29 September, 2015

TAMAN BURUNG PULAU PINANG: Disambut dengan Renungan Tajam si Burung Hantu...

SEPTEMBER 2O15

Taman Burung Pulau Pinang terletak di Seberang Jaya dan dekat dengan Lebuhraya PLUS dan pusat membeli belah Sunway Carnival. Taman burung seluas 5 ekar  ini antara tertua di Malaysia dan dibuka sejak tahun 1988 mempunyai lebih 300 spesis burung Malaysia dan seluruh dunia dan lebih 3000 ekor burung berterbangan bebas dan disangkarkan. Pengunjung juga boleh merasai burung berterbangan bebas dengan memasuki 2 sangkar gergasi. Disini kita boleh bagi makan burung dan rasai kejinakan burung comel pelbagai warna menghinggapi tangan dan jari kita.

Bukan sahaja burung malah ada macam-macam binatang dipamerkan seperti buaya, ular sawa, rusa, kura-kura dan ikan. Kat sini memang terasa suasana kehijauan dan terasa redup beratapkan rimbunan pokok. Lanskapnya masih ada yang menarik seperti air terjun. Cuma peralatan dan kemudahannya agak lama dan semakin rosak dan kurang penjagaan. Harga tiket dewasa RM 23 dan RM 13 kanak-kanak. Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi. Diaorang ada buat show pukul 3.30 petang, tapi tak sempat nak tengok.


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

27 September, 2015

KIDLAND PENANG : Bermain & Belajar...


SEPTEMBER 2015
KIDLAND terletak di pusat membeli belah Prangin Mall, George Town, Pulau Pinang (Tingkat 4) yang dibuka bermula jam 11.00 pagi - 9 malam, (www.kidland.com.my). Kami mengambil pakej penuh dengan harga RM 75 seorang kanak-kanak  (termasuk RM 2 beli kad ahli). Dewasa kena bayar RM 12 ( termasuk RM 2 untuk kad ahli). Baby percuma. Konsep KIDLAND ni sama macam KIDZANIA kat Kuala Lumpur yang menekankan Bermain dan Belajar. KIDZANIA sebenarnya lagi hebat, lagi profesional dan berkali-kali ganda bestnya berbanding KIDLAND. Tapi itu bukan masalah, yang penting budak-budak rasa seronok dan belajar pengalaman baru. Cuma ada satu keistimewaan yang menjadi tarikan utama di KIDLAND iaitu Kidland's Adventure.

Kalau nak masuk sini kena datang awal dan balik malam baru la boleh rasa semua permainan dan kelas yang disediakan. (Walaupun kami datang awal, ada 4 tempat yang kami tak sempat explore : 5D Cinema, Police Station, Science Center dan Kid's Star). Setiap lokasi atau kelas yang berjaya diselesaikan, akan diberi duit Kidland. Semua duit ni boleh ditukarkan dengan barang cenderamata. Jom kita tengok....

1) FIRE STATION
Pembelajaran melibatkan 30 - 40 minit. Apa yang bestnya ialah kanak-kanak akan bersimulasi memadam api kebakaran.

 
 
 

2) KIDLAND' AUTODRIVE
Kanak-kanak akan belajar memandu mengikut peraturan jalan raya.


3) ART STUDIO
Kanak-kanak diajar secara praktikal untuk membuat donut keychain daripada plastesin.
 

 4) MASTER CHEF
Disini, diorang akan diajar bagaimana membuat puding roti.

 
 

 5) KID'S MART
Sepatutnya kanak-kanak diajar untuk membeli barang dengan peruntukan duit tertentu.Tapi harini tak macam tu sekadar demonstrasi buat aiskrim je.

6) BEAUTY ACADEMY
Sapa-sapa yang nak muka dia kena solek... boleh datang sini.


7)KID"S STAR
Kat sini, kanak-kanak akan buat live band dihadapan penonton.

 
8)MONORAIL KIDLAND
Tak jauh pun. Sekejap je. Agak membosankan.

 9) BABYLAND


10) KIDLAND'S ARMY
Tempat ni, kanak-kanak akan diarahkan untuk mengikuti latihan tentera. Siap pegang senapang.

 
 
 
 
 
11) HOSPITAL KIDLAND
Nak jadi doktor !!!

 
 
 
12) ADVENTURE KIDLAND
Sesuai untuk 5 tahun ke atas dengan bayaran RM 20 seorang (tidak termasuk pakej, kena bayar asing pulak). Parents pun boleh join sekali untuk temankan anak-anak berjalan mengharungi pelbagai halangan yang agak mencabar melibatkan 3 tahap ketinggian.