10 October, 2010

University 'Prince of Songkla' & University Chulalongkorn Thailand : Rupa-rupanya jiran sebelah kita ni ada Universiti yang lebih 'power'...

SEPTEMBER 2002

Ini adalah lawatan pertama saya ke luar negara bersama 'team' MPP Kolej MARA Kuala Nerang. Masa ni mana ada Airasia lagi, 'so' kena la naik bas 2 tingkat dari Kolej kami sampai ke Bangkok Thailand yang melibatkan perjalanan sehala lebih 1000km...Mula-mula naik bas, syok la, dapat tengok pemandangan sekeliling tapi bila dah lama-lama, ermmm patah pinggang kami dibuatnya...takpe la, sebab 'free', pegi je la...



Kami singgah ke lawatan formal pertama ke 'Prince of Songkla University' cawangan Surat Thani.. kami sampai lewat. Kesian diaorang tunggu lama..sampai-sampai je kami diraikan dengan tarian Thai daripada pelajar kat situ...ini bukan bodoh-bodoh punye tarian ni..memang 'very professional'.. pastu ada sedikit perjumpaan antara wakil pensyarah Universiti Songkla dan Pengetua kami.Pastu tidur kat situ...alamak, bilik air dia takde pintu la, pakai plastik besar je...teringat, kami kena kejar anjing 'bulldog' kat situ maka bertebaran lari lintang pukang la kami...Keesokkan harinya, ada sikit taklimat formal, ambik gambar & meneruskan perjalanan ke Bangkok.





'Nak crita sikit pasal Universiti 'Prince of Songkla'...
Universiti ni, Universiti pertama dibina kat Selatan Thailand pada tahun 1967.Ada 4 cawangan kat Hat Yai, Phuket, Trang dan Cawangan Surat Thani yang ditubuhkan pada 1990.Keseluruhan pelajar ada lebih 34,000 dan ada lebih 295 program.Pernah dapat 175 'ranking' dunia, 18 di Asia dan no. 2 di Asia Tenggara'

Masa perjalanan ke Bangkok, ermm.. memang 'adventure' betul la. Kami bermalam kat dalam bas je. Kalau nak mandi, terpaksa la berenti kat Masjid..Alamak, tiba-tiba 'aircond' bas rosak pulak..dah la takde tingkap, memang panas betul la...

Sampai di University of Chulalongkorn, Bangkok, Thailand. Universiti paling tua dan paling berprestij kat Thailand sejak 1917.Hebat Universiti ni, sebab pernah dapat no. 121 dunia dan ada salah satu programnya pernah dapat no. 35 dunia... Kalah Universiti kat Malaysia.Kali ni takde menari-nari. Kami terus dibawa ke bilik khas untuk sesi taklimat dan perbincangan.Pastu kami melawat sekitar Universiti. Memang besar dan ada satu tempat tu, kami tengok macam ala-ala 'shopping complex' walhal tempat aktiviti pelajar.Pastu kami diberi jamuan tengahari kat hotel Universiti...Makanannya memang sedap tapi sayang tak boleh nak makan...faham-faham je la...Terpakse la makan sayur-sayuran je la...Sempat gak bergambar di belakang tunggu Maharaja Chulalongkorn yang terkenal zaman dulu.




Kami sempat berjalan-jalan sekitar WTC Bangkok, pusat beli belah yang terkenal...Kat sini saya tengok, ramai sangat pakai baju putih beserta skirt sambil rambut yang diikat kemas belakang.Rasa lain je....ye la kat Malaysia ramai pakai tudung... kat sini semua Budha.

'On the way' balik sempat la tengok perkampungan air...lupa la kat mana...Kena naik bot pegi situ.Memang rumah atas air. Kat dalam rumah tu banyak kedai-kedai yang jual macam-macam keperluan dan cenderahati...





07 October, 2010

GENTING HIGHLAND : Tak Pandai Cakap Orang Putih Pun Boleh Jadi 'Billionaire'

APRIL 2008

errmmm.. kalau tak kerana bawa 'student' ni, susah sikit la nak main-main kat Genting yang bersuhukan 16-24 darjah celcius. Akhirnya berjaya gak main 90% permainan kat Genting hasil terpengaruh 'student' , termasuk la naik kuda dan gajah patung yang pusing-pusing 5-6 kali diiringi lagu jingle bell, jingle bell, jingle bells away...errr....Cerita Genting ni dah biasa kot..ye la orang dah biasa pergi...lagi-lagi setahun je dekat 19 juta orang pegi Genting...

Hotel First World ada 6118 bilik, terbesar di dunia


AMBOI... JANGAN ASYIK NAK MAIN JE YE... BACA NI DULU..AMBIK PENGAJARAN YANG BAIK...

Lim Goh Tong ni la pengasas Genting Berhad yang berjaya menjadikan Gunung Ulu Kali menjadi sebuah pusat pelancongan yang dikenali sebagai Genting Highland sekarang yang terkenal di dunia.Saya masih ingat lagi seorang penceramah motivasi bagitau, Lim Goh Tong ni dapat idea masa dia kat Cameron Highland. Kata Lim " alangkah syoknya rakyat Malaysia, kalau ada satu kawasan percutian di tanah tinggi yang dekat dengan Kuala Lumpur ni. Kalau kat Cameron ni jauh nak pegi". Idea Lim ni menyebabkan semua orang kata gila dan idea bodoh. Beliau pernah mengeluarkan kata-kata ni " Bila aku buat keputusan nak buat Genting 38 tahun dulu, orang kata aku gila dan mesti gagal punye la. Tapi, akhirnya aku buat gak Resort Antarabangsa. Jadi mudah je... kalau orang Barat boleh buat, jangan ingat orang Asia tak boleh buat" ( 'translate' dari Bahasa Inggeris). Mula-mula hijrah kat Malaysia dulu, ada duit hanya RM175 tapi sebelum beliau meninggal dunia pada 23 Okt. 2007 berumur 89 tahun, beliau ada harta kekayaan 42.2 billion US dollar...kira la berapa kali ganda....

Lim Goh Tong ni asalnya dari China kemudian berhijrah kat Malaysia tahun 1937.Dulu, asal-asal meniaga jual biji benih je bermula umur 16 tahun, pastu kerja tukang kayu dan akhirnya berjaya buka syarikat pembinaan bertaraf kontraktor kelas A.Projek yang awal-awal dia dapat, buat Empangan Ayer Itam dan Projek Pengairan Kemubu.

Salah sorang kawan baik Lim ialah Loh Boon Siew, ala pengasas jual motor Honda kat Malaysia tu...Rupa-rupanya Lim ni tak fasih cakap orang putih pun. Kalau nak buat mesyuarat atau beurusniaga mesti cakap Bahasa Melayu atau Bahasa Mandarin je...kalau terpaksa sangat, pakai penterjemah je.. nampak tak, tak tau cakap orang putih, boleh pun jadi no. 1 manusia terkaya di Malaysia sebelum tahun 2006, pernah dapat no. 4 terkaya di Asia dan no.204 manusia terkaya di dunia tahun 2007. Bagus la dia ni, orangnya merendah diri, senang bergaul dengan orang bawahan, tepati masa dan rajin bekerja.



  






05 October, 2010

KUALA TERENGGANU : 5 DESTINASI WAJIB yang mesti saya pergi...

Tahun 2010... 

Bila saya balik Kuala Terengganu, ini adalah destinasi wajib yang mesti saya lawati :

1. Belajar agama di Masjid Rusila ikut Bapak Mertua setiap pagi Jumaat

Saya rasa kat Malaysia ni, kuliah Jumaat yang dihadiri 'ribuan manusia' hanya kat Rusila & Kota Bharu je.....ini bukan ceramah agama ye...ini bukan ceramah politik ye...ini bukan konsert nasyid Rabbani ye...ni bukan perarakan maulidul rasul ye...' Ini belajar kitab Aqidah, Fekah & Tasawuf ni '...walaupun kuliah mingguan tapi 'still' 'ribuan' kat dalam Masjid dan luar Masjid....Sejak 20 tahun dulu sehingga la sekarang, sama je 'ribuan manusia' yang hadir malah semakin meningkat....Teringat masa belajar kat Terengganu 15 tahun dulu, masjidnya kecik je, satu tingkat je. Sekarang, saya rasa dah lebih 2 tingkat.Memang sangat tenang dalam majlis ilmu ni, terasa macam banyak Malaikat mengelilingi orang yang mendengar....Memang tak sama macam dengar seminar nak jadi jutawan.Kalau nak merasa pengalaman indah ni, pegi la Masjid Rusila.Senang je petandanya, kalau nampak beratus kereta kat tepi jalan dan tepi pantai dan ada pasar pagi berhampiran masjid dan nampak ramai pakai kopiah, haaa tu la tempatnya....



 2. Minum Air Buah yang terkenal kat Seberang Takir

Mintak je air buah ape-ape pun..mesti diaorang boleh buat punye la...jangan mintak air yang bukan-bukan sudah...Kalau boleh, jangan la mintak 'fresh oren' sebab kat kedai lain pun ada...Kedai air buah ni memang terkenal la dulu dan sekarang. Banyak la gak artis-artis datang minum dan beberapa kali kedai ni masuk 'paper'..Biasanye saya order saiz kecil je tapi 4 gelas sekaligus dan 2 bungkus bawak balik untuk elak maluuu...masa ni, saya minum air nangka, air mangga, air ciku, air buah naga, air jambu dan air anggur






3. Beli keropok lekor kat Seberang Takir

Saya dah jarang beli kat Losong..Selalu beli kat sini je sebabnya keropok lekor kat sini sedap dan campuran ikan dia banyak berbanding tempat lain, banyak tepung kanji daripada ikan...kalau bawak balik Kedah, sebulan pun tahan lagi kalau masuk peti ais...5 tahun dulu, tempat ni kecik je dan nak beli pun senang, tak yah beratur...Sekarang, dah jadi macam 'standard' kilang...dah ada tempat pemprosesan..dah ada kedai makan jual keropok lekor goreng kat sebelah...dah ada tempat 'parking' lagi tu,.. orang berderet beratur panjang... berderet kereta tepi jalan, orang luar pun dah makin ramai tau...( Masa penat-penat beratur panjang tu, janganla pulak nak beli keropok lekor bajet RM 1 ye..Allah.. tak berbaloi sangat kat oiiii)







4. Pegi beli ikan, udang dan sotong goreng tepung kat tepi pantai ( 'area Batu Rakit', jauh gak masuk dalam-dalam kampung)

Kat sini, kawasan orang jual makanan laut goreng bertepung..macam-macam ada... biasanye saya beli ikan kembung goreng tepung, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung yang jenis saiz XL..kecik-kecik tak main la...ramai budak-budak Universiti M'sia Terengganu, makan kat sini..dah la kat tepi laut, bertambah syok la meratah ikan...

5. Pantai Ketapang

Petang-petang, singgah la jap kat pantai ni...tak boleh mandi pun..curam sangat, nanti  lemas.Syoknya kat sini, bila 'time' musim tengkujuh sebab angin kuatttt sangat dengan ombak agak bergelora....orang tak suruh main dekat ombak tau,kang tak pasal-pasal masuk 'paper' sebab lemas... orang suruh merasa angin kuat je...