh subur kat ladang ni....




Kilang Herba yang didirikan dalam ladang ni





Gambar di bawah : Kulit pokok ni digunakan untuk buat minyak urut. Memang berbau kulit ni..




Gambar di bawah : Ini lah pokok yang mengujakan saya. POKOK RAJA GULA dan BUAH RAJA GULA. Memang susah nak cari pokok ni kat Malaysia tapi kat sini memang banyak dan tumbuh subur. Kami buat demonstrasi berkenaan kemanisan pokok Raja Gula ni. Pegawai Pemasaran kat sini, suruh kami makan daun pokok asam. ermmm memang masam sampai berkerut dahi kami. Pastu dia suruh makan Buah Raja Gula (buahnya kecil je yang berwarna merah bila masak). Pastu dia suruh makan balik daun pokok asam semula...Subhanallah...memang manisssssss.... Memang dah tak terasa kemasaman daun pokok asam tu...kami makan lagi beberapa helai daun pokok asam..masih manis lagi...Hebat kuasa Allah. 

Pastu Pegawai tu minta supaya kami makan biji buah pokok Raja Gula. Bijinya kecil je. Pastu dia mintak kami makan semula daun pokok asam. Pastu...Subhanallah masammmm balik daun tu. Rupa-rupanya penawar kepada kemanisan buah raja gula adalah biji buah tu sendiri.






Gambar di bawah : Inilah kabin yang berharga RM 500 semalam...Sultan Johor pun pernah duduk kat sini...





Gambar di bawah : Ini kabin yang murah sikit. Sekitar RM 200





Bila waktu malam, kami sempat jalan-jalan ke Muar dan makan Mee Bandung Muar yang terkenal tu....





No comments:

Post a Comment