05 October, 2015

Bermain Ice Skating di ICESCAPE ICE RINK di IOI City Mall Putrajaya

SEPTEMBER 2015
'Ice Surface'nya bersaiz olimpik dan terbesar di Malaysia, bukan sahaja bermain ice skating, bermain hoki ais pun boleh. Lokasinya di tingkat 1, berhampiran District 21 dan Pusat Bowling. Dibuka hari Isnin - Ahad bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Disebabkan cuti sekolah terpaksa bayar mahal RM 28.30 untuk dewasa dan kanak-kanak.Hari biasa RM 23 sahaja. Disebabkan stokin dan sarung tangan tak bawak, terpaksa la kena beli kat situ RM 9.43 (Glove), RM 5.66 (Stokin). Kalau tak nak main tapi saja-saja nak tengok atau temankan seseorang kena bayar RM 5.

Dah abis bayar, main la sampai puas, takde had masa. Cuma kena berhenti sekejap bila diorang nak buat pembersihan lantai ais, 30 minit je. Disebabkan kami first time, jatuh terlentang tu perkara biasa sampai basah seluar dan baju. Kami cuma belajar dengan tengok orang yang dah teror main je. Bila dah lama sikit baru boleh balance sikit. Anak perempuan saya lepas setengah jam, dia dah ada keyakinan dan keberanian untuk main dan pusing beberapa round. Mula-mula tu asyik pegang dinding je. Tapi anak saya yang 4 tahun ada problem sikit, so saya sewakan penguin dengan harga RM 28.30 sejam. So boleh la dia berjalan sambil pegang penguin. Lepas 2 jam, tapak kaki dah tak tahan, sakit dan lenguh. Anak saya pun dah letih dan nak balik tapi diorang seronok sangat dan belajar pengalaman baru harini....
 
 
 
 
 
 
 

Ada pulak pameran Lego kat Ground Floor. Main dulu la...