10 January, 2011

PULAU BANDING & HUTAN BELUM : Gerbang ke Alam 'Jurassic Park'...

Disember 2010...Dah berpuluh kali lalu jalan Grik ni. Selalu je nampak 'signboard' Pulau Banding dan teringin satu hari nanti nak pergi. Akhirnya, termakbul gak, impian nak pegi Pulau buatan manusia ni. Pulau Banding meliputi kawasan seluas 12,729 hektar. Ianya dikelilingi hutan hujan tropika yang berusia lebih 130 juta tahun yang dinamakan Hutan Simpan Belum. Umur hutan ni lebih tua daripada Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika.Keluasan Hutan dara ni adalah 290,000 hektar yang dikelilingi Tasik Temenggor yang berkeluasan 45,000 hektar . Ada pendapat mengatakan nama Hutan Belum ni diambil daripada bunyi belalang besar kat hutan ni 'beluuuuummmmmm' ( camtu la lebih kurang bunyinya).





Di kawasan Tasik Temenggor ni banyak pulau-pulau buatan yang terbentuk. Bagi memudahkan aktiviti pelancongan, Jabatan Perhilitan telah memberi lesen kepada agensi kerajaan untuk menjaga dan membangunkan pulau-pulau tertentu tanpa memusnahkan hutan semulajadi. Itu sebabnya kat sini ada pulau yang diuruskan oleh Emkay, ada pulau diuruskan oleh Perhilitan sendiri, ada pulau yang diuruskan oleh Jabatan Bekalan Air dan tak ketinggalan pulau yang saya terokai, namanya Pulau Sara yang diuruskan oleh MARA di bawah Kolej MARA Kulim.

Perjalanan kami dari Jeti Pulau Banding menaiki Feri ala-ala crita Bukit Kepong mengambil masa 1 setengah jam. Memang lama dan membosankan tapi kadang-kadang 'best' gak sebab dapat menikmati keindahan alam semulajadi 130 juta tahun yang dikelilingi air tasik berwarna hijau yang sangat hijau.Kadang-kadang rasa macam crita 'Jurassic Park' pun ada.Takde rezeki nak tengok gajah mandi kat pesisiran tasik. Ada orang kata, ada kalanya kita boleh terserempak harimau kumbang berenang pergi antara satu pulau ke pulau lain....



Kami tiba di Pulau Sara yang diuruskan oleh MARA.Pulau ni sebenarnya puncak bukit/gunung.Keluasannya, kalau naik kenu keliling pulau, bertolak pukul 8.00 pagi sampai jam 4.00 petang. Maksudnya boleh tahan luas tu...


  • 'WATER CONFIDENT'
Sampai-sampai je, kem komanden arahkan masuk Tasik ( 'Water Confident' ).huuuu syok, sangat teruja, air kehijauannya yang dingin dikelilingi tunggul pucuk-pucuk kayu balak. Sebenarnya..ada perasaan takut gak. Baru 2-3 langkah dah tenggelam satu badan. Dalam tasik ni boleh mencecah 60 kaki tau. Saya terfikir andai kata ikan toman sebesar gajah tarik kaki saya ke dalam dasar, camne ha...

Ada pulak orang crita pasal orang tebang tunggul balak kat dasar tasik. Camne ni critanya " suatu ketika dulu, geng-geng pemotong balak ni menyelam kat dasar tasik untuk tebang tunggul kayu balak.Mahal tunggul ni tau. Tu sebabnya perabot yang diperbuat daripada kayu jati kat dasar tasik ni mahal.Tengah diaorang sibuk potong kayu, tiba-tiba suasana sangat gelap. Mereka pun memandang ke atas dan dilihat ada lembaga hitam yang sangat besar sedang berenang ( ala-ala macam ikan paus la...). Diaorang pun 'stop' dulu sebab takut. Lepas lembaga tu beredar baru la diaorang meneruskan kerja semula. Amacam..... ada berani nak 'Water Confident'....

  • JUNGLE TRACKING 
 Biasa je...kebetulan masa kami men'jungle' tu 'track' becak, baru lepas hujan. 'So' menggelongsor....
 

 
  • KENU & KAYAK KELILING PULAU
Inilah 'part' yang disukai semua peserta.Bayangkan kita berdiri di atas buluh dan kaki kita betul-betul di atas air tasik sedalam 60 kaki.Bila sampai kat tengah-tengah kami diuji ketahanan fizikal. Kami masuk kenu, pastu kena terbalikkan kenu tu dalam air. Pastu kita kena keluar daripada kenu tersebut. Ya Allah banyak tertelan air tasik ni bila buat aktiviti ni.Pastu kita kena terbalikkan semula kenu tu seperti sedia kala di dalam air. 'Bestttt'...mencabar...




  • FLYING FOX

  • ABSEILING
Lain-lain daripada yang lain. Pengalaman baru. Biasa kita abseiling kat bukit ke atau papan khas. Kat sini kita abseiling kat curam dan kita akan 'landing' kat atas feri sebab kat bawah air.
 
  • IKHTIAR HIDUP
Cara nak buat tali daripada sabut kelapa

Kikis kayu, pastu boleh jadi bahan bakar

 Gambar di atas : Cara-cara nak buat jerat binatang

 
 
Gambar di atas : Cara-cara nak masak nasi dalam tempurung kelapa

Buat pondok...
  • LAWATAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
'First time' sebenarnya saya masuk kampung orang asli. Kat sini takde agama.Ada orang kata, Orang Asli kat sini bila ada kematian, diaorang akan biarkan mayat dalam keadaan duduk beberapa hari hingga jadi tengkorak dan diletakkan barang-barang empunya simati. Kalau ada jam dipakaikan jam, kalau ada topi dipakaikan topi mayat tu. Pastu direnyehkan dalam air bagi menghilangkan sisa-sisa badan mayat. Pastu baru la ditanam. Menurut kata orang yang biasa dengan tempat ni, semua perempuan boleh dipakai oleh semua lelaki walaupun dah berkahwin...
 
 
 



GALERI GAMBAR




Gambar di bawah : ni pulau yang dikendalikan oleh Perhilitan. Nampak selesa la daripada pulau kami



 

Sebenarnya ada berita menyayatkan hati berkaitan Pulau Banding ni pada tahun 2002... Kejadian itu sebenarnya berhampiran dengan Pulau kami.baca la cerita kat bawah daripada Utusan Malaysia

( Dengar ceritanya, diaorang buat jungle tracking pastu sesat. Orang asli berjaya jumpa tapi dah pukul 2.00 pagi.Diaorang cuba gak nak balik semula Pulau tempat diaorang tidur dengan menaiki bot. Bot tu sebenarnya boleh buat 8 orang dan jaket keselamatan pun tak sampai 5 buah.Diaorang pun main sumbat je dalam bot tanpa memakai jaket. Apa lagi baru jalan sikit ke depan, tiba-tiba bot menjunam ke dasar tasik. Polis pun tak mampu nak ambik mayat kat dasar, terpaksa upah seorang pakar, seorang pembalak daripada Thailand yang telinganya dah tak berapa dengar untuk menyelam. Dengar cerita angkat sorang mayat dapat upah RM2,000. Berikut berita penuhnya........Al-Fatihah....)


Oleh:AHMAD NAZRI HASHIM
GERIK 27 Mei 2002 - Tiga peserta program motivasi anjuran sebuah syarikat kosmetik jualan langsung dari Johor Bahru mati lemas manakala lima lagi masih hilang apabila bot yang mereka naiki terbalik di Tasik Banding, 35 kilometer dari sini awal hari ini.Bagaimanapun, enam peserta lain yang turut menaiki bot itu dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II, Zuber Sharif berkata, siasatan awal polis mendapati bot itu terbalik dipercayai kerana membawa lebih muatan, selain kecuaian tidak mengambil langkah keselamatan termasuk penyediaan jaket keselamatan.Lapan mangsa yang berumur 25 hingga 40 tahun itu terdiri daripada tiga perempuan serta lima lelaki dan mereka merupakan sebahagian daripada 47 peserta yang mengikuti program motivasi pada 25 Mei lalu dan sepatutnya berakhir pada pukul 9 pagi ini.

Mereka yang terkorban ialah Che Salawati Md. Shamsu, 28, dari Kampung Dalam Bata, Kuala Terengganu; Nosle Kumat, 31, Kampung Kandang, Melaka dan seorang peserta lelaki yang belum dikenali.Mereka yang masih hilang ialah Haslizah Yusof, 31, dari Taman Uda, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah; Ena Salwani Salleh, 28, dari Jalan 52/10 Taman Koperasi Polis, Batu Caves, Selangor; Kamarulzali Mohamad, 28, Lorong Musran, Rantau Panjang, Kelantan.
Mangsa lain ialah Abdul Karim Kadri, 30, Batu 4 1/2 Kampung Katong, Jalan Permatang Pasir, Banting, Selangor; dan Zakri Abadi Nordin, 32, Lorong Intan Perahu Jaya 3, Pekan, Pahang.Mayat Che Salawati dan Nosle ditemui pada pukul 2.30 petang di satu kawasan yang tidak jauh dari tempat bot terbabit terbalik manakala seorang lagi mangsa ditemui kira-kira pukul 5.50 petang.Sehingga lewat petang ini, polis masih meneruskan usaha mencari mangsa lain.

Mayat ketiga-tiga mangsa telah dibawa oleh sebuah bot polis PAC 561 ke Pulau Chueh ke Pulau Banding sebelum dibawa ke Hospital Gerik. Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 6 petang ekoran keadaan air yang dalam iaitu sedalam 70 meter dan keadaan cuaca yang semakin gelap.Operasi itu dijangka disambung semula pada kira-kira pukul 8 pagi esok. Zuber berkata, pada kira-kira 2.30 pagi ini semua peserta itu telah menaiki beberapa buah bot dari Pulau Peladang ke Pulau Chueh iaitu lima minit perjalanan untuk menghadiri majlis penutupan program motivasi itu.
Kata beliau, selain lapan mangsa itu, bot sepanjang 6.6 meter dan lebar 1.2 meter itu turut dinaiki oleh enam peserta lain.
``Dalam perjalanan itu, bot yang dinaiki oleh lapan mangsa bersama enam peserta lain itu secara tiba-tiba terbalik. Tetapi enam peserta itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.Operasi mencari itu disertai oleh 17 anggota Bomba dan Penyelamat Gerik dengan dibantu oleh dua anggota bersama sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan beberapa orang penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.

Mereka turut dibantu oleh Unit Helikopter Polis AS355N-Ecurel dari Sungai Besi yang diketuai oleh Asisten Supritendan Wan Hamdi Abdullah, Unit Tindakan Khas (UTK) Hulu Kinta dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
``Setakat lewat petang ini, tinjauan yang dilakukan oleh helikopter itu dari udara tidak menunjukkan sebarang tanda penemuan mangsa yang terbaru,'' katanya. Zuber menambah, berdasarkan siasatan setakat ini, polis mendapati semua peserta tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan oleh penganjur.
Sehubungan itu, pihak polis akan memanggil pihak penganjur untuk siasatan lanjut. ``Walaupun, setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi kami tidak menolak kemungkinan wujud faktor kecuaian yang menyebabkan kejadian itu,'' katanya.

Ketua pasukan kompang Kampung Persiar Lama dekat sini, Ismail Embok, 60, berkata, semua peserta termasuk lapan mangsa itu sepatutnya menghadiri majlis penutup program itu pada pukul 9 pagi.
Sementara itu, Zuber meminta pertubuhan dan syarikat yang ingin mengadakan kursus motivasi di kawasan seumpama itu supaya memaklumkan terlebih dahulu kepada polis.
``Walaupun tidak wajib memberitahu polis, tetapi jika berlaku kecemasan akan memudahkan polis menggunakan peralatan termasuk menggunakan pesawat untuk mencari mangsa,'' katanya.
Polis akan menyemak di Pejabat Daerah sama ada bot sewa yang digunakan oleh kumpulan motivasi itu berlesen.
Menurutnya, tragedi ini adalah yang terburuk melibatkan sesebuah kumpulan.

Pemandu bot itu, Radzi Ahmad, 30, berkata, punca bot terbalik mungkin kerana muatan berlebihan.
Katanya, bot berkenaan sepatutnya membawa lapan orang tetapi enam lagi peserta ingin menaiki bot itu secara serentak.
Beliau berkata, semasa dalam perjalanan ke Pulau Peladang, bot itu tiba-tiba terbalik dan dia cuma dapat berpaut di perahu, selepas itu berenang ke tepian.
Kejadian itu berlaku dalam masa yang cepat dan peserta menjerit meminta tolong.