24 December, 2016

ENTOPIA PENANG : Dunia Keajaiban Si Kecil.....

DISEMBER 2016

ENTOPIA adalah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Di sini, kita akan menjelajah keajaiban dunia makhluk-makhluk kecil yang berterbangan bebas dan dunia makhluk yang menjalar di tanah dan di bawah tanah secara senyap dan tanpa disedari. Mereka ini adalah wira dan ciptaan alam semula jadi yang sangat hebat dalam sistem alam di dunia.

Lokasinya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, bersebelahan dengan Escape Theme Park http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html
Dibuka setiap hari, 9 pagi - 7 petang (5.30 petang kemasukan terakhir). Harga tiket dewasa : RM 49, Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 29, Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 29. Kalau nak jimat, beli tiket secara online, dapat diskaun 10%. Kami ambik Pakej Keluarga dengan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan bayaran RM 127.

Terdapat 8 tarikan menarik yang boleh kita terokai dalam Outdoor Garden dan 8 tarikan lagi dalam Indoor Discovery. Ambik masa lebih kurang 2 jam gak untuk explore semua ni. Kemudahan pun lengkap seperti parking, surau, restoran alam semula jadi, restroom, bilik sakit, bilik khas untuk baby dan kedai cenderahati.



Mystery Cave :
Pameran berkaitan makhluk misteri yang menakjubkan seperti katak beracun, kala jengking, ular dan sebagainya





Tiger Trail : Takde harimau pun cuma suasana alam semulajadi seperti air terjun dan ikan-ikan besar yang berenang bebas di sungai buatan.


Home Tree : Taman yang mempunyai pokok besar sebagai simbol alam semulajadi dihutan.



Grassland : Taman belalang, dragon flies, cicak dan haiwan yang suka merayap di pokok.




Aroma Trail & Butterfly Vista : Taman bunga yang dihiasi dengan rama-rama yang  berwarna-warni yang terbang bebas





David's Garden : Taman utama dan taman rama-rama Pulau Pinang yang asal satu ketika dulu. Keindahan yang sangat hijau, segar dan menenangkan dengan menyaksikan rama-rama yang terbang bebas.





Pandora Forest : Alami imaginasi dan dunia fantasi rama-rama. Hiasan lampu yang cukup menakjubkan




Metamorphosis : Pameran yang cukup berpengetahuan berkaitan kehidupan rama-rama dan boleh cuba permainan interaktif yang disediakan.







Cinerama & Breeding Ground



Lumino City & Downtown Entopia : Dunia imaginasi rama-rama dan serangga yang sangat menarik






Underground Mysteries & Understory Tales : Rasai suasana bawah tanah dan bagaimana kehidupan serangga di dalam tanah.





Last sekali KEDAI CENDERAHATI. Macam-macam barang berkaitan rama-rama dan serangga dijual sebagai kenang-kenangan.