Showing posts with label Jom JOHOR. Show all posts
Showing posts with label Jom JOHOR. Show all posts

02 September, 2017

KILANG BATERI yang unik & TELUK SENGAT pemandangan petang yang menyengat

OGOS 2017
 KILANG BATERI 

Ni namanya kreatif dan inovatif. Idea yang tak masuk akal daripada pengasas Kilang Bateri, Johan Ariffin bin Mohd Ropi tapi akhirnya tidak mustahil dilaksanakan. Kilang Bateri bukanlah tempat orang jual bateri atau kilang yang keluarkan produk bateri tetapi merupakan pusat membeli belah berkonsepkan outlet premium yang menjual dan mengutamakan pelbagai produk usahawan tempatan sahaja. Memang asalnya tapak kilang bateri Eveready yang terbiar dengan keluasan 33,000 meter persegi dan dengan kreativiti encik Johan dan pasukannya berjaya mengubah menjadi sebuah pusat membeli belah popular dan berjaya tersenarai sebagai lokasi pertama daripada empat wajib dikunjungi di Johor Bahru selepas Pasar Karat, Johor Premium Outlet dan Puteri Harbour.

Kilang Bateri yang berkonsepkan struktur bangunan lama dan bertemakan vintaj dan hipster mall pernah menang Inovasi Sosial, Anugerah Wira Sosial Iskandar Malaysia 2015. Apa yang menarik di sini ialah pengunjung boleh membeli belah pelbagai produk daripada 184 usahawan tempatan seperti pakaian, gejet, alatan elektronik, hiasan, cenderahati, kasut, permainan dan sebagainya.Kat sini pun kita boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang sedap-sedap. Pada hari tertentu, kadang-kadang ada persembahan dan kegiatan seni yang dijalankan. Jom singgah KILANG BATERI. JALAN TAMPOI, BANDAR BARU UDA, 81200, JOHOR BAHRU.

 
 
 
 
 
 

TELUK SENGAT

 Teluk Sengat adalah Pekan kecil di daerah Kota Tinggi Johor. Disebabkan kami ada program di Kolej Profesional Bandar Penawar Johor, tu yang sempat jalan petang-petang kat sini. Tempat ini lebih kepada bersantai melihat pemandangan waktu petang dan matahari terbenam. Kita boleh berjalan di sepanjang jeti yang agak panjang sambil melihat aktiviti memancing, mengambil gambar dan merasai ketenangan muara sungai Johor. Dah puas jalan-jalan, kita boleh makan makanan laut segar di restoran yang mengadap sungai
 
 
 
 
 
 
 
 
 

15 July, 2016

LEGOLAND WATER PARK: Main AIr bersama Model Lego...

MEI 2016
 Legoland Water Park bertempat di Medini, Nusajaya, Johor telah dibuka sejak 2013 lagi dan dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Betul-betul sebelah Legoland dan Legoland Resort. Dikatakan Taman Tema Air berkonsepkan lego yang terbesar di dunia dan pertama di Asia dengan menyediakan lebih 20 gelonsor air, lebih 70 model lego dan lebih 3 juta liter air. Tiket (termasuk GST) untuk dewasa : RM 100, Kanak-Kanak : RM 83 dan baby (2 tahun ke bawah) : RM 11. Selain tiket masuk, kami diberi kupon makan & minum yang boleh ditebus kat Restoran dalam water park ni dan dapat 2 pampers untuk baby.Selain macam-macam permainan yang disediakan, di sini ada restoran, pondok kabana yang boleh disewa, kedai cenderahati, locker barang, bilik persalinan dan sebagainya.



DUPLO SPLASH SAFARI
Sesuai untuk 5 tahun ke bawah. Kolam dan gelongsor yang cetek




IMAGINATION STATION
Boleh buat empangan sendiri, jambatan dan bangunan dari blok lego.
 

 BUILD A RAFT RIVER
Menarik sebab kita boleh buat rakit sendiri menggunakan kepingan lego yang lembut dan mudah terapung sambil belayar dengan tenang di sepanjang sungai.




 JOAKER SOAKER
Inilah permainan interaktif yang paling disukai kanak-kanak. Macam-macam gelongsor dengan ketinggian yang berbeza, bermain meriam air sambil menanti curahan air dari bekas air yang besar dan berisi 77 liter air.


BUILD A BOAT
Bina bot mini sendiri dan belayarkan bot tu kat mini sungai yang deras

BRICK BLASTER, SPLASH 'N' SWIRL, WAVE RIDER, TIDAL TUBE, RED RUSH, TWIN CHASERS, LEGO SLIDE RACER
Macam-macam gelongsor ada. Tak perlu sewa pelampung.


 LEGO WAVE POOL
Merasai pantai dengan ombak buatan. Tak perlu risau sebab ada jaket percuma untuk keselamatan anak-anak.