09 June, 2013

RANAU SABAH : Perspektif Berbeza di RUMAH TERBALIK...Kedinginan udara di PEKAN NABALU, KUNDASANG & TAMAN NEGARA KINABALU...Kehangatan Air & Keindahan Flora Fauna di PORING HOT SPRING & JAMBATAN GANTUNG

Mei 2013

Saya pernah ke Sabah pada tahun 2007, ini postnya
http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/09/kota-kinabalu-kundasang-ranau-seronok.html 


Tahun 2013, saya diberi peluang sekali lagi jalan-jalan ke Ranau. Dalam perjalanan ke Ranau,kami singgah dulu ke RUMAH TERBALIK di Jalan Telibong, Tamparuli.

RUMAH TERBALIK [UPSIDE DOWN HOUSE]

Menurut Malaysia Book of Records, Rumah Terbalik di Tamparuli Sabah yang dibuka pada Februari 2012, merupakan pertama di Malaysia dan rasanya pertama di Asia Tenggara. Selain di Sabah, kita boleh menjumpai tarikan rumah terbalik ni di German, Brazil, Jepun, Poland, Sepanyol, Russia, Canada, Austria, Korea Selatan, Tennessee dan California.Dikatakan, pencipta Rumah Terbalik ini ialah Elexander Yee, seorang usahawan dan pengusaha lodge pelancongan di Sukau, Pantai Timur sabah dengan melibatkan kos RM 500,000. Masuk untuk dewasa hanya RM 10 je.

Konsep tarikan di sini, mudah je, SEMUANYA TERBALIK. Bumbung di bawah, lantai di atas. Tingkap terbalik, pintu terbalik, pasu bunga terbalik, kereta terbalik, taman terbalik, beranda terbalik, tangga terbalik, syiling terbalik, ruang tamu yang ada sofa terbalik, meja makan terbalik, televisyen & radio terbalik, mesin jahit terbalik, toilet terbalik, sinki terbalik, shower terbalik, katil terbalik, gambar terbalik, dapur gas terbalik, pinggan mangkuk terbalik, dapur terbalik, bilik tidur terbalik, patung teddy bear terbalik....semuanya terbalik...

Kami masuk berkumpulan dan dipandu oleh pekerja di situ. Di larang bawa kamera sama sekali. So,tak dapat la nak tunjuk benda-benda yang terbalik di dalam rumah tersebut.Sebenarnya, takde la besar sangat dalam rumah terbalik ni. Rasanya 15 minit je dah selesai menikmati kehidupan yang terbalik. Terfikir gak pengajaran yang kami dapat daripada lawatan ni. Kadang-kadang kita hanya berfikir satu arah sahaja, tetapi kalau kita ubah cara berfikir kepada perspektif yang lebih baru, lebih kreatif, berfikir di luar kotak dan cuba berfikir sesuatu yang mustahil MUNGKIN kita akan mendapat keputusan kejayaan yang lebih hebat.

 
 
 
 
 
 
 
 

SELEPAS JALAN-JALAN DI RUMAH TERBALIK, KAMI MENERUSKAN PERJALANAN DAN SINGGAH KE...

PEKAN NABALU

Sebelum sampai ke Ranau dan Kota Kinabalu, bisanya pelancong akan singgah sebentar di Pekan Nabalu, betul-betul di tepi jalan utama Ranau dan Kota Kinabalu. Apa yang menarik tentang Pekan Nabalu ni ialah terletak di sempadan antara Daerah Kota Belud dan Daerah Tuaran. Sempadannya hanya dipisahkan dengan garisan tengah di jalan raya utama yang kami lalui. Sempadan Daerah Ranau pun dah dekat, hanya dipisahkan dengan dua buah kampung sahaja. Penduduknya adalah kaum Dusun dan majoriti beragama Kristian

Apa yang menarik di Pekan Nabalu ialah :
  • Tempat ni SEJUKKK...seronoknya...udara segar, nyaman, tenang, pemandangan hutan dan gunung-gunungnya cukup indah. Walaupun ada cahaya matahari, tak terasa kepanasannya. Memang relaks betul la...
  • Melihat PEMANDANGAN GUNUNG KINABALU, kebanggaan Malaysia. Ambik gambar sepuas-puasnya di belakang Gunung Kinabalu. Cukup cantik pemandangannya. Di sini pun ada didirikan satu MENARA TINJAU, kita boleh melihat pemandangan yang lebih cantik dan mengujakan
  • Merasa NENAS yang ditanam di tanah tinggi. Saya dah rasa...manissss.... Penduduk kat sini memang menjadikan nenas sebagai tanaman utama selain padi bukit, sayuran, buah-buahan dan getah. Siap ada replika nenas lagi tu. Beli la kat deretan gerai buah-buahan di Pekan Nabalu.
  • GERAI KRAFTANGAN yang besar, berbumbung dan selesa. Saya cadangkan, beli kraftangan di sini kerana macam-macam kraftangan secara 'one stop' ada di jual. Jangan terkejut, harganya pun lebih murah berbanding di Kota Kinabalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PERUT DAH LAPAR NI... KAMI KENA BERHENTI DULU DI....


KUNDASANG

Kundasang ialah pekan kecil di Ranau dan semakin hampir dengan Gunung Kinabalu. Pemandangan di sini lebih mengujakan, lebih indah dan lebih mendamaikan dengan udaranya yang sejuk. Di sini, adalah kawasan penanaman sayur-sayuran dan kalau nak beli sayur-sayuran yang segar, berhenti la sekejap di deretan gerai yang disediakan. Banyak pemborong sayur-sayuran dari Sabah, Sarawak dan Brunei datang membeli di Kundasang. Majoriti penduduk adalah kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu dan Cina. Ramai gak pendatang Indonesia dari Bugis, Tator, Timor dan Jawa bekerja menanam sayur. Kat sini, banyak gak hotel dan motel....KFC pun ada.

Kami sempat bersolah zuhur di masjid Pekan Kundasang yang dibina kawasan tanah tinggi...boleh nampak pemandangan keseluruhan Pekan Kundasang. Dekat dengan masjid, ada restoran makanan Muslim...dapat makan kepak ayam dengan minum air teh o ais lemon, pastu dengan udara yang sejuk dan membelakangkan gunung-gunung, memang cukup 'cool' la tempat ni.

 
 
 
 
 

TAMAN NEGARA KINABALU

Akhirnya kami sampai ke kaki Gunung Kinabalu. Taman Negara yang tertua dan popular sejak tahun 1964. UNESCO telah mengistiharkan pada tahun 2000 sebagai Tapak Warisan Dunia yang mempunyai daya tarikan biologikal dengan beribu spesis flora & fauna, beratus spesis burung dan haiwan liar. Apa yang paling hebat Taman Negara ini ialah adanya Gunung Kinabalu di kawasan Banjaran Crocker yang kelima tertinggi di Asia Tenggara dengan 4,095.2 meter dan telah didaki seramai 47,564 orang (maklumat 2009).

Dengan bayaran RM 3 seorang, kita boleh menikmati pemandangan indah di kaki Gunung Kinabalu dengan cuaca yang sejuk, nyaman, segar dan tenang. Tempat ni sebenarnya memberi aura kepada pengunjung untuk bermotivasi mendaki Gunung Kinabalu pada masa akan datang. Saya sebenarnya pernah mendaki Gunung Kinabalu dan menceritakan perasaan saya ketika berada di puncak Gunung Kinabalu di...http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/08/coretan-pengalaman-di-gunung-kinabalu.html
[Teringat lagi kenangan manis sampai ke Puncak]


 
 
 
 
 

SELESAI MENGAMBIL GAMBAR DI TAMAN KINABALU, KAMI PUN PERGI KE...

PORING HOT SPRING & JAMBATAN GANTUNG

Tak lengkap bila sampai Ranau ni tak pergi ke Poring Hot Spring. Jaraknya lebih kurang 40 km dari Taman Negara Kinabalu. Selalunya, selepas mendaki Gunung Kinabalu, diaorang akan ke sini untuk menyegarkan dan memperbetulkan saraf dengan RENDAMAN dan MANDI AIR PANAS semulajadi Mineral Sulfur. Poring ni maksudnya salah satu spesis buluh dari bahasa kaum Kadazan Dusun.Memang banyak buluh besar-besar kat sini pun. Kawasannya pun menarik dikelilingi hutan dan sungai yang mengalir deras apabila hujan. Kat sini dah tak sejuk sebab kawasan tanah rendah. 





Selain Kolam Air Panas, tarikan yang mesti dilawati iaitu JAMBATAN GANTUNG di Poring ni. Bayaran masuk RM 3. Sebelum meniti jambatan gantung kena mendaki bukit sikit, dekat 20 minit gak kami naik sebab mendaki dengan perlahan. Kalau hujan, susur jalannya memang becak. Memang sedikit meletihkan dengan pakaian yang kotor dan berpeluh-peluh. 

Saya pernah naik jambatan gantung Sedim di Kulim http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/11/tree-top-walk-sungai-sedim-laluan.html, memang berbeza dengan jambatan gantung di Poring ni. Lantainya hanya beralaskan satu papan sahaja dan sempit dan sesuai meniti untuk seorang sahaja. Talinya berpaut antara satu pokok Menggaris dengan pokok Menggaris yang lain yang dianggap Raja pokok hutan dan boleh menjadi tertinggi di dunia. Setiap post ada ruangan untuk melihat pemandangan. Jaraknya 157.8 meter dengan ketinggian 41 meter. Pemandangan dari Jambatan Gantung cukup-cukup indah...cukup-cukup beremosi..'Speechless'.. Indahnya ciptaan Allah. Di sini, di larang untuk mengambil gambar secara percuma. Kena bayar RM 5. Tak boleh nak sorok, ada penjaga yang akan kejar kita bila tak bayar duit kamera.

 
 
 
 
 
 
 

DAH NAK MALAM NI..DALAM PERJALANAN PULANG, KAMI SEMPAT BERHENTI TEPI JALAN UNTUK AMBIK GAMBAR BERLATAR BELAKANGKAN GUNUNG KINABALU..
Kebetulan kabus clear so Gunung Kinabalu memang nampak jelas la....makin malam ni, makin sejuk pulak...