15 May, 2018

PULAU TIOMAN : Snorkeling Di Pulau Antara Tercantik dan Mempersona Di Dunia

6 - 8 Mei 2018
Ini merupakan aktiviti terakhir team Matrikulasi Kolej MARA Kuala Nerang batch 2017/2018. Kami seramai 16 orang memulakan langkah dari Stesen Bas Shahab, Alor Setar. Sebenarnya dari Utara ni hanya satu syarikat bas je yang ada perjalanan terus ke Mersing iaitu bas Cepat. Tambang dari Alor Setar ke Mersing seorang RM 75.80. Jam 8.30 malam, bas kami bergerak, ouhhhh, lambat gak sebab bas ambik penumpang di Sungai Petani, Butterworth dan Ipoh. Sepanjang perjalanan tidur je le.


Alhamdulillah bas dah masuk Johor, alamak, driver ni tak berhenti solah subuh pulak, solah subuh dalam kenderaan le jawabnya. Berhenti jap turunkan penumpang di kluang. Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami sampai di stesen bas Mersing. ahhhhh, sakit badan dibuatnya, hampir 13 jam dalam bas. Kami bergegas untuk pergi ke kaunter tiket bas untuk beli tiket balik. ermmmm, lupa lak, time pilihanraya, semua tiket ke utara dah abis, orang nak balik mengundi. Terpaksa le, kami beli tiket ke Kuala Lumpur. Pelik gak sebab ada 3 syarikat bas ke TBS Kuala Lumpur dengan harga berbeza, Transnasional : RM 32.80, Sepakat Liner : RM 38.30 dan S&S International : RM 41.50. Jadual perjalanan pun banyak gak : 9 pagi, 10.00 pagi, 11.00 pagi, 12,30 tgh, 1.30 tgh, 5.00 ptg, 6.00 ptg dan 11.00 malam. Disebabkan tak mau ambik risiko kami beli tiket jam 6.00 petang ke TBS.

Daripada Stesen Bas Mersing ke Jeti Mersing, tak jauh mana pun, 15 minit sampai. Kami jalan kaki je, melalui jalan utama, pastu naik jambatan pejalan kaki, pastu melalui KFC, Public Bank, Marry Brown. Pastu melalui Stadium Mini Mersing, pastu sampai ke Bangunan Tiket Pulau Tioman. Kami bertemu dengan agen kami dari WAN TIOMAN AGENCY untuk urusan tiket, pendaftaran dan penginapan di Pulau Tioman.

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
Sebelum tu, saya nak cerita pasal pakej kami dulu ye :

BAGAIMANA SAYA CARI AGEN : Saya explore sendiri kat mana-mana website, blog dan facebook berkaitan agen pulau tioman. Akhirnya saya berminat dengan WAN TIOMAN agency sebab bila baca review dan komen orang ramai tentang servis Wan Tioman nampak macam banyak komen positif je. So bermula 20 Disember 2017, saya hanya ber whatsaap je dengan dia dan memang layanan whatsaap dia cukup baik.
http://www.wanpulautioman.my      http://www.facebook.com/wanpulautioman/
No telefon : 019-2941683

PAKEJ YANG SAYA PILIH : Sebenarnya banyak pakej dari hotel dan resort yang ditawarkan oleh Wan Tioman, 4 hari 3 malam, 3 hari 2 malam, 2 hari 1 malam. Pilih le sendiri berdasarkan bajet dan keinginan masing2. Akhirnya kami pilih pakej ni :

Pakej : 2 hari 1 malam (Ahad - Selasa)
Harga : RM 330 seorang termasuk :

  • 2 tiket pergi dan balik Jeti Mersing-Pulau Tioman-Jeti Mersing (70 km ke Pulau Tioman)
  • Penginapan Resort 2 malam
  • 2 kali sarapan, 1 kali makan tengahari, 1 kali makan malam, 1 kali makan malam BBQ
  • Snorkeling Trip : Pulau Rengis, Marine Park dan Pulau Tomok (Asalnya pergi Duty Free Shop tapi disebabkan kami datang sini bukan nak shoping, so kami deal dengan jurubot untuk tukar pergi ke Pulau Tomok)
Pakej yang TIDAK termasuk : Caj Pemuliharaan Pulau Tioman RM 5 seorang dan alatan snorkeling seperti mask, life jacket : RM 16 seorang

Resort : Island Reef Resort
Tempat : Kampung Genting, Pulau Tioman. Betul-betul depan jeti, 10 minit boleh sampai dan kena naik bukit sikit, Resort kat lereng bukit yang berbatu. Pemandangan dari resort memang mantap la.

Bilik : 5 bilik ( sebab kami 16 orang. Bilik boleh duduk berdua, tiga orang dan 4 orang)
Spesifikasi Bilik : Bilik bajet je, ada 2 katil besar, boleh muat 4 orang, ada aircond, takde kipas, TV lama & kecik dan pakai areal lagi, toilet agak lama, air pun tak kuat, ada air panas tapi boleh mandi.Niat kami adalah percutian bajet, so kami no problem dengan kekurangan ni. Kami datang jauh2 ke sini bukan nak terperap dalam bilik je. Dapat tidur kira dah ok

Kemudahan : Dewan makan yang besar, ada tempat karaoke, boleh main dart. Ada pakej scuba kat sini dan snorkeling.

Deposit : kena bayar 10% daripada keseluruhan harga pakej.
Bayaran Penuh : 15 hari sebelum pergi tioman melalui bank in online

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Orite...kita sambung balik. Sampai di bangunan utama. Kami pun buat urusan pendaftaran, kena ada IC ye, ambik tiket pergi dan balik, ambik voucher pakej Island Reef Resort daripada agen, pastu bayar Caj Pemuliharaan Taman Laut, RM 5 seorang. Dah settle, kami pun bergerak ke Jeti Mersing. Kalau boleh, dinasihatkan 1 jam sebelum berlepas kena dah ada kat jeti ni. Sebenarnya, selain jeti Mersing, ada satu lagi jeti ke Pulau Tioman iaitu Jeti Tanjung Gemok Kuala Rompin, Pahang. 

Kami pun pegi ke kaunter jeti untuk ambik Pas Berlepas.

Sebenarnya, perjalanan feri ke Pulau Tioman ni selalu berubah masa mengikut keadaan laut dan cuaca. Kadang sehari lebih 3 kali, kadang-kadang sehari sekali je feri pegi tioman.Setiap bulan akan dikeluarkan jadual perjalanan feri. Jadual feri boleh mintak kat agen. Feri kami bertolak sepatutnya jam 11.00 pagi tapi delay pulak, lebih kurang jam 12.30 tengahari baru boleh bertolak. Kondisi feri selesa, ada aircond dan boleh muat lebih 100 orang. Cuma feri ni ada beberapa tempat berhenti. So jangan terlepas pulak, kena tanya agen atau staf kat feri tu. Macam pakej kami Reef Resort, kami akan turun kat Jeti Kampung Genting. Alaaaa, bila dah sampai, nanti ada la staf tu terjerit-jerit...genting...genting..genting...

Setelah 1 jam 45 minit, kami pun sampai kat Jeti Kampung Genting. ahhhhh...tenang rasa bila dapat keluar dari feri sambil menikmati pemandangan laut yang sangat menakjubkan, dengan disambut angin kuat dan sinaran cahaya terik waktu tengahari. Banyak pulak bendera-bendera BN, PKR dan PAS sepanjang jeti. oooo..demam pilihanraya..

Kami check in di Island Reef Resort. 10 minit  perjalanan dari jeti. Kena naik bukit sikit dan bilik memang kat lereng bukit. Wow, boleh nampak pemandangan laut yang cantik dan membiru. 

Sebenarnya Pulau Tioman yang terletak di daerah Rompin, Pahang mempunyai keluasan 19 km panjang dan 11 km lebar dan mempunyai beberapa kampung seperti Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Air Batang, Kampung Paya, Kampung Mukut, Kampung Juara dan Kampung Genting. Jumlah penduduk semua kampung ni sekitar 3,300 orang dengan lebih kurang 687 rumah kediaman. Setiap kampung ni mempunyai resort-resort, kedai makan, kedai cenderamata dan sebagainya. 

Contohnya kat Kampung Genting tempat kami menginap ni memang banyak resort seperti Damai Tioman Resort, Bayu Tioman Chalet, Sun Beach Resort, Island Reef Resort, Dumba Bay Resort dan sebagainya. Kat kampung ni ada masjid, balai raya, kedai runcit, perkhidmatan Diving, kedai cenderahati, kedai pakaian, kedai makan, gelanggang bola tampar dan banyak lagi. Tak dinafikan harga makanan kat sini memang mahal.




 ISLAND REEF RESORT








AKTIVITI PETANG & MALAM DI KAMPUNG GENTING

Dah lepas check in, pastu rehat kejap, apa lagi masa untuk snorkeling kat pantai. Lepas ambik peralatan snorkeling dan jaket, kami pun terus mandi dan explore apa-apa yang menarik kat pantai Kampung Genting. Sebenarnya, kat sini batu karang sikit sangat, ikan pun tak berapa nak ada tapi ok la untuk saja-saja mandi dan belajar-belajar snorkeling.

Waktu senja sangat awesome, boleh saksikan pemandangan ketika matahari terbenam sambil ambik gambar kat tepi laut.Uhuuu, sangat hebat dan sangat relaks, Subhanallah. Aktiviti malam, selepas makan malam, kami hanya jalan-jalan sekitar kampung, jalan-jalan tepi pantai yang surut sambil tengok batu karang, jalan-jalan tengok resort-resort, merasai kehidupan malam orang kampung, minum-minum kat kedai, tengok orang memancing, dan relaks-relak kat jeti sambil merasai angin sejuk dan melihat jutaan bintang bergemerlapan di langit.















PAGI DI KAMPUNG GENTING
Lepas solah subuh, kami pun jalan-jalan kat tepi pantai, tengok pantai yang surut dan ambik gambar tempat paling best di kawasan batu-batu besar.






SNORKELING PULAU RENGGIS
Jam 9.00 pagi, bermula lah part paling best, snorkeling di pulau antara tercantik di dunia.Sebenarnya selain pulau Renggis, ada beberapa pulau lagi untuk orang snorkeling dan scuba diving seperti Pulau Sepoi, Pulau Chebeh, Pulau Soyak, Pulau Tulai, Pulau Jahat, Pulau Tomok dan Pulau Bahara. Kat sini airnya jernih dan memang banyak ikan dan batu karang yang cantik-cantik. Kalau ikut kajian ada lebih kurang 200 spesis batu karang dan hidupan karang serta direkodkan 60% kehidupan diliputi karang. Setengah tempat, airnya agak cetek dan berhati-hati terpijak batu karang yang tajam dan duri landak laut yang menyakitkan. Jangan lupa bagi makan roti, beribu ikan-ikan yang sangat cantik akan datang mengelilingi kita. Uhhhh takjubnya ciptaan Allah, speechless.





















TAMAN MARIN PULAU TIOMAN
Lebih kurang 1 jam lebih, kami snorkeling, masa untuk naik bot dan bertolak ke Taman Marin Pulau Tioman yang terletak di Kampung Tekek dan Air Batang dan diurus oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Jangan ambik apa-apa batu karang atau segala hidupan laut. Sangat dilarang. Pantainya putih dan apa yang menarik di sini, ikan-ikannya jenis besar. Snorkeling di sini kurang kepuasan berbanding di Pulau Renggis tapi pemandangan sekitarnya menarik.









PULAU TOMOK
Sepatutnya dalam pakej kami pergi Zon Bebas Cukai. Tapi disebabkan kami tak berminat nak membeli dan takde duit, kami tukar plan untuk snorkeling lagi di Pulau Tomok. Snorkeling di sini, pemandangan batu karangnya agak berbeza dengan pasir yang putih dan bersih. Pemandangan dasar laut sangat jelas dan nampak ikan-ikan berenang mengelilingi kami dengan sangat jinak. Memang puas hati. Cuma, tiba-tiba je angin kuat, menyebabkan kami di bawa arus kuat sehingga tak mampu nak berenang dan semakin jauh dari bot kami. Tak perlu panik, abang bot datang menyelamat.














HARI KETIGA YANG MENYEDIHKAN


Masa untuk checkout dan pulang naik feri jam 11.00 pagi. Tak sangka awal 30 minit feri dah datang, kelam kabut dibuatnya. Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang boleh kita lakukan di Pulau Tioman ni.Its ok, Insha Allah, lain kali boleh datang lagi. 


Sedih gak bila kita jalan ramai-ramai ni, pastu, hari ini adalah hari terakhir untuk bersama sebelum berpisah dan ntah bila lagi akan berjumpa. Syok sebenarnya dapat explore sama-sama, snorkeling sama-sama, makan sama-sama, jalan sama-sama dan sama-sama merasa dan menghayati kehebatan ciptaan Allah....ouhhh semoga semakin tunduk dan patuh kami kepada si Dia yang Maha Kuasa.... Touching gak dengan diorang ni...pengalaman bersama yang tak dapat dilupakan...bye...