02 September, 2017

GUNUNG KEMERLONG SIK KEDAH : Cabaran Pacat...Boleh cuba KEDA RESORT BENDANG MAN

OGOS 2017
GUNUNG KEMERLONG


LOKASI : Bendang Man, Sik Kedah
KETINGGIAN : 706 meter atau 2315 kaki

JARAK PENDAKIAN NAIK & TURUN : 
+10 km

MASA MENDAKI & TURUN (TRIP KAMI 7 ORANG) : 2 jam naik dan 2 jam turun (agak compress)

KESUKARAN : 6/10
PEMANDANGAN : Boleh nampak Banjaran Enggang, Pekan Sik, Jalan utama, Kebun Getah, Sawah Padi, Kawasan Perkampungan, dikelilingi Gunung Ganang, Bukit Bukau, 

TREK : Laluan Tanah Merah, Hutan Tebal, Hutan Buluh, Agak Lembap, Laluan Curam ketika menuju puncak. Kami bawa 4 botol air 500 ml dan 1 botol 100 plus. In sha Allah, cukup untuk kami

CABARAN : Cabaran paling ketara ialah MELAWAN PACAT. Banyak sangat pacat. Di mana-mana ada pacat. Rasenye berbelas-belas pacat hisap darah kaki kami dan kadang-kadang sampai kat muka. Tapi, itu lah cabaran unik Gunung Kemerlong

CHECKPOINT : Kami parking kereta di rumah guide kami dan starting point pun kat rumah guide. Kemudian kami berjalan melalui sawah padi dan kebun getah. Kemudian melalui laluan balak dan jalan tanah merah. Selepas melepas laluan balak, kami mula mendaki dan berehat jap di Chabang Lima. Memang ada 5 cabang jalan kat sini, kalau takde guide boleh sesat ni. Kemudian bermula cabaran mendaki bukit pacak, ada laluan berbatu dan akhirnya sampai ke Puncak Gunung Kemerlong

PAKEJ GUIDE : Daypack. Kos RM 250 untuk guide, sweeper, parking dan pengurusan. Kami guna khidmat guide Achik 011-31252536 sebab starting dan parking kat rumah dia. Seandainya achik ada urusan, dia akan arrange guna guide lain. Senang cerita, berurusan dengan dia sangat mudah. Kalau musim durian dan rambutan, boleh makan kat dusun keluarga dia. Kena bayar sikit le...

REFLEKSI : Alhamdulillah kami berjaya sampai puncak. Dapat lihat kebesaran dan kehebatan ciptaan Allah. Dapat merasai keredupan dan hembusan angin yang menenangkan, melihat awan-awan dan kehijauan alam. Walaupun diserang pacat sampai merah stokin kami dengan darah, tapi kami rasa puas dan Alhamdulillah berjaya tawan GUNUNG KEMERLONG

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KEDA RESORT & HOLIDAYS, BENDANG MAN, SIK KEDAH

Keda Resort ni memang dah dekat dengan Gunung Kemerlong. Terletak di Kampung Bendang Man, Sik Kedah. Tel: 04-4620369/ 04-4620370. Bayaran untuk asrama, seorang RM 9 manakala bilik superior deluxe RM 135. Menariknya resort ini ialah dikelilingi dengan hutan, bukit bukau, sungai berbatu yang cantik, lebah-lebah yang berterbangan di sekitar sarang buatan yang menghasilkan madu kelulut dan dusun buah-buahan. Suasana kampung yang mengasyikkan, ketenangan hutan, angin yang bertiup lembut, deruan sungai yang mengalir laju, tenang dan sunyi. Memang sesuai la, sapa-sapa yang dah tension kerja atau pening dengan kehidupan bandar, boleh la menginap di sini. 

Selain penginapan, resort ini menawarkan pakej kursus, ada dewan yang agak besar, surau dan aktiviti lain seperti jungle tracking, rakit, kayak, abseling, flying fox, perkhemahan, BBQ, melawat dusun dan sebagainya. Masa kami buat kursus kepimpinan student Kolej MARA Kuala Nerang, kami ambik pakej jungle tracking je, jimat dan kurang kos.
 
 
 
 
 
 

 Aktiviti Jungle Tracking