10 August, 2012

EKSPEDISI MENCARI PENYU BERTELUR DI PANTAI TELUK MAK NIK, KEMAMAN TERENGGANU: Melihat Penyu Menangis di Malam Hari...

JULAI 2012


Sebenarnya kami terdesak nak tengok sangat penyu bertelur secara semula jadi di persisiran pantai Terengganu ni. Sebabnya, khuatir pada masa akan datang, kami tak dapat tengok sebab kepupusan.Contohnya penyu belimbing yang dah tak mau mendarat kat Rantau Abang.

Kebetulan ada kursus di Impiana Resort, Cherating, Pahang, kami pun ambil peluang untuk menyaksikan penyu bertelur pada waktu malam. 2 malam, kami mencuba tapi gagal disebabkan hujan lebat. Alhamdulillah, malam ketiga, pukul 9.30 malam, kami bersama-sama Pak Su selaku pemandu pelancong, turun ke pantai dalam kegelapan malam. Kalau ikutkan takut gak berjalan-jalan waktu malam ni tapi disebabkan 'excited' sangat so dah rasa tak takut langsung. Kami dilarang sama sekali untuk pasang lampu, takut penyu tu lari.Sebenarnya pantai ni adalah ditutup kepada orang ramai pada waktu malam kecuali ada pemandu pelancung yang bawa.

wuuu jauh gak berjalan. Alhamdulillah, malam ni rezeki kami sebab ada 4 ekor penyu betina jenis penyu Agar mendarat dan bertelur. Boleh tahan besar, sebesar motorsikal kapcai gak la...Apa lagi, kami betul-betul menggunakan masa yang penting ini untuk melihat penyu tu bertelur sebiji demi sebiji jatuh ke dalam lubang. Masa ninja turtle ni bertelur memang nampakla penyu tu menangis..banyak airmatanya keluar..kenapa ye...Pastu dia guna kaki belakangnya melibas-libas untuk menutup lubang. Apa lagi, orang yang duduk belakang terkena la pasir yang berterbangan.

Kemudian kami tengok ada 2 ekor lagi ninja turtle yang dah selesai bertelur dan sedang kembali ke pantai. Kesempatan ini diambil oleh pemandu pelancong untuk mengorek lubang tersebut dan mengambil semua telur-telur tu...Bukan curi tau, telur-telur ni nak dibawa ke sanctuari untuk ditetaskan. Kalau ditinggalkan, banyak la manusia yang curi telur untuk dijual.

Sebelum pulang, kami diberi penghormatan untuk melepaskan anak-anak penyu ke pantai yang dibawa oleh Pak Su..Sebelum dilepaskan, kami diminta untuk memberi nama anak penyu dan berharap agar selepas 20 tahun, penyu ini akan kembali semula ke pantai ini untuk bertelur...Memang comel sangat bila tengok berpuluh-puluh anak penyu berlari-lari laju menuju ke pantai....

Puas rasanya...tercapai gak impian yang dah lama terpendam.Sedang kami berjalan pulang di tepi pantai, tiba-tiba secara tidak sengaja, kami terserempak dengan penyu besar yang baru mendarat untuk bertelur. Apa lagi, bila nampak kami, kelam kabut la penyu tu melarikan diri masuk balik ke laut...serba salah pulak rasanya...sori ye...

Sebelum balik, kami pun bayar RM 30 seorang kepada Pak Su. Kalau guna pakej hotel kena bayar RM 50. Pak Su ada kata kat kami " Orang luar negara dan orang cina selalu datang tengok penyu tapi orang melayu ni kurang sangat berminat"...boleh tahan gak mendalam kata-kata tu...Kalau ada sapa-sapa berminat nak tengok penyu, datang la BULAN APRIL - SEPTEMBER dan hubungi Pak Su 013-9064828.

GAMBAR DI BAWAH :
Senang je nak pegi tempat ni...pegi Kemaman, pastu cari je signboard Pantai Teluk Mak Nik...

GAMBAR DI BAWAH : 
ni tempat kami menginap IMPIANA RESORT CHERATING...Cantik tempatnye...tepi lautttt...15 minit je dari Pantai Teluk Mak Nik dan 15 minit dari Pantai Cherating...


GAMBAR DI BAWAH :
Pengalaman menonton penyu bertelur...bestttt...dan melepaskan anak penyu....
Boleh tahan besar Green Turtle ni kan...
Penyu yang sedang bertelur...
Dah selesai bertelur, masa untuk tutup lubang pasir...
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8.........semua sekali 70 biji...
Masa untuk melepaskan anak ninja turtle kat pantai..semoga datang balik sini ye..
Bye..bye..smoga selamat 20 tahun akan datang, kembali sini untuk bertelur
GAMBAR DI BAWAH :
Suasana waktu siang pantai Mak Nik, tempat kami tengok penyu bertelur malam tadi...
oooo kat sebalik bukit tu la kami tengok penyu malam tadi...
GAMBAR DI BAWAH :
Dah alang-alang sampai Cherating ni...jom kita tengok Pusat Santuari Penyu Cherating yang diwujudkan sejak 1972 lagi tapi untuk tontonan orang awam dibuka tahun 1998. Tempat ni pun boleh tengok penyu yang dibela dalam kolam.Saya difahamkan, pantai kat sini pun ada penyu yang mendarat malam-malam untuk bertelur cuma tak banyak...
INFO TENTANG PENYU...
Sebenarnya ada 4 jenis penyu yang popular yang pernah dan sering mendarat di pantai Malaysia:
  1. Penyu Belimbing - Penyu ni sudah diancam kepupusan.Boleh berhijrah sejauh 4830km dari pantai tempat bertelur. Dulu, penyu ni pernah mendarat di Rantau Abang Terengganu..Sekarang ni ada lagi ke !!!
  2. Penyu Agar (Green Turtle) - Penyu ni masih banyak lagi mendarat di pantai Malaysia seperti Rantau Abang, Kemaman, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Sabah, Pulau Satang Sarawak, Setiu, Pantai Chendor Pahang, Segari Perak dan Kerachut Pulau Pinang.Penyu ni boleh mencari makanan di laut sejauh 2100 km tau...
  3.  Penyu Karah - Penyu ni, jarak penglihatannya agak terhad dan pernah mendarat di pantai-pantai Melaka dan Pulau Satang Sarawak.
  4. Penyu Lipas - Penyu ni antara paling banyak didunia dan beratus ribu mendarat seluruh dunia.Cuma peliknya, dia tak mau mendarat kat Malaysia...merajuk kot.
Penyu betina bila nak bertelur, dia akan tunggu waktu malam sebab suhunya sejuk, gelap dan kurang gangguan.Bila penyu naik atas pantai, dia akan cari tempat yang sesuai. Jika ada gangguan cahaya atau pergerakan manusia atau binatang, dia akan cepat-cepat patah balik ke laut. Apabila 'line clear', penyu ini mula menggali pasir untuk membuat lubang badan dan sangkar telur.Kedalaman lubang, biasanya purata 60 cm. Penyu betina boleh bertelur dari 70 - 120 biji. Telurnya macam bola ping pong dan berkulit lembut. Bila dah selesai bertelur, penyu akan mula menimbus kembali sarang telur dan kembali ke pantai.Semua proses peneluran ini boleh mengambil masa sehingga 3 jam.

Selepas 50-60 hari, telur pun menetas. Anak ninja turtle ni akan menggunakan paruh untuk keluar dari lubang sarangnya. Jangan ingat boleh keluar 'on the spot' ye...diaorang ni akan berusaha keluar dari lubang pasir yang dalam sehingga mengambil masa 3-7 hari untuk sampai ke permukaan pasir. Anak penyu akan keluar pada waktu malam sebab suhunya yang sejuk dan kurang gangguan pemangsa.Sebenarnya jantina baby penyu bergantung pada suhu. Kalau suhu 30 celcius ke atas, akan jadi anak penyu betina dan kalau suhu 24-28 celcius akan jadi anak penyu jantan. Anak penyu akan berlari dengan lajunya menuju tempat yang paling cerah dan akhirnya sampai ke laut. Memang kuasa Allah, anak penyu ini boleh bertahan untuk tidak makan selama beberapa hari sebab dalam badannya sudah ada protein berbentuk kuning telur.Dari ratusan anak penyu, bukan semua akan hidup. Banyak yang akan mati disebabkan pemangsa laut dan pencemaran.

Anak penyu yang berjaya hidup sehingga berumur 20 tahun atau sehingga 50 tahun, penyu betina ini biasanya akan kembali ke pantai, tempat dia menetas 20 tahun dulu untuk kembali bertelur.....