Saya ada menulis tentang pengalaman di Phnom Penh, Kemboja bahagian 1 http://haizanrunsah.blogspot.com/2012/10/phnom-penh-kemboja-mengajar-hidup.html
Untuk post ini, saya akan ceritakan pulak pengalaman semasa buat Lawatan Khidmat Masyarakat di perkampungan orang Melayu Cham di Kemboja bersama-sama 9 orang guru dan 11 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang (semua geng-geng Majlis Perwakilan Pelajar ni)
Pukul 3.00 petang, kami bertolak dari Phnom Penh, Kemboja menaiki bas yang selesa. Perjalanan memang kurang selesa dan kadang-kadang agak membimbangkan. Semua jalan yang kami lalui semuanya bertar tapi sesetengah tempat tu, jalannya cukup sesak dengan macam-macam lori, trailer, lori kontena, bas, van dan motorsikal. Jalan pun berlubang sana sini dengan habuk berterbangan memenuhi jalan, kemudian dengan jalan yang licin dan kadang-kadang melalui jalan yang sempit yang boleh memuatkan satu kenderaan sahaja. Persekitarannya memang nampak kotor la. Kami juga melalui jalan raya highway yang bertol tapi saya rasa jalan kampung di Malaysia lagi baik berbanding jalan highway diaorang....tapi its ok, benda-benda camni yang buat saya teruja..rasa macam kembali ke zaman Malaysia tahun 60 an pulak.
Semakin jauh dari Phnom Penh, persekitaran dan jalan pun semakin selesa dan merelakskan. Kiri kanan nampak sawah padi dan ladang ubi kayu yang tersusun cantik menghijaukan persekitaran. Seronok melihat suasana kampung dengan rumah-rumah kayu ditepi-tepi sawah, orang menaiki kereta kuda dan kerbau, dan orang-orang kampung yang tengah sibuk memberi makan ratusan itik dan ayam....
Setelah 5 jam melalui pengembaraan yang penuh 'adventure' sehinggakan kami terfikir " kalau bas ni rosak atau kemalangan, camne nak buat.... " sebab semakin jauh kami jalan, semakin berkurangan kenderaan, rumah, kedai dan penduduk. Dah la, kadang-kadang macam-macam bunyi enjin bas ni...memang suspen betul la...Akhirnya, kami sampai lebih kurang jam 8.00 malam di Madrasah Kampung Thnalkeng, Seda Commune, Dambe District, Kampung Cham Province, Cambodia. Kami difahamkan, semasa awal-awal kampung ini tahun 1996, kampung Champ ini hanya lah hutan. Kawasan ini dianggap jalan maut pada zaman Khmer Rouge. Orang cukup takut datang...
Kami
pun meletakkan barang-barang ke rumah Ustaz Wahid merangkap Mudir
Madrasah Cambodia Islamic Association Development. Bagus la ustaz ni,
dia buat rumah sendiri dan dalam masa yang sama sebagai homestay bagi
memudahkan musafir atau tetamu menginap.Persekitarannya memang gelap
sebab kat sini takde elektrik hanya menggunakan generator.Bekalan air
pun guna air perigi atau air hujan. Memang macam Malaysia tahun 60 an
dan 70 an la...Kami pun solah berjemaah di masjid yang masih belum siap
sepenuhnya sejak tahun 2004 lagi. Dulu masjid ini hanya lah beratapkan
kayu dan akar kayu sahaja. Memang ustaz Wahid mengharapkan bantuan
penderma-penderma bagi menyiapkan baki pembinaan masjid ini.
Dibelakang masjid tu adalah kelas pembelajaran..kerusi & meja kayu buatan sendiri beserta papan hitam yang menunggu masa untuk hancur....simpati kan... |
Selepas
itu, kami pun makan malam. Makanan ni memang dimasak secara
gotong-royong oleh orang kampung. Tumbang gak seekor lembu semata-mata
untuk memberi hidangan kepada kami dan orang kampung. Masakannya pun
sedap cuma orang-orang kampung ni asyik tengok kami je masa kami makan.
selepas tu kami bersembang dengan orang kampung dan tidur. Orang
perempuan, tidur dibilik khas yang disediakan dan orang lelaki tidur je
bergelimpangan di ruang tamu. Ya Allah...makin malam makin sejuk dan
sunyi sepi yang kadang-kadang agak menyeramkan dengan bunyi anjing
bersilih ganti.
Tempat kami tidur.... |
Sempat bersarapan dengan roti buatan sendiri dengan cecah gulai daging.... |
Pagi ni, kami ada majlis khas untuk
penyerahan bantuan kewangan dan peralatan kepada Madrasah dan Masjid.
Ramai orang kampung hadir beserta sekitar 50 orang pelajar
Madrasah.Memang meriah la disusuli ucapan dari Imam, wakil guru
Madrasah, wakil rombongan kami, Mudir Madrasah dan wakil pelajar.
Diaorang memang cakap bahasa Kemboja tapi nasib baik ada penterjemah.
Saya teruja bila wakil Madrasah menceritakan serba sedikit tentang
sejarah Melayu Champ. Melayu Champ ni digelar Melayu Hanyutan Air. Masa
zaman Khmer Rouge dulu (tahun 1970-an), bangsa Melayu hampir-hampir
pupus.
Mereka membunuh bangsa Melayu Islam, mereka mengharamkan orang
Islam bersolah, mengharamkan puasa, mewajibkan membuka aurat,
menggalakkan perzinaan, dan dilarang keras bercakap dalam bahasa Melayu
Champ. Sesiapa yang berbual pada waktu malam akan dibunuh. Sesiapa yang
yang solah akan dibunuh.Mata-mata gelap dikalangan ahli keluarga
sendiri. Anak-anak sendiri jadi 'spy' kalau-kalau ibu-bapanya solah dan
wajib beritahu kerajaan Khmer Rouge supaya mudah untuk dibunuh. Ketika
itu, orang Islam terpaksa curi-curi solah. Orang agama juga ramai
dibunuh. Lebih 2 tahun, orang-orang Kemboja termasuk Melayu Champ yang
hanya makan bubur setiap hari. Jika dihitung secara kasar sekitar
500,000 melayu Islam dibunuh.Setelah tamat zaman Khmer Rouge,
orang-orang Melayu Islam Champ sudah hanyut dari agama Islam sebab tiada
tokoh-tokoh agama, semuanya dibunuh, tiada masjid dan tiada
madrasah.Sekitar 1980 an, ramai gak orang-orang Melayu yang melarikan
diri ke Eropah, Thailand, Perancis, Indonesia dan Malaysia.
Mengharukan
sebenarnya bila ada slot untuk bacaan Al-Quran dari seorang budak
berumur 6 tahun yang telah Hafiz 30 juzuk. Walaupun hidup yang dhaif dan
serba kekurangan dari segi kemudahan dan pembelajaran, tapi madrasah
ini masih berupaya melahirkan ramai Hafiz dan Hafizah. Allahuakbar...
Alhamdulillah,
hasil derma dari pelajar-pelajar, staf, guru-guru Kolej MARA Kuala
Nerang dan sumbangan individu-individu lain, sekadar termampu, kami
menyumbangkan 10 mesin jahit, sumbangan pakaian pelajar, sumbangan untuk
Korban dan Aqiqah, sumbangan kepada guru-guru agama, masjid dan
madrasah. Kami juga memberi duit raya sebanyak 4,000 riel (ini yang
termampu) kepada lebih 100 kanak-kanak. Lepas dapat duit raya,
budak-budak ni terus serbu beli aiskrim dan roti (ala-ala burger).
Seronok dan terharu sebab itu lah antara makanan yang paling sedap bagi
kanak-kanak di kampung ini...
Saya sempat bersembang
dengan ustazah yang mengajar di Madrasah ini berkenaan suaminya. Dulu
zaman Khmer Rouge, suami pertama ustazah ni beserta seorang anaknya
telah dipenggal oleh Khmer Rouge. Saya tanya ustazah "sebab apa?".
Ustazah jawab dengan wajah yang sayu "takde salah apa-apa, suami dan
anaknya yang baru belasan tahun ditangkap di jalan, pastu dibunuh".
Sekarang, suami baru beliau telah menderita strok akibatnya seperti
lumpuh, yang terpaksa makan disuap, dimandikan dan diuruskan sendiri
oleh Ustazah. Ustazah tak mampu nak bawa ke hospital sebab masalah duit
dan hospital jauh. Paling dekat pun di Phnom Penh yang jaraknya
mengambil masa 3-5 jam perjalanan.Kami beri sedikit sumbangan kepada
ustazah dan saya dapat rasakan riak muka ustazah yang betul-betul
bersyukur dan sempat dia bercakap dengan kami"Alhamdulillah, terima
kasih banyak-banyak, ustazah akan gunakan duit ni untuk perubatan suami"
Ustazah yang dimaksudkan berbaju kurung biru, berdiri di tengah-tengah |
Kalau
sapa-sapa nak melawat perkampungan Champ ni kena bersedia la dari segi
emosi, mental dan fizikal. Memang tidak dinafikan akan ada berlaku
masalah atau konflik perasaan .Saya akan ceritakan kisah-kisah yang
kurang menyenangkan semasa lawatan kami agar boleh dijadikan pengajaran
yang berguna.Memang tak dinafikan, 'expectation' orang-orang kampung
cukup tinggi kepada tetamu-tetamu terutama yang datang dari Malaysia.
Mereka menganggap kami ni orang kaya yang hidup senang. Jadi mereka
dengan mudah-mudah meminta wang tanpa rasa malu...kami tak menyalahkan
sedikit pun kepada mereka sebab kami faham dan sedar akan kemiskinan dan
kedhaifan mereka...
Semasa kami baru sampai dan baru
turun dari bas, dah nampak ada yang tak kena. Ada orang kampung terus
mengajak kami berbincang supaya rombongan kami dapat memberikan sedikit
duit lembu korban kepada orang-orang kampung tertentu walhal duit korban
yang diamanahkan kepada kami hanya boleh diserahkan kepada pihak mudir
madrasah saja.Kami hampir-hampir menyerahkan duit korban tersebut kepada
pihak yang cuba ambil kesempatan dan syukur tiba-tiba mudir madrasah
berjaya menghalang...
Ini lah scene yang mendebarkan...hampir-hampir nak diagihkan kepada orang yang tak sepatutnya |
Kisah kedua, semasa penyerahan
sumbangan dan duit raya kepada pelajar-pelajar madrasah.Kalau ikutkan
mesyuarat bersama orang kampung, kami hanya beri duit raya kepada
pelajar-pelajar madrasah sahaja. Tiba-tiba, pihak yang ambil kesempatan
ini menjemput semua anak-anak orang kampung...terkejut kami dibuatnya
sebab melebihi bajet kami sehinggakan kami terpaksa mengurangkan nilai
duit raya dan rasa terharu sebab ada anak-anak yang tak dapat duit
raya...Ketika kami mengagihkan duit raya, tiba-tiba pihak yang ambil
kesempatan ini mengumumkan agar ibu-bapa jangan balik lagi sebab duit
raya pun akan diberikan kepada mereka...Ya Allah, masa ni memang
sangat-sangat terkejut sebab takde plan untuk beri wang kepada
ibu-bapa.Akhirnya, selepas berbincang maka pengumuman tersebut ditarik
balik...legaaa....
Sedang buat pengagihan derma...juta kriel tu... |
Semasa kami meninjau keadaan masjid
dan madrasah, pihak yang mengambil kesempatan ini (ustaz jugak orang ni)
dengan tidak ada rasa bersalah dan rasa malu cuba memperkatakan sesuatu
yang buruk kepada mudir madrasah. Mereka mengatakan, mudir seleweng
duit la, gunakan hasil sumbangan untuk kepentingan keluarga sendiri la
dan sebagainya...Apa yang mereka mahu supaya segala sumbangan wang
diserahkan terus kepada individu tertentu seperti tenaga pengajar, ajk
masjid dan orang-orang kampung.Mereka tidak setuju kalau wang sumbangan
disalurkan kepada mudir dan madrasah. Mudir madrasah pun sedar akan
kewujudan kumpulan ini tapi beliau bersabar.Mudir berpendapat segala
sumbangan perlu disalurkan melalui madrasah agar survival dapat
diteruskan dalam jangka panjang. Tetapi kaedah ini tidak dipersetujui
oleh kumpulan tertentu.
Akhirnya, untuk mengelakkan
keadaan menjadi lebih keruh, kami pun bersetuju la untuk memberi sedikit
token untuk ustaz dan ustazah yang mengajar. Ingat dah selesai
rupa-rupanya tak abis lagi.Kami diminta oleh kumpulan tertentu untuk
memberi sedekah kepada orang-orang tua yang banyak membantu untuk
menjayakan majlis ini...aduhhh kami pun beri gak la sedikit
sumbangan...Selain itu, kami juga terpaksa menyerahkan beberapa pakaian
kepada orang-orang tertentu secara rasmi walhal pakaian tersebut
dikhaskan untuk pelajar madrasah je...lepas tu, sebelum balik, ada pulak
permintaan dari orang-orang perempuan di dapur yang menyediakan makan
minum kami...its ok, kami pun beri la sedikit sumbangan apa yang
termampu...Kalau ikutkan, orang-orang kampung suruh kami pulang selepas
solah jumaat tapi kami terpaksa tukar plan sebab kalau tunggu lama lagi,
makin ramai la orang kampung serbu nak macam-macam...
Sebenarnya,
sebelum balik, kami ada gak menegur dan menasihati pihak yang ambil
kesempatan ni. Mungkin dia ada terasa hati kot sebabnya sebelum kami
balik, dia dah nak balik dulu. Patutnya, kena la raikan tetamu pulang
dulu. Ini, dia dah dapat apa yang dia nak, pastu terus balik...Memang
terkejut gak dibuatnya.Walaupun dia seorang ustaz, tapi keikhlasan dan
walak nya agak diragui kepada madrasah. Last-last, mudir yang kena
entertain kami dari awal hingga kami di airport....
Its
ok la...cerita-cerita ini sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada
kami dan kami tak ambik hati pun sebab kami faham suasana kemiskinan
orang-orang kampung. Apa yang paling penting, lawatan ini mengajar
secara praktikal kepada saya untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur
dan merasa rendah diri....Supaya Allah memberi rahmat kepada orang-orang
melayu islam champ..aminnnn....
seronok membaca entry ni, espc cerita2 kurang menyenangkan dkt part2 last tu... emosi la jugak dgn sikap mcm tu yer tak.. apapun semoga amalan anda semua mendapat keberkatan dariNya. amin.
ReplyDeletetq..mudah-mudahan Allah ampunkan kami dan menerima amalan kami
Deleteteruskan usaha...amin
ReplyDeleterupa2nya perangai seorang bernama melayu tiada bezanya sama ada ia susah atau senang, tinggal di kemboja atau di malaysia. Sifat sebegini memang banyak tumbuh di hati orang melayu. Sifat meminta2 ini tiada bezanya.....
ReplyDeletejujur, bile banyak membaca blog kampung cham,..muhasabahdiri dan menginsafkan, sejarah rejim khmer rouge meninggalkan kesan hingga ke hari ini, melihat wajah-wajah anak-anak kg cham, membuat hati jadi sebak, semoga usaha kalian di redhai, amin...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya Nadia dari UPM Serdang. Insha Allah kami akan mengadakan program pertukaran pelajar ke Kemboja dan salah satu tempat yang bakal dituju adalah Kampung Cham. Boleh saya tahu Encik Haizan ada contact person di sana untuk kami hubungi?
ReplyDeletecik nadia cuba check post sy kemboja part 1 (tengok bahagian komen)....saya rasa, saya ada bagi facebook ustaz wahid yg menguruskan kami kat sana....sy pun dah hilang contact no...
DeleteKami ada contact dengan seorang Ustaz di sana. Kami bertanyakan tentang pengangkutan utk ke Kampong Cham tapi dia cadangkan naik van dan kosnya RM1100 untuk dua hari. Bagi team saya ia terlalu mahal. Encik Haizan menaiki bas dengan cara beli tiket bas on the spot atau memang ada tempah bas?
Deletekami tempah bas sendiri dan menggunakan pakej.Kami pun bayar sekitar tu gak...
Deletesebelum rejim khmer rough mereka mmg miskin pun...miskin harta la...mcm tanah melayu zaman datuk nenek kita la...ajaran agama mmg penting tapi teknologi juga penting...
ReplyDelete