29 November, 2013

AQUARIA KLCC KUALA LUMPUR: Pengalaman Menyaksikan JERUNG di Hadapan Mata....

NOVEMBER 2013
Aquaria KLCC ni dianggap destinasi wajib apabila melawat Kuala Lumpur.Saya parking kereta di tempat yang paling dekat dengan Aquaria iaitu di Kuala Lumpur Convention Centre.Selesai buat pembayaran RM 38 (dewasa), RM 28 (Kanak-kanak & Warga Emas), kami pun memulakan perjalanan ke dunia lautan dengan keluasan 60,000 kaki persegi dan lebih 5,000 hidupan laut & darat hidup dalam habitat buatan manusia.

Kanak-kanak cukup suka bila masuk Aquaria ni. Bukan saja tengok ikan-ikan yang besar dan pelik, kita juga boleh dapat banyak maklumat berkaitan hidup lautan. Jenuh, saya kena layan soalan bertubi-tubi daripada anak-anak. Yang penting, anak-anak saya dapat pendedahan awal dan pengalaman yang cukup hebat. Kami memulakan pengembaraan bermula di    LEVEL 1di sini kami menyaksikan:
  • Sekumpulan IKAN PIRANHA dengan gigi yang tajam
  • TOUCH POOL : boleh sentuh tapak sulaiman, ikan-ikan kecil.
  • BELUT ELEKTRIK, IKAN KELI ELEKTRIK & IKAN ELEPHANTNOSE : Belut Elektrik dikatakan mampu mengeluarkan arus elektrik 500-650 volts yang boleh membunuh manusia. Ikan Keli Elektrik pula boleh keluarkan 350 volts dan boleh melumpuhkan mangsa serta banyak di Sungai Nil Mesir. Ikan Hidung Gajah mempunyai penglihatan yang lemah tapi boleh keluarkan arus elektrik tetapi tidak sampai boleh membunuh manusia.
  • TIKUS GERGASI yang hidup di air
  • Melihat telatah binatang OTTER [ASIAN SMALL-CLAWED OTTER]
  • Saksikan keindahan RAMA-RAMA di BUTTERFLY LIFE CYCLE
  • Seterusnya, kalau berani hayati JEWELS OF THE JUNGLE. Saksikan suasana ala-ala hutan buatan dengan pelbagai reptilia, amphibia, dan serangga. Geli tengok ular daun, ular sawa, iguana dan katak.
Ok, kita dah pun selesai pengembaraan di Level 1. Jom kita jalan-jalan pula ke LEVEL 2 :

  • AMAZON FLOODED FOREST & MALAYSIAN FLOODED FOREST. Best tempat ni. Suasananya diolah seperti hutan Amazon. Bunyi petir pun ada. Kita boleh saksikan hidupan air yang ditempatkan di dalam tank dan tiub. Cukup menarik.Antara yang dipamerkan ialah ikan ARAPAIMA dan REDTAIL CATFISH.
  • Kemudian kita akan melalui seksyen MUD FLATS & THE COAST. Ada TERRAPIN, ARCHER FISH, GIANT MUDSKIPPER, HORSESHOE CRAB & BAMBOO SHARK.
  • OCEANARIUM. Ini pun seksyen yang paling menarik. Tak perlu berjalan, berdiri je atas travelator, kemudian hayati keindahan laut di dalam TUNNEL TANK sepanjang 90-meter. Seronok tengok beribu ikan-ikan besar, kecil dan berwarna-warni berenang bebas. Tiba-tiba, muncul JERUNG HARIMAU yang besar menunjukkan giginya yang tajam.PARI dan GREEN TURTLE seperti gergasi pun ada. best..best..
TEPAT JAM 12.00 TENGAHARI, kami pun menyaksikan aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu BAGI MAKAN IKAN (FEEDING SESSION) di AQUATHEATRE. Sambil duduk bersila, kami terpegun melihat Penyelam memberi makan kepada beribu ikan termasuk ikan pari gergasi, Syok, tengok ikan tu berebut-rebut makanan secara live. Gerun gak, sambil Penyelam bagi makan, datang pulak mamat ikan jerung berenang berhampiran dengan dia.

Selesai tengok persembahan, Kami pun meneruskan perjalanan ke bahagian WEIRD & WONDERFUL dan CORAL DISCOVERY. Kat sini boleh tengok hidupan laut seperti obor-obor [Moon Jelliies], Kuda Laut [Seahorse], ikan badut [Clown Fish], Spotted Garden Eel (ikan yang agak pelik dengan panjang 40cm dan suka letak ekor kat pasir manakala kepala di atas] dan Chambered Nautilus [seperti siput tapi bukan keluarga siput, boleh hidup lebih 100 tahun dan seperti binatang purba]. Rahang ikan paus pun ada kat bahagian ni. 

Akhir sekali kami pun membeli cenderahati berkonsepkan hidupan laut di ATLANTIS SOUVENIR STORE. Tengok la rangkuman gambar-gambar menarik AQUARIA KL :
 
























26 November, 2013

DUSUN RESORT KUALA NERANG KEDAH : Survival di Dalam Dusun....

NOVEMBER 2013

DUSUN RESORT ( http://www.dusunresort.com/ ) terletak di Kuala Nerang, kedah, lebih kurang 7 km dari tempat kerja saya, Kolej MARA Kuala Nerang. Kami selalu buat program berkaitan motivasi, kepimpinan, survival dan khemah ibadah di Dusun Resort ni.

Dusun Resort ini wujud sejak tahun 2002 lagi dengan membawa konsep percutian dan aktiviti outdoor. Suasananya seperti kampung dikelilingi dengan dusun buah-buahan, hutan dan bukit bukau. Saya jamin, tempat ni memang penuh kehijauan, kesunyian dan keredupan. Banyak kemudahan terdapat di sini, ada pelbagai kemudahan outdoor, dewan aktiviti, kantin, kolam renang, surau, asrama, tapak perkhemahan dan chalet yang serendah RM 70 semalam. Kem PLKN pun ada kat sini.

Kebetulan kami ada program Survival untuk pelajar Matrikulasi Perakaunan batch 2013/2014, jadi saya cuba nak berkongsi pengalaman yang menarik & memenatkan.

SEKITAR PEMANDANGAN DUSUN RESORT
 
 
 
 

 AKTIVITI DALAM DEWAN
 
 


 AKTIVITI PERKHEMAHAN & SURVIVAL
 
 
 
 
 
 
 
 

 FLYING FOX YANG MERENTASI DUSUN yang menyeronokkan dan mengujakan...

 
 
 

  AKTIVITI OBSTACLES yang menguji fizikal dan ketahanan mental
 
 
 
 
 
 

JUNGLE TRACKING MERENTASI HUTAN,BUKIT, DUSUN DAN KEBUN GETAH. 3 jam gak perjalanan.Memenatkan tapi ada pengalaman yang menarik...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 PEMANDANGAN ATAS BUKIT. Boleh nampak sebahagian Kuala Nerang...