30 November, 2017

EXPO NEGARAKU : Expo Infrastruktur Terbesar Malaysia

NOVEMBER 2017

Susah gak nak parking kat sini. Nak lebih mudah naik LRT je dan turun di Masjid Jamek. Boleh jalan-jalan kat Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Kalau waktu malam boleh saksikan keindahan dan kemeriahan di sekitar Kolam Biru di sungai hadapan masjid ni. 

Expo Negaraku 2017 merupakan Expo Infrastruktur terbesar di Malaysia yang diadakan pada 15 November - 15 Disember 2017 di Dataran Merdeka dan dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Masuk percuma dan dibuka 10 pagi - 10 malam.


Kat sini, pengunjung akan dapat tengok pameran yang sangat interaktif dan berinformasi tentang projek infrastruktur terkini dan perancangan masa depan yang dirancang oleh kerajaan dalam memberi kehidupan sempurna dan sejahtera bagi rakyat Malaysia. Selain itu, expo ini untuk menimbulkan semangat patriotik, kebersamaan dan cintakan negara. Bagus sebenarnya untuk pelajar-pelajar dan anak-anak untuk melihat pameran yang dipersembahkan menggunakan teknologi terkini dan persembahan yang sangat kreatif daripada 5 Kubah yang merupakan simbolik kepada 5 Rukun Negara. Tak lama pun, kita boleh selesaikan semua pameran dalam tempoh 45 - 60 minit je. Dah abis tengok pameran, boleh makan-makan kat ruangan food truck sambil menyaksikan pemandangan sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad. Aktiviti waktu malam diisi dengan persembahan pentas dan persembahan lampu yang menarik.

KUBAH 1 : Tema : Rasa Bertuah Dirasai Bersama
(Tayangan video kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi kemajuan infrastruktur negara)

KUBAH 2 : Tema : Kemudahan Infrastruktur
(Pameran kehidupan rakyat Malaysia termasuk lapangan terbang, sistem transit aliran masa hingga ke penjanaan kuasa. Kalau nak cuba memandu simulasi bas dan simulasi menaiki keretapi, ada kat sini)

KUBAH 3 : Tema : Kehidupan dan Kesejahteraan
(Program dari aspek kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan inklusif)

KUBAH 4 : Tema : Gaya Hidup Malaysia
(Panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB, Lanskap Pulau Langkawi dari puncak kereta kabel dan infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara Selatan

KUBAH 5 : Tema : Masa Depan Kita
(Paparan visual 360 darjah mengenai gambaran masa depan negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia, Malaysia Vision Valley dan MyHSR