01 February, 2013

SANRIO HELLO KITTY TOWN, NUSAJAYA, JOHOR : Merasai Dunia Imaginasi Kitty...


JANUARI 2013
Pencipta Hello Kitty
Nama sebenar Hello Kitty ialah Kitty White, sejenis patung anak kucing putih dari Jepun yang menjadi kegilaan gadis-gadis Jepun dan gadis-gadis seluruh dunia. Pencipta asal Hello Kitty ialah Yuko Shimizu dan dicipta pada tahun 1974.Hello Kitty merupakan watak fiksyen terkenal dunia yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Sanrio. Syarikat ini, berjaya menghasilkan lebih 50,000 jenama Hello Kitty di lebih 60 buah negara.

Alang-alang dah pergi Lego Land, kami pun singgah ke Taman Tema Puteri Harbour  - Hello Kitty Town di Nusajaya Johor Bahru yang merupakan yang pertama dibina di luar negara Jepun dengan kos RM 115 juta. Tempat Hello Kitty ni dekat je dari Legoland, 15 minit sampai la.Tak tau jalan, tanya je orang atau tengok signboard. Kami beli tiket RM 85 seorang untuk pakej Hello Kitty Town & Big Club.Bila dah masuk kat dalam ni ikut je permainan atau aktiviti tanpa sebarang bayaran.
Bila masuk je Bandar Hello Kitty ni memang menakjubkan, rasa sangat teruja terutama kanak-kanak perempuan,penuh dengan kehidupan dan watak imaginasi, dunia yang penuh warna-warni, dunia yang penuh dengan kerlipan dan gemerlapan cahaya yang cukup cantik, dunia yang penuh khayalan seperti berada dalam cerita kartun sebenar.Memang tempat ni cukup wooowwwww untuk anak perempuan saya.Di sini berkonsepkan 'Walk-Through Attractions' dan Aktiviti bersifat Interaktif & terdapat 6 lokasi utama yang boleh diterokai.


PINTU MASUK HELLO KITTY TOWN




Pintu Masuk Hello Kitty Town


1) TEA CUP'S RIDE
Main pusing-pusing cawan. Warm up dulu sebelum jalan tempat lain.
 

2) WISHFUL STUDIO - BUAT BISKUT & WARNAKAN KUKU
Dalam studio yang berlatarbelakangkan Hello Kitty ni kanak-kanak akan menjalankan aktiviti melukis biskut Hello Kitty dengan jem dan manisan pelbagai warna.Bila dah siap, boleh makan ramai-ramai.Pastu anak perempuan saya buat aktiviti mewarna kuku Hello Kitty pulak yang dibimbing oleh pekerja kat situ secara percuma.

 
 
 
 

3) HELLO KITTY HOUSE
Kemudian kami masuk rumah Hello Kitty. Cantik yang amat sangat rumah Hello Kitty ni.... Ada ruang tamu, ada piano Hello Kitty, ada komputer Hello Kitty,ada dapur, pinggang mangkuk Hello Kitty,ada bilik tidur, ada bilik air, ada alat solek Hello Kitty, ada pakaian Hello Kitty, gambar-gambar frame keluarga Hello Kitty, semuanya tentang Hello Kitty...seronok betul anak perempuan saya.

Hello Kitty sambut kami kat rumah dia...
 
 
 
 
 
 
 

4) WISHFUL STUDIO - JEWELLERY MAKING, COSTUME DRESS UP & PHOTO STUDIO
Kat sini ada aktiviti buat rantai Hello Kitty secara percuma. Pastu kami pergi ambik gambar menggunakan pakaian Hello Kitty

 


SUASANA SEKITAR BANDAR KITTY TOWN...cantik kan...

 

5) FRIENDSHIP LAND
Kat sini adalah tempat permainan kanak-kanak. Apa yang menarik di sini ialah terdapat banyak bola-bola berwarna yang jatuh dari atas seperti hujan....

 
 
 
 

6) PURRFECT STAGE
Boleh tengok persembahan secara langsung dari Hello Kitty dan kawan-kawan yang mempersembahkan tarian dari Rusia, Spain, Koboi Amerika dan Jepun.Lagunya pun boleh tahan bersemangat.

 
 
 
 
 

7) BLACK WONDER - Selamatkan Hello Kitty & Dear Daniel yang telah diculik.
Suasana kat sini macam penjara zaman dulu, kelam dan suasana penuh dramatik & mendebarkan. Jangan bimbang, bukan tempat menakutkan ye. Kat sini, kami diberi lampu dipintu masuk kemudian diberi beberapa soalan untuk diselesaikan, macam main harta karun la. Jawapan kepada soalan tersebut boleh didapati di bilik-bilik tertentu.Kalau kita berjaya selesaikan semua soalan tersebut dianggap kita berjaya menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel. Siap dapat sijil lagi tu, sebab berjaya menyelesaikan semua soalan.

 
 
 
 
 
Kami berjaya selamatkan Hello Kitty..dapat sijil

DREAM FOTO GARDEN
Tempat ni dikhaskan untuk bergambar dengan Hello Kitty.Kalau nak gambar cantik boleh beli dengan harga RM30 dengan frame sekali.