07 October, 2014

PANDA FU WA & FENG YI DI ZOO NEGARA: Haiwan Simbol Penyatuan Negara...

7 Oktober 2014

Pusat Panda di Zoo Negara telah dibuka secara rasminya pada 27 Jun 2014. Jangan bimbang Panda tu akan duduk kat situ selama 10 tahun melalui Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa dengan negara China dan sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Kuala Lumpur dan Beijing.Bayarannya ialah RM 20 dewasa dan RM 10 kanak-kanak untuk lawatan keseluruhan zoo termasuk Pusat Panda.

Panda adalah haiwan yang sangat unik, mempunyai imej eksklusif dan dilayan seperti raja sejak tahun 1950an hinggalah sekarang.Panda bukan sekadar comel fizikalnya tetapi dianggap sebagai pemudahcara, haiwan yang dijadikan sebagai penghubung keamanan negara dan simbolik hubungan diplomatik yang erat.Contohnya, tahun 1957, kerajaan China beri hadiah Panda kepada Rusia kerana menghargai sokongan Rusia ke atas China sebagai negara berdaulat.Tahun 1972, China pernah hadiahkan 2 ekor Panda kepada Amerika Syarikat semasa lawatan ke China sebagai menghargai hubungan diplomatik.Pada tahun 2010, China telah mengugut Obama agar memulangkan balik Panda kerana kes Obama bertemu Damai Lama.

Disebabkan Pusat Panda tu agak jauh, kami pun naik tram je la...Sepanjang nak sampai ke situ, sempat la kami ambik gambar binatang sikit. Cerita tentang Zoo Negara boleh rujuk post ini.http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/11/zoo-negara-ingat-tak-rombongan-pegi.html













GIANT PANDA CONSERVATION CENTRE

Jadi, kalau negara China sanggup pinjamkan 2 ekor Panda kat Malaysia, pasti ada sesuatu yg istimewa.Nak bina Kompleks Panda saja menelan RM 25 juta. Kos nak jaga Panda dalam tempoh 10 tahun sebanyak RM 15 juta.Kemudian Malaysia kena bayar pulak RM 3 juta setahun kepada China, bermaksud RM 30 juta untuk 10 tahun.Andai kata Panda tu beranak kat Malaysia, kita perlu membayar RM 2 juta kepada China dan boleh simpan baby Panda hanya 2 tahun sahaja. So, keseluruhan perbelanjaan RM 70 juta untuk 2 ekor Panda sahaja. wowwwwww....kalau duit tu bagi orang miskin atau gelandangan kat Malaysia, pasti tiada yang kelaparan.Harap-harap Panda ni boleh bawa pelancong yang ramai seterusnya dapat keuntungan melalui jualan tiket seperti Zoo Edinburgh, Scotland yang pernah dapat untung kerana meminjam Panda China pada tahun 2012.

Pusat Panda ni memang dibina begitu sistematik.Suhunya dikekalkan di bawah 24 darjah celcius sepanjang masa sesuai dengan habitat Panda.Terdapat kawasan senaman Panda, kurungan malam, ruang penyediaan makanan, bilik penyimpanan makanan, ada makmal, klinik veterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik pemantauan keselamatan. Kurungan Panda juga dihias dengan cukup indah, ada gua, air terjun dan rumpunan buluh yg dah ditanam sejak 2012.

Pada masa sekarang hanya terdapat lebih 300 ekor Panda Gergasi yang dikurung dimana 250 ekor ada di China dan 47 ekor lagi di negara lain.Manakala Panda Gergasi yang hidup liar dihutan hanya sekitar  1600-2000 ekor sahaja.Memang spesis terancam.Semuanya sebab manusia yang memusnahkan habitat panda bagi tujuan pembangunan.Dulu banyak di hutan-hutan negara China, Myanmar dan Utara Vietnam. Sekarang hanya ada di hutan pergunungan Sichuan, Shaanxi dan Gansu.


Panda Fu Wa bermaksud Anak Patung Bertuah  dan Panda Feng Yi bermaksud Burung Jentayu yang cantik dilahirkan pada tahun 2006 yang merupakan ikon olimpik Beijing 2008 dan memakan 6 jenis buluh iaitu buluh madu, buluh galah, buluh pagar, buluh betung, buluh botol dan buluh siam.Hebat la kuasa Tuhan...macam mana la buluh yang keras dan tajam tu dicernakan dalam perut Panda ni...