09 October, 2014

FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN SELANGOR: Pengalaman Menyuap Kura-Kura Gergasi, Burung-Burung Makan di Tapak Tangan, Mengusap Rusa yang Manja, Menangguk ikan & Memegang Telur Kasawari.....

9 Oktober 2014
Farm In The City, memang best terutama kanak-kanak. Nak ajar anak-anak berani dan belajar tentang segala haiwan jinak dan tak merbahaya, di sini lah tempatnya.Lokasinya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.(Koordinat google map 2.980504,101.664104). Bayaran masuk dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 25.Memang boleh tahan mahal.Tempat ini pernah diiktiraf sebagai Best of Travel Award 2013.Ramai gak rombongan budak sekolah rendah datang melawat, maksudnya terkenal jugak tempat ni di Selangor.Di buka bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan ditutup pada hari selasa sahaja.

Uniknya Farm In The City ialah berkonsepkan haiwan jinak dan manja yang hidup dalam habitat semulajadi dan suasana kampung Malaysia.Terdapat lebih 100 haiwan eksotik, lebih 100 jenis burung-burung terbang bebas, 11 habitat semulajadi dan lebih 60 jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam.Kawasan ni takde la luas sangat, tidak memenatkan & tidak terlalu panas kerana diteduhi dengan banyak pokok-pokok dan tumbuhan yang rendang.Kebanyakan haiwan jinak ini dilepaskan begitu saja dan kita boleh sentuh, beri makan, bermain kejar-kejar, mengusap dan memeluk haiwan jinak ni.Cuma ular & iguana je tak berani..he he he...Antara haiwan yang ada Giant Tortoise, Dinasour Tortoise, spesis buaya paling kecil di dunia, spesis kangaroo paling kecil, spesis arnab paling besar, kambing, rusa, hamster, kancil, ikan-ikan merah di kolam, ayam, itik, pelbagai jenis burung-burung kecil, besar dan berwarna-warni dan banyak lagi. Jom kita explore....  
 

 TURTLE & TORTOISE FARM

 
 
 
 
 

 WALK-THRU BIRD AVIARY

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 SAVANNA
 
 
 
 
 
 
 VEGETABLES & FRUIT FARM
 RABBIT FARM & PET VILLAGE

 

 LONGKANG FISHING

 SERAMA CHICKEN
 FISH FEEDING
 
 
 JUNGLE WALK

 

 INDOOR EXHIBITION HALL

 
 
 
 
 

 MOOD'S LAKE WORLD OF GEESE AND DUCKS
OSTRICH & COW FARM
 
 Selamat Bersama Keluarga....