07 December, 2010

MALAYSIA AGRICULTURE, HORTICULTURE & AGROTOURISM ( MAHA ) SERDANG SELANGOR - PINTU 2 -

DISEMBER 2010

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism 2010 diistihar sebagai Pameran Pertanian 2 tahun sekali Terbesar di Asia Tenggara kerana penglibatan lebih 22 buah negara dan lebih 950 buah agensi kerajaan dan pelbagai kategori syarikat. Semasa MAHA 2008, telah diistihar sebagai Pameran Terbesar oleh 'Malaysia Book of Records'.Objektifnya mudah je..Memperkasakan sektor pertanian di Malaysia. Memang Malaysia patut fokus pertanian ni sebabnya kita import makanan je daripada negara luar tahun ni sahaja dah mencapai 26.7 billion.Banyak tu....

Saya masuk ikut PINTU 2 sebab senang nak masuk dari Highway. 'So' saya ceritakan dulu pengembaraan MAHA bermula PINTU 2 dulu ye...

Memang besar pameran ni hinggakan nak 'parking' pun payah dan tak tau nak beli apa. Terlalu banyak yang menarik, terlalu banyak yang inovatif, terlalu banyak kreativiti, terlalu banyak produk & perkhidmatan, terlalu banyak acara, terlalu banyak gerai, terlalu banyak pameran, terlalu banyak teknologi dan terlalu banyak bla..bla..bla..Tak mampu nak sebut kat sini. Kawasan yang terlalu luas sehinggakan nak pegi dari pintu 1 ke pintu 2, kena naik bas atau tram.Maklum la keluasan 386 ekar. Saya sampai tepat jam 10.00 pagi dan balik pukul 3.20 petang. Itu pun tak abis tengok lagi...tak larat...

Tengok la statistik kat sebelah, bayangkan dalam tempoh 10 hari sahaja 2.66 juta pengunjung, sehari purata 266,000 orang datang melawat.Pertanyaan daripada orang ramai sahaja berjumlah 184,331. Seminar atau kursus sempena MAHA yang berjaya dianjurkan sebanyak 7,575. Dalam tempoh 10 hari sahaja 23.58 juta jualan berjaya dihasilkan dan RM 152,561,370 juta pemadanan jualan berjaya diperolehi.Terdapat 2,502 buah gerai yang beroperasi. Memang untung gila peniaga-peniaga ni...

Apa yang paling 'best', kat sini lah GEDUNG SEGALA ILMU & PENGALAMAN segala yang berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dan segala yang berkaitan. Semua maklumat dan ilmu kat sini, saya jamin memang susah nak dapat kat 'Library'.Pelbagai produk dan perkhidmatan yang kadang-kadang tak masuk akal boleh dijual satu ketika dulu, berlambak kat sini...Saya jamin, majoriti yang tak minat bidang pertanian, bila datang sini mesti terfikir untuk jadi orang yang terlibat dalam bidang pertanian. 'At least' beli anak pokok nangka sebesar budak yang berumur 3-4 tahun. Lembu pun orang suka tengok.Jadi saksikan koleksi gambar sepanjang pengalaman saya berada di PINTU 2 MAHA....  

Pintu masuk MAHA Pintu 2. Baru pukul 10.00 pagi tapi berderet kereta kat belakang
 1. GERAI BUAH-BUAHAN

Besarnyeeeeee nangkaaaa....

 

2. PAMERAN & JUALAN ORKID, BUNGA-BUNGAAN DAN ANAK POKOK BUAH-BUAHAN


 Gambar di atas : Pameran orkid 2010 ni diiktiraf sebagai PAMERAN ORKID TERBESAR DI MALAYSIA oleh Malaysia Book Of Records.

 

 3. GERAI KAMBING PANGGANG...i like it...


4. LAMAN AGROSTOLOGI & PASTURI

 Laman ni adalah kajian penanaman berkaitan rumput dan kajian berkaitan padang ragut untuk lembu, kambing dan sejenisnya. Kalau nak tau macam mana cara nak tanam rumput yang berkhasiat untuk penternakan, datang la tempat ni... ermm rumput pun boleh buat bisnes...

 5. PUSAT DAGANGAN & PAMERAN TERNAKAN




Gambar di atas : abang-abang lembu ,kambing-kambing, kerbau & bebiri ni bakal di lelong kepada orang awam.Harga pembukaan asas bermula RM 300 untuk kambing bebiri jantan Dorper.


No 2 - Lembu tercantik

No. 3 Lembu tercantik

Johan lembu tercanti..patut nampak bangga semacam je..

No. 3 Kambing tercantik

No. 2 Kambing Tercantik..siap ada ramos kat depan tu..


Johan Kambing Tercantik..hitam-hitam sitompok manggis, sungguh hitam dipandang manis. Alaaa Orang negro pun pernah menang Miss Universe
6. INDUSTRI ASAS PENTERNAKAN

 
 

 7. PAMERAN JENTERA, PERALATAN & MESIN BERKAITAN PERTANIAN

 Segala macam jentera dan mesin pemprosesan yang tak pernah saya tengok sebelum ni ada dipamer dan dijual di sini. Kebanyakannya digunakan untuk industri kelapa sawit dan padi.

 
 

8. PAMERAN KUCING...ermm comellll...


 9. PAMERAN ARNAB & PETTING RABBIT ZOO...haii gebu..gebu..gerammmm...

 
 
 
 

10. PETTING ZOO..masuk RM 3.00 je..boleh pegang..boleh belai...jinak betul la..

 
 
 
 
 

11. PAMERAN PENTERNAKAN. ni sekadar pameran je bukan dilelong atau dijual..Disebabkan tadi saya dah tengok pameran lelongan, jadi saya tengok sekali imbas je la tempat ni...


 12. RODEO MALAYSIA

Rodeo kat MAHA ni merupakan yang pertama diadakan di Malaysia dan Asia Tenggara. Saya berpeluang menyaksikan 20 orang penunggang profesional Australia dan diaorang ni biasa masuk pertandingan daripada Australian Bushmen's Campdraft & Rodeo Association.

 Bila bergambar dengan Mat Australia ni terasa pendek je diriku ini...

 Sebelum buat persembahan nyanyi lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Australia. Rasa macam menang emas olimpik pulak... Gambar sebelah kanan tu, abang mat kita sedang menunkkan kemahiran menggunakan tali cepati...

 
 
 Perkataan RODEO digunakan pertama kali oleh koboi Sepanyol bermaksud 'translate' sendiri la " the act of gathering catle before a catle drive'

Diaorang tengah buat pertunjukan yang dinamakan 'Steer Wrestling'. Sebenarnya banyak lagi yang diaorang persembahkan seperti  'Saddle Brong', 'Breakaway Roping', 'Tie & Rope' dan persembahan yang paling dinantikan 'Bull Riding'. alaa tak puas tengok. Tak sampai 7 saat dah jatuh...betul ke profesional tu...ke ambik budak-budak tepi jalan kat Australia je...

 12. PUSAT PENANAMAN NENAS

ni nenas betul ye...
 
 
 

OK...HA.. PENAT... BARU ABIS 'ROUND' PINTU SATU. 'LETS GO' KITA PERGI BAHAGIAN KAT TENGAH-TANGAH MAHA PULAK YE. TAK YAH NAIK TRAM...JALAN KAKI JE....KALAU NAK TENGOK APA YANG ADA KAT SITU, BUKAK LA TAJUK MAHA SETERUSNYA...