31 May, 2017

PULAU REDANG, TERENGGANU : Lukisan Keindahan Sebenar...

17 - 19 Mei 2017


Alhamdulillah....Team kami seramai 14 orang berjaya sampai ke Pulau Redang Terengganu, antara pulau yang tercantik di Malaysia. Disebabkan percutian bajet, so kami guna pakej ni :
Pakej Resort : Redang Lagoon (boleh tengok facebook diorang)
No Telefon : 019-9140083 / 019-9140026 / 09-6665018 / 09-6665020
Masa Percutian : 3 Hari 2 Malam

Harga Pakej Seorang tidak termasuk GST:
Dewasa : RM 280.   Kanak-Kanak : RM 150 (4-11 tahun),  Baby Free
Apa Yang Kami Dapat :
1) Tambang feri pergi balik dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
2) Bilik ada aircond : 1 bilik boleh muat 3 atau 4 orang
3) Makan Tengahari 2 kali, Minum Petang 2 kali, Makan Malam 2 kali, Sarapan 2 kali
4) 3 kali trip Snorkeling

Kena bayar sendiri :
1)Tiket Taman Laut, bayar kat kaunter jeti shahbandar, RM 5 dewasa, RM 2 kanak-kanak
2) GST 6%
3) Sewa Life Jacket : RM 10 untuk 3 hari
4) Sewa Mask & Snorkel : RM 10 untuk 3 hari

Sebenarnya berbulan gak kami plan untuk ke Pulau Redang. Disebabkan pulau yang popular, kalau lambat booking, memang penuh le jawabnya. Setelah kami selidik, so kami pilih Redang lagoon sebab sesuai dengan bajet kami. So kami whatsapp senarai nama, ic, no telefon dan alamat kat diaorang dan bayar deposit seorang RM 100 dulu. Bakinya akan dibayar masa check in nanti.

Berdasarkan makluman Redang Lagoon, kami kena naik feri jam 9.00 pagi atau 10.30 pagi (2 kali trip je ari rabu ni, kalau terlepas abis la). Lokasinya di Jeti Shahbandar Kuala Terengganu, bersebelahan Pasar Payang dan berhadapan dengan Pejabat Pos Kuala Terengganu. Sapa bawak kereta boleh parking kat area jeti atau kat luar kawasan jeti, samaada berbayar atau tak berbayar. 

Sampai je kat jeti, kami terus pergi ke kaunter Sejahtera Feri untuk dapatkan tiket yang di booking oleh Redang Lagoon. Diorang bagi tiket pergi dan balik sekali. Hilang tiket tu kena bayar balik le jawabnya RM 55. Pastu pergi kaunter sebelah untuk bayar tiket taman laut pulak. 15 minit sebelum feri bergerak, kami pun menuju feri kami yang wow...feri macam feri langkawi, ada aircond, tempat duduk selesa. Kami dapat seat atas, special sikit, boleh pergi kat luar feri menikmati pemandangan laut yang best. Lebih kurang 1 jam 30 minit, kami pun sampai kat Pulau Redang. Kami pun turun dan naik feri transit pulak untuk sampai ke tepi pantai. Pastu kalau resort yang jauh, disediakan kenderaan untuk ke sana, resort kami dekat je, 5 minit sampai, so tak yah naik kenderaan tu.

 
 




Kami pun check in, bayar baki pakej, tapi bilik belum siap lagi, kena tunggu jam 12 tengahari. Sebelum masuk bilik kami pun makan tengahari dulu kat dewan makan Redang Lagoon. Makanan kampung, dah lapar, sedap... dah abis makan...rehat jap dalam bilik. Bilik resort ni takde la hebat sangat, ade la ketidakselesaan sana sini, tapi dah namanya percutian bajet, terima je la seadanya...

 
 
 

Pemandangan sekitar Redang lagoon Resort. Kami dapat bilik yang betul-betul depan laut...

 
 
 
 
 
 

SNORKELING 1

Jam 2.30 petang, kami pun berkumpul di hadapan dewan makan Redang Lagoon ni, settlekan dulu sewa jacket life, mask dan snorkle. Kemudian kami diberi taklimat khas berkenaan penggunaan jacket, snorkle, mask dan peraturan masa snorkeling nanti oleh guide yang akan menemani kami sepanjang snorkling ni. Selesai taklimat, kami disediakan 2 bot laju, sebab ramai orang. Lebih kurang 20 minit sampai ke tempat snorkeling, tak tau pulak apa tempatnya. Air laut biru tua, mesti dalam ni. Kat sini, dapat tengok batu karang dan ikan-ikan yang cantik. Cuma agak keruh dan berombak. Batu karang pun tak berapa clear sangat. Setelah 1 jam, kami pun berangkat pulang untuk minum petang.


 
 

AKTIVITI PETANG PULAU REDANG

Waktu petang, kami teruskan dengan aktiviti sendiri seperti main pasir, main ombak dan mandi-mandi. Angin agak kencang, ada tanda-tanda nak hujan. Sambil duduk-duduk kat kerusi dan pondok kat tepi laut, kami menikmati pemandangan petang yang indah dan tiupan angin yang cukup menenangkan fikiran. Kemudian jalan-jalan sambil bermain ombak di sepanjang tepi pantai sambil tengok gelagat pelancong di tepi-tepi resort. Rupa-rupanya banyak gak resort kat sini...ada lebih 16 resort daripada 5 star sampai la resort yang bajet.

 
 
 
 
 
Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini, boleh main bola sepak pantai, bola tampar, minum petang kat gerai yang jual air kelapa, main istana pasir dan sebagainya. Masa kami jalan-jalan, ada pulak badan NGO yang buat program derma untuk penyu. So boleh la tengok anak penyu dilepaskan ke pantai. Pemandangan petang Pulau Redang yang cukup hebat...Maha Suci Allah..

 
 

SUASANA MALAM PULAU REDANG

Malam yang penuh riuh dengan alunan muzik rancak. Tau dah, mesti pelancong asing minum-minum le ni. Lindungi la kami dari bala bencana. Malam tu, sempat lagi team saya buat surprise birthday untuk saya..tq tq...bukan senang sambut birthday kat Pulau Redang... he he he
 

SUASANA PAGI PULAU REDANG

Lepas solah subuh, kami pun segera pergi ke tepi pantai untuk lihat pemandangan pagi yang cukup menakjubkan. Alhamdulillah dapat tengok matahari terbit. View yang cukup hebat. Tak terkata...

 
 
 
 

HARI KEDUA: SNORKELING di MARINE PARK

Lepas sarapan, lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami pun bergerak naik bot laju ke MARINE PARK. Sepanjang naik bot laju, kami disajikan banyak pemandangan pulau-pulau kecil yang indah dan dapat tengok laut yang berwarna biru muda, biru tua dan hijau

 
 
Kami pun sampai JETI MARINE PARK. Pulau ni memang dijaga oleh jabatan laut untuk perlindungan hidupan laut. Memang sangat dilarang dan boleh di denda kalau membawa keluar apa-apa saja batu karang, hidupan laut dan sebagainya. Memang ramai orang kat sini. Airnya sangat jernih, ikan-ikan pun banyak daripada pelbagai spesis dan warna yang cantik. Pemandangan batu-batuan tepi laut dan kehijauan hutan kat sini pun sangat cantik. Pasir pantai yang sangat putih. Kat dasar laut pun, airnya jernih. Boleh tengok macam-macam ikan berenang.
 
 
 
 
 
Kalau bagi roti...tu dia...beratus ikan-ikan comel datang...part ni la paling mengujakan..

 
 
 
 
 
 
Kat Marine Park ni, ada disediakan Mini Muzium Akuatik. Ada satu jenis ikan yang pelik dan diawetkan.. takde pulak ditulis apa nama hidupan ni...pelik...
 
 

SNORKELING 3
Lepas sejam di MARINE PARK, kami pun balik. Makan tengahari dan rehat jap. Pukul 2.30 petang kena pegi snorkeling lagi kat kawasan laut dalam. Nampak macam ada gua je kat situ. Kat sini batu karang lebih cantik dan besar. Ikan pun macam-macam spesis ada.Gerun gak masa snorkeling sebab nampak dalam sangat.


 SNORKELING 4
Dah abis sejam, kami pun balik. Minum petang jap pastu kami sambung snorkeling kat depan resort ni sampai puas. Cuaca pun elok, air laut pun tak keruh, ikan-ikan banyak, pasir putih kat dasar laut pun nampak jelas.

 
 
 

SNORKELING KAT DEPAN RESORT KAMI je....
 
 
 

HARI KETIGA & TERAKHIR. Sebelum naik feri jam 11.00 pagi...Kami pun ambik gambar pemandangan Pulau Redang yang sangat indah sebagai kenangan. Gambar ni memang tak edit langsung ...Nak datang lagi tak tau bila...Alhamdulillah di beri kesempatan untuk melihat keindahan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan....