28 April, 2013

SINGAPURA : UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE ; Saksikan imaginasi tanpa batasan...


17 APRIL 2013, RABU

Terletak di Pulau Sentosa. Nak masuk waktu peak season SGD 74 [Dewasa] dan SGD 54 [Kanak-kanak 4-12 tahun]. Bawah 4 tahun percuma. Manakala kalau bukan peak season murah sikit, SGD 68 [Dewasa], SGD 50 [Kanak-Kanak]. Kami pergi hari khamis iaitu bukan peak season so dapat murah sikit. Kalau convert jadi RM 169 seorang dewasa. Mungkin akan lebih murah, jika guna tiket melalui agen pelancong. Di Asia ni ada dua je USS. Satu lagi ada kat Jepun. Selain itu, ada di Hollywood California dan Orlando Florida. Dinasihatkan, sebelum nak masuk USS ni, kena ambik pamplet dan kaji dulu tempat yang nak dilawati. Satu lagi, pastikan check dulu masa bagi setiap persembahan. Kalau tidak nanti, banyak la terlepas persembahan dan mesti akan menyesal sebab tak masuk.

 
 
 
 
 
 
 

1) NEW YORK
 Tempat menarik di kawasan ini ialah:
  • LIGHTS, CAMERA, ACTION; Hosted by Steven Spielberg
Memang cukup teruja bila masuk tempat ni.Sebelum masuk,penonton akan dipersembahkan kata-kata aluan Steven Spielberg di skrin besar. Pastu kami masuk dan menyaksikan set pengambaran ketika ribut taufan yang sangat real. Prob dan persembahannya cukup hebat, seolah-olah kita memang berada betul-betul dalam ribut tersebut. Dengan angin kencangnya, api yang marak, guruh dan petir berdentum-dentum, pintu rumah yang sentiasa terhempas kuat akibat angin kencang dan bot dan kapal saling berlanggar. Wow dasyat...terkena gak tempias air kat baju kami.
 
  • SESAME STREET ; Spaghetti Space Chase
Tempat ni adalah pertama di dunia dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kita akan menaiki kenderaan seperti keretapi, kemudian kita akan masuk ke dunia imaginasi alam angkasa untuk melihat kehidupan sesame street dan kawan-kawan.
 
 

 2) SCI-FI CITY
  • TRANSFORMER ; The Ride
Best sangat tempat ni.Kita akan menaiki roller coaster dalam bangunan, diberi cermin mata 3D kemudian menjelajah dunia peperangan transformer dalam bentuk 3D. Kita seolah-olah diimaginasikan sebagai Optimus Prime dan Autobots dan akan bertempur dengan robot penjahat.Memang kita akan rasa macam dalam dunia transformer. Kalau rasa gayat, dinasihatkan fikir dulu sebelum masuk sebab kenderaan yang kami naiki ni memang kadang-kadang bergerak laju, berpusing-pusing, sekejap jatuh, sekejap naik atas. Part paling best, bila kami jatuh dari bangunan, pastu disambut oleh Autobots..terjerit-jerit semua orang. 
 
 
  • BATTLESTAR GALACTICA ; Blue Track
Ramai orang pening dan nak muntah bila naik battlestar ni sebabnya roller coaster terpanjang di dunia [World's Tallest Duelling Roller Coasters] dengan kelajuan 83 km sejam dan melalui lebih 14 halangan di udara. Bila naik benda ni, kita diimaginasikan seperti naik kapal angkasa, sekejap jatuh ke bawah, naik ke atas, berpusing-pusing dan kepala kat bawah.Syukur, saya tak muntah dan pening.Lagi dasyat berbanding Legoland kat Johor Bharu tu.http://www.haizanrunsah.blogspot.com/2013/01/legoland-nusajaya-johor-dunia-lego.html
  • BATTLESTAR GALACTICA ; Red Track
Roller Coaster lebih kurang sama macam Blue Track. Cuma, kalau dah naik Blue Track, mesti kita akan kata kurang mencabar. Bayangkan 2 Roller Coaster bergerak serentak, kadang-kadang tu rasa macam nak terlanggar pun ada.
 
 

  • ACCELATOR - tak main, sesuai untuk budak-budak
3) ANCIENT EGYPT
  • REVENGE OF THE MUMMY
Tempat ni lebih kurang sama macam Transformer gak. Cuma Roaller Coasternya kurang mencabar, so sesuai kot bawak kanak-kanak 4 tahun ke atas (itu pun kena ukur ketinggian dulu). Kita akan masuk kenderaan, pastu kita akan melalui imaginasi dunia mummy. Kat sini gabungan paparan video dan reaksi patung-patung mummy yang menyeramkan. Suasananya agak gelap dan mungkin agak menakutkan bagi seorang kanak-kanak.Mungkin !!!!!
 
 
  • TREASURE HUNTERS
Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan warga emas.Rasa menyesal je naik. Dah la tunggu lama, pastu kereta tu jalan tak sampai 10 minit. Tak berbaloi betul la...sekadar tengok patung-patung dan peralatan harta karun.
 
 
 
 
   
  • OASIS SPICE CAFE
Dah lapar, kami pun makan kat sini. Tempat ni Halal dan suasana restorannya pun menarik, ala-ala zaman mesir firaun. Saya beli nasi beriyani dengan ayam je. Tu pun SGD 13. 
 
4) THE LOST WORLD
  • JURASSIC PARK ; Rapids Adventure
Tempat ni memang confirm, kita akan basah.Siap ada jual plastik untuk melindungi air lagi tu, tapi kena bayar SGD 2. Kita akan menaiki bot dan akan melalui sungai buatan yang kadang-kadang agak deras sambil menyaksikan patung-patung dinasor bergerak-gerak sambil terjerit-jerit. Part yang terakhir, bila bot jatuh menjunam dari atas kemudian terhempas. Masa ni abis baju dan kasut basah.
 
 
 

  • CANOPY FLYER, DINO-SOARIN & AMBER ROCK CLIMB : Tak sempat nak explore, tak cukup masa
  • WATER WORLD : Tak sempat nak masuk sebab shownya 2 kali je iaitu 12.30 dan 4.30 pm.Tempat ni best. Tension...tension tak sempat nak masuk.

 

5) FAR-FAR AWAY
 
 
  • SHREK 4-D ADVENTURE
Kat sini kita menyaksikan filem Shrek 4D selama 15-20 minit. Kita akan lihat watak-watak filem tersebut timbul, betul-betul ada kat depan mata kita, rasa macam boleh pegang je. Kemudian kita akan terasa ada angin bertiup, ada tempias air yang mengena muka kita dan seperti ada labah-labah yang naik atas kaki kita. 
 
  • DONKEY LIVE 
Kita akan menyaksikan watak kartun Donkey dalam Shrek bernyanyi, menari dan berkomunikasi dengan penonton. Apa yang menakjubkan saya ialah bagaimana kartun dalam cerita tu boleh bercakap dengan kami dan penonton lain secara live. Hebat la teknologi diaorang. 
 
  •  ENCHANTED AIRWAYS & MAGIC POTION SPIN - Permainan kanak-kanak


6) MADAGASCAR
  • MADAGASCAR ; A Crate Adventure
Kita akan menaiki bot tapi jangan risau, takkan basah punya sekadar menyusuri sungai buatan. Di kiri kanan, kita akan saksikan patung-patung Alex, Marty, Melman, Gloria and friends dalam cerita Madagascar sedang menjalankan aktiviti di tepi sungai.
 
 
7) HOLLYWOOD
  • MONSTER ROCK
Di sini kita akan menyaksikan persembahan teater muzikal berkaitan watak-watak hantu dalam filem. Ada nyanyian, tarian, sound effect, prob dan sound system yang cukup hebat.
 
  •  KARAKTER FILEM
Karakter filem yang sedang berlegar-legar sepanjang jalan.

 
 
 
 

Jangan bimbang, dalan USS ni ada disediakan surau kecil untuk lelaki dan perempuan.Betul-betul sebelah permainan Battlestar Galactica

Sila lihat cerita tentang Song Of The Sea dan Science Centre Singapore
http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/04/singapura-song-of-seasatu-satunya-di.html
http://haizanrunsah.blogspot.com/2013/04/singapura-menjelajah-science-centre.html