Showing posts with label Jom KEDAH. Show all posts
Showing posts with label Jom KEDAH. Show all posts

18 April, 2020

KIDZOONA Aman Central Alor Setar : Taman Permainan Model Jepun

 Januari 2020


Kidzoona yang menggunakan model Jepun telah diasaskan sejak tahun 2010 lagi. Cawangan Kidzoona telah dibuka di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, kelantan dan Kedah. Kidzoona menawarkan permainan yang berkualiti tinggi dan selamat. Ibu bapa akan merasa seronok melihat anak-anak bermain pelbagai permainan yang interaktif seperti Cyber Wheel, Air Bouncer, Ball-Pool dan Lot Kedai dipanggil Narikiri

Kidzoona Aman Central Alor Setar merupakan taman permainan dan hiburan kanak-kanak paling interaktif yang pertama di Kedah. Terletak di tingkat 4, Pusat Membeli Belah Aman Central, Alor setar Kedah.

Bayaran untuk kanak-kanak: RM 15 dan bayi percuma. Ibu bapa tidak perlu bayar. Kita boleh keluar masuk bila-bila masa, hanya bayar sekali sahaja. Kalau datang lewat, terasa rugi pulak. Cuma sediakan stokin siap-siap dari rumah. Kalau tidak bawa stokin, dimestikan untuk membeli di kaunter. Dibuka bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

23 April, 2019

FESTIVAL STARLIGHT ANTARABANGSA ALOR SETAR, KEDAH

APRIL 2019

Festival Starlight Antarabangsa telah diadakan di Tapak Karnival Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah selama 10 hari bermula 10 - 20 April 2019. Festival ini merupakan kali pertama diadakan di Semenanjung Malaysia dengan sekitar 160,000 biji lampu menghiasi dan mewarnai suasana malam. Terdapat juga lebih kurang 30 jenis corak, 8 tema reka antarabangsa, rekabentuk Gunung Fuji yang dikatakan tertinggi di Malaysia, giant castle dan terowong lampu sejauh 50 meter. Dibuka bermula jam 6 petang - 11 malam dengan tiket RM 8 dewasa dan kanak-kanak RM 2.

Sambutan pengunjung memang ramai. Bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan rekabentuk lampu LED yang mengagumkan dan sangat kreatif. Takde la besar sangat tempat ni tapi berpeluh gak dibuatnya, jalan perlahan-lahan kemudian ambil gambar, rasanya 30 - 40 minit dah selesai. InshaAllah, nampak macam ramai je orang datang, mungkin akan diadakan sekali lagi pada masa akan datang. Harap-harap lagi best, lagi banyak rekabentuk lampu dan lebih kreatif berbanding penganjuran kali ini.














27 March, 2017

LATA BAYU, BALING KEDAH : Di sebalik Air Terjun yang Sejuk....

MAC 2017


HUTAN LIPUR LATA BAYU, ASAM JAWA, BALING KEDAH yang terletak 30 km dari Pekan Baling dan lebih kurang 90 km dari Alor setar merupakan tempat peranginan untuk pengunjung mandi-manda di air terjun semulajadi dengan ketinggian lebih kurang 20 meter, merasai air yang sejuk, nyaman, tenang melihat kehijauan alam. Kemudahan pun lengkap, ada parking yang luas, kedai makan, surau, kawasan perkhemahan,toilet, pondok-pondok untuk berehat. Nampak terjaga tempat ni, Kebersihan pun agak ok. Tiada charge dikenakan untuk masuk tempat ni. Just terjun dan mandi sepuas-puasnya. Sesuai untuk bawa keluarga sambil makan sama-sama, anak-anak kecil pun boleh mandi dikawasan kolam semulajadi dipanggil Lubok Lesung. 


Air terjun ni memang dah popular sejak awal 80 an lagi, lepas tu tahun 2010 ditutup sementara sebab ada kes kencing tikus, tahun 2015 pun ada gak kes pengunjung terkena kencing tikus dan sekarang masih lagi bahaya, berisiko dan berhati-hati sebab salah seorang team saya dah terkena jangkitan kuman kencing tikus. 3 hari gak masuk hospital. Nampak sekarang kebersihan dah lebih terjaga, tapi kena jaga-jaga dan berhati-hati gak. 







30 December, 2015

PUSAT SAINS NEGARA Cawangan Wilayah Utara : Ledakan Sains, Teknologi dan Kreativiti di Kedah


PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN WILAYAH UTARA merupakan cawangan pertama Pusat Sains Negara yang dibuka kepada orang ramai pada Mac 2010 di Gunung Keriang Alor Setar. Bangunan ini dibina dengan mengambil kira konsep penjimatan tenaga, mesra alam sekitar dan pameran yang dinamik. Persekitarannya juga dihiasi dengan kehijauan sawah padi dan gunung yang menenangkan pengunjung sebelum menjejak kaki ke dalam dewan pameran.Setakat ini, masuk percuma kecuali kalau ada pameran khas, ada la kena sedikit bayaran. Kebetulan kami datang, ada pameran istimewa yang bertemakan Ledakan Kreativiti. Dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ada lebih 150 bahan pameran sains dan teknologi yang boleh dicuba, dibaca, didemonstrasi, disentuh, dipegang dan dirasai yang pastinya mencabar minda, kreativiti dan sangat menyeronokkan terutama kanak-kanak dan pelajar.