05 September, 2020

BUKU MOTIVASI : "AWAK SEBENARNYA BUDAK BIASA YANG LUAR BIASA". Kini sudah berada di pasaran ONLINE


 ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Saya HAIZAN RUNSAH dan PEMILIK BLOG ini haizanrunsah.blogspot.com ingin MEMPERSEMBAHKAN buku PERTAMA saya bertajuk :

"Awak Sebenarnya Budak Biasa Yang Luar Biasa"

Buku ini sudah berada di PASARAN ONLINE dan boleh DAPATKAN dengan KLIK WEBSITE ini :

budakluarbiasa.com

Buku motivasi santai berdasarkan KISAH BENAR berkaitan PENGEMBARAAN KEHIDUPAN. Jika ingin mengetahui lebih lanjut apa di sebalik buku ini, layari sahaja website :

budakluarbiasa.com


SAKSIKAN VIDEO PREVIEW PENULIS BUKU : 
"Awak Sebenarnya Budak Biasa Yang Luar Biasa"

18 April, 2020

KIDZOONA Aman Central Alor Setar : Taman Permainan Model Jepun

 Januari 2020


Kidzoona yang menggunakan model Jepun telah diasaskan sejak tahun 2010 lagi. Cawangan Kidzoona telah dibuka di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, kelantan dan Kedah. Kidzoona menawarkan permainan yang berkualiti tinggi dan selamat. Ibu bapa akan merasa seronok melihat anak-anak bermain pelbagai permainan yang interaktif seperti Cyber Wheel, Air Bouncer, Ball-Pool dan Lot Kedai dipanggil Narikiri

Kidzoona Aman Central Alor Setar merupakan taman permainan dan hiburan kanak-kanak paling interaktif yang pertama di Kedah. Terletak di tingkat 4, Pusat Membeli Belah Aman Central, Alor setar Kedah.

Bayaran untuk kanak-kanak: RM 15 dan bayi percuma. Ibu bapa tidak perlu bayar. Kita boleh keluar masuk bila-bila masa, hanya bayar sekali sahaja. Kalau datang lewat, terasa rugi pulak. Cuma sediakan stokin siap-siap dari rumah. Kalau tidak bawa stokin, dimestikan untuk membeli di kaunter. Dibuka bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

14 April, 2020

TAMAN BURUNG PULAU PINANG: Disambut Renungan Tajam Burung Hantu

JANUARI 2020


SAKSIKAN VIDEO YOUTUBE & 
Jangan lupa SUBSCRIBE video ini


Taman Burung Pulau Pinang telah dibuka sejak tahun 1988 dan masih bertahan sehingga sekarang (ketika post ini ditulis). Ketika tahun itu, taman burung ini adalah yang pertama dibuka di Malaysia. Lokasinya di Taman Tunku, Seberang Jaya berdekatan dengan Sunway Carnival Mall dan Sport Planet Penang. Mempunyai koleksi sekitar 300 spesis burung di dunia dan lebih separuh daripadanya adalah spesis Malaysia. Contohnya spesis Hornbill, Pheasant, Bird of Prey, Softbill, Parrot, Water Fowl, Pigeon dan sebagainya

Lebih 3,000 jenis burung berterbangan bebas di dalam sangkar berkonsepkan dorm dan taman yang cantik dihiasi pokok-pokok renek yang rimbun, rumpunan buluh, pokok bunga berwarna-warni, air terjun, kolam yang dipenuhi kiambang dan pokok lili dan jambatan dengan rekabentuk budaya Cina. Persekitarannya juga redup kerana ditutupi pokok-pokok yang berdahan rimbun.Selain burung, terdapat juga flamingo, ostrich, ikan pelbagai warna, buaya, itik, angsa, python, kura-kura dan banyak lagi haiwan eksotik.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Bayaran masuk menggunakan My kad dan My kid ialah dewasa RM 25 dan kanak-kanak RM 15. Pelajar sekolah beruniform RM 10.













26 March, 2020

GUA KRISTAL & GUNUNG KERIANG ALOR SETAR KEDAH I Pengalaman unik mendaki puncak Gunung Keriang melalui Gua Kristal

FEBRUARI 2020

SAKSIKAN VIDEO INI DARIPADA PENGALAMAN SEBENAR KAMI
Sila SUBSCRIBE - LIKE - SHARE video ini


Biasanya pendaki akan melalui trek hutan biasa untuk sampai ke puncak Gunung Keriang. Ada yang boleh sampai 30 minit, ada yang sampai 1 jam atau lebih bergantung kepada kemampuan masing-masing kerana puncaknya tidaklah tinggi hanya 218 meter sahaja.

Disebabkan kami inginkan sesuatu yang ekstrim, kami memilih untuk melalui trek di dalam gua, kemudian melalui trek hutan dan terus sampai ke puncak Gunung Keriang. Kami bermula jam 9.48 pagi dan tiba di puncak gunung Keriang jam 2.15 petang. Keseluruhan masa untuk sampai ke puncak ialah 4 JAM 27 MINIT melibatkan 37 orang pelajar lelaki dan perempuan Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah.

⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿⇿

🔺PENGENDALI & GUIDE : ESCAPEZONE KEDAH, No. 1, Lot Perniagaan, Taman Rekreasi Gunung Keriang, 06570, Alor Setar, Kedah. (AS0392078H)

🔺NO. TELEFON : 019-4922508 / 017-4455059 atau 04-7303835. Encik Abdul Rahman bin Hussin. FACEBOOK : EscapeZone Kedah

🔺HARGA PAKEJ :
  • Individu : RM 35 seorang (online) atau RM 45 seorang (walk-in)
  • Berkumpulan dengan 5 orang ke bawah :- RM 220 (online) atau RM 320 (walk-in) 
  • Kanak-kanak tidak digalakkan.
  • 70 % bayaran deposit, seminggu sebelum aktiviti dijalankan
Disebabkan team kami terdiri daripada PELAJAR dan melibatkan peserta yang ramai, maka kami diberi diskaun dengan harga RM 25 seorang. Dengan syarat dapatkan surat rasmi daripada sekolah atau institusi pengajian tinggi untuk memohon harga pakej pelajar.

🔺PAKEJ : Dengan bayaran di atas, konsultan akan menyediakan khidmat guide berpengalaman, headlamp setiap seorang ( dipulangkan kembali), air minuman dan sijil penyertaan. Kalau nak makan tengahari kena bayar tambahan RM 9.

🔺SESI CAVING BERKUMPULAN : sesi pagi - 7.00 pagi - 12.00 tengah hari ATAU sesi petang - 2.00 - 6.00 petang ATAU sesi malam - 8.30 - 10.45 malam. Kalau individu, hanya sesi pagi sahaja.

Disebabkan kami nak panjat terus ke Gunung Keriang dan untuk mengurangkan risiko, kami ambil sesi pagi. 

🔺PAKAIAN & MAKANAN : Kasut tapak bergetah, stokin, seluar dan baju outdoor/sukan. Kalau tak tahan habuk, boleh bawa penutup mulut. Topi pun sangat digalakkan untuk mengelakkan kecederaan kepala. Sarung tangan untuk elak kecederaan tangan. Bawa makanan sendiri ye sebab tidak disediakan. Kami bawa roti je.

🔺JARAK GUA : 1.8 km. Kalau guna laser boleh tembus sejauh 600 meter

⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷⟷

PINTU MASUK GUA GUNUNG KERIANG

Pertemuan kami adalah di Taman Rekreasi Gunung Keriang Alor Setar. Guide pun dah sedia menyambut kami dengan senyuman. Kemudian guide membawa kami ke starting point. Wow dah nampak signboard Gua Gunung Keriang yang dipasang di tengah-tengah dinding gunung.
 
 
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 3 orang guide yang akan memandu di dalam gua. Manakala seorang guide menjadi penyelaras aktiviti. Setiap orang diberi headlamp dan kena tandatangan untuk memastikan headlamp dipulangkan. Seperti biasa, taklimat keselamatan diberikan oleh ketua guide dan kemudian aktiviti bergambar ramai-ramai.

 
 
Selepas bacaan doa, jam 9.48 pagi, kami mendaki santai-santai dahulu, melalui tepi menara tinggi yang terbengkalai. Pesan guide, hati-hati di sini, takut terlanggar sarang lebah dan tebuan. Lebih kurang 12 minit mendaki, kami sampai di pintu masuk Gua Gunung Keriang. Masya-Allah, pintu gua yang luas, tinggi, unik dan cukup indah. Kerdilnya manusia jika dilihat dari jauh. Kami berehat sebentar untuk mengambil gambar. Moment yang sangat hebat, jangan dilepaskan peluang untuk memerhati, memikir dan menghayati keindahan sekeliling.

 
 
 
 
 
Kemudian kami meneruskan perjalanan memasuki gua yang berusia 270 juta tahun dengan melalui jambatan kayu yang agak curam. Semakin lama semakin suram dan semakin gelap. Pancaran 40 cahaya headlamp menjadikan suasana gua semakin indah. Terserempak juga dengan beberapa orang kampung yang baru memulakan kerja mencari batu kristal. Deruan enjin generator memecahkan kesunyian gua dan memancarkan cahaya bagi memudahkan si pencari batu kristal untuk mencari batu kristal yang bernilai.
 
 

 
 
 
Jambatan kayu dah sampai ke penghujungnya. Bermula la perjalanan yang lebih mencabar. Trek batu gua yang semulajadi. Curam dan melalui lereng-lereng lubang gua yang dalam dan menakutkan. Tidak perlu berlari dan bergegas, hanya jalan dengan tenang. Berhati-hati ketika menyentuh dinding batu, takut cedera memegang batu-batu tajam atau takut ada labah-labah dan kala jengking gua yang boleh menyengat.
 
 
 
Ada juga trek yang perlu mendaki, trek yang menurun, trek yang perlu membongkok dan meniarap. Paling ekstrim, apabila kita perlu melalui lubang gua yang boleh memuatkan seorang peserta. Memercik gak peluh. Dah mula terasa panas. Tercungap-cungap juga dibuatnya. Habuk pun banyak berterbangan.Pasti pakaian akan kotor. Jika tersalah kasut, mungkin akan tergelincir apabila memijak batu-batu yang licin dan curam.
 
 
 
Jangan lupa suluhkan cahaya lampu tu kat dinding gua. Ada rezeki, boleh lihat pantulan halus cahaya kristal daripada batu kristal. Terdapat lebih 100 jenis batu kristal atau dikenali batu bunga di dalam gua ini. Kerlipan cahaya batu kristal di kiri kanan gua membuatkan timbul rasa kagum dengan ciptaan Allah yang sangat hebat. Mungkin kerlipan itu bernilai RM 5 dan mungkin boleh mencecah lebih RM 40,000.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
DATARAN BUAYA

Kami sampai di pertengahan jalan gua yang dinamakan Dataran Buaya. Dataran yang luas, rata dan atap gua pun tinggi. Boleh muat 3-4 bas ekspres ni. 100 orang pun rasanya boleh melepak kat sini. Ada rekabentuk batu yang kalau diperhatikan betul-betul seperti buaya yang sedang berjalan. Kami berehat dan buat sedikit tafakur. Matikan semua lampu, hanya ada cahaya malap lilin sahaja. Merasai sendiri kepekatan kegelapan gua, mungkin seperti ini, kegelapan di alam kubur nanti kecuali jika ada amalan yang boleh menerangi gelapnya kubur.
 
 
 
 
Dah berjam kami di dalam gua. Cahaya headlamp pun dah semakin malap.Kami perlu segera meneruskan perjalanan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PINTU KELUAR GUA GUNUNG KERIANG

Alhamdulillah, kami dah nampak cahaya memancar di celah-celah gua, menandakan kami dah semakin sampai ke pintu keluar gua. Jam ditangan dah pun 1.20 tengah hari. Maksudnya kami dah berada di dalam gua ini selama 3 jam 32 minit. Sepanjang di dalam gua, rasanya kami dah melalui beberapa gua seperti Gua Ceper, Gua Sanding, Gua Sirih, Gua Tapak Kuda, Gua Pekaka Barat, Gua Jutawan, Gua Dataran Buaya ,Gua Da-E. Kami difahamkan, ada 5 Laluan untuk masuk gua ni. Kami pun tak pasti,kami laluan nombor berapa, lupa lak nak tanya guide.

Bila keluar je dari gua...melihat sahaja pada pandangan pertama. Masya-Allah...... Tak terkata. Pemandangan pintu gua 2 tingkat ini, memang betul-betul cantik, betul-betul menakjubkan, betul-betul mengagumkan, betul-betul unik. Seperti cerita filem Avatar. Kalau musim hujan, biasanya pemandangan di sini diselaputi lumut hijau yang mencantikkan lagi suasana. Tak putus-putus kami mengambil gambar, dari pelbagai sudut, pelbagai gaya, merakam segala moment yang cukup menakjubkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
MENDAKI GUNUNG KERIANG

Kedengaran alunan azan Zuhur berkumandang dan kadang-kadang alunannya terhenti apabila ada angin yang bertiup kencang. Kami check dulu.Sesiapa yang tak larat, boleh turun terus ke bawah tetapi sesiapa yang larat boleh teruskan pendakian ke puncak gunung.

Kami meneruskan perjalanan melalui trek yang hampir 80% berbatu. Trek yang jelas, trek yang terus menerus menaik dan dibuat seperti tangga-tangga batu. Ada juga melalui lereng gunung yang merbahaya. Signboard di tulis dengan jelas. Cuaca agak panas. Alhamdulillah rimbunan pokok-pokok renek dan bonsai meneduhkan perjalanan kami. Sebelum sampai ke puncak, kami melalui permatang gunung dan boleh nampak pemandangan sekitar Alor Setar yang cantik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah kami tiba di puncak Gunung Keriang jam 2.15 petang. Kami bertolak dari pintuk gua keluar jam 1.30 tengah hari. Jadi hanya 45 minit sahaja pendakian secara santai dan jalan slow-slow je sebab dah penat kat dalam gua tadi. Ada pondok kat puncak ini. Pemandangan hampir 360 darjah sawah padi dan sekitar Alor Setar. Puncak yang panas, berbatu dan bahaya. 30 orang pun rasa macam padat dah kat puncak ni.

 
 
Setelah puas di atas puncak, kami pun meneruskan perjalanan turun yang lebih bahaya. Berhadapan dengan trek berbatu dan curam. Kelekaan boleh menyebabkan risiko jatuh dan kecederaan. Lebih kurang 30 - 40 minit kami tiba di starting point Taman Rekreasi Gunung Keriang. Ouhhh, ada sesi penyampaian sijil dan hadiah kat semua orang daripada konsultan Escape Zone Kedah. Jarang masuk gua dapat sijil ni. Terima kasih dan perkhidmatan yang mantap daripada Escape Zone Kedah.

Mission Accomplished