18 April, 2020

KIDZOONA Aman Central Alor Setar : Taman Permainan Model Jepun

 Januari 2020


Kidzoona yang menggunakan model Jepun telah diasaskan sejak tahun 2010 lagi. Cawangan Kidzoona telah dibuka di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, kelantan dan Kedah. Kidzoona menawarkan permainan yang berkualiti tinggi dan selamat. Ibu bapa akan merasa seronok melihat anak-anak bermain pelbagai permainan yang interaktif seperti Cyber Wheel, Air Bouncer, Ball-Pool dan Lot Kedai dipanggil Narikiri

Kidzoona Aman Central Alor Setar merupakan taman permainan dan hiburan kanak-kanak paling interaktif yang pertama di Kedah. Terletak di tingkat 4, Pusat Membeli Belah Aman Central, Alor setar Kedah.

Bayaran untuk kanak-kanak: RM 15 dan bayi percuma. Ibu bapa tidak perlu bayar. Kita boleh keluar masuk bila-bila masa, hanya bayar sekali sahaja. Kalau datang lewat, terasa rugi pulak. Cuma sediakan stokin siap-siap dari rumah. Kalau tidak bawa stokin, dimestikan untuk membeli di kaunter. Dibuka bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

14 April, 2020

TAMAN BURUNG PULAU PINANG: Disambut Renungan Tajam Burung Hantu

JANUARI 2020


SAKSIKAN VIDEO YOUTUBE & 
Jangan lupa SUBSCRIBE video ini


Taman Burung Pulau Pinang telah dibuka sejak tahun 1988 dan masih bertahan sehingga sekarang (ketika post ini ditulis). Ketika tahun itu, taman burung ini adalah yang pertama dibuka di Malaysia. Lokasinya di Taman Tunku, Seberang Jaya berdekatan dengan Sunway Carnival Mall dan Sport Planet Penang. Mempunyai koleksi sekitar 300 spesis burung di dunia dan lebih separuh daripadanya adalah spesis Malaysia. Contohnya spesis Hornbill, Pheasant, Bird of Prey, Softbill, Parrot, Water Fowl, Pigeon dan sebagainya

Lebih 3,000 jenis burung berterbangan bebas di dalam sangkar berkonsepkan dorm dan taman yang cantik dihiasi pokok-pokok renek yang rimbun, rumpunan buluh, pokok bunga berwarna-warni, air terjun, kolam yang dipenuhi kiambang dan pokok lili dan jambatan dengan rekabentuk budaya Cina. Persekitarannya juga redup kerana ditutupi pokok-pokok yang berdahan rimbun.Selain burung, terdapat juga flamingo, ostrich, ikan pelbagai warna, buaya, itik, angsa, python, kura-kura dan banyak lagi haiwan eksotik.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Bayaran masuk menggunakan My kad dan My kid ialah dewasa RM 25 dan kanak-kanak RM 15. Pelajar sekolah beruniform RM 10.