Showing posts with label Jom PUTRAJAYA. Show all posts
Showing posts with label Jom PUTRAJAYA. Show all posts

05 October, 2015

Bermain Ice Skating di ICESCAPE ICE RINK di IOI City Mall Putrajaya

SEPTEMBER 2015
'Ice Surface'nya bersaiz olimpik dan terbesar di Malaysia, bukan sahaja bermain ice skating, bermain hoki ais pun boleh. Lokasinya di tingkat 1, berhampiran District 21 dan Pusat Bowling. Dibuka hari Isnin - Ahad bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Disebabkan cuti sekolah terpaksa bayar mahal RM 28.30 untuk dewasa dan kanak-kanak.Hari biasa RM 23 sahaja. Disebabkan stokin dan sarung tangan tak bawak, terpaksa la kena beli kat situ RM 9.43 (Glove), RM 5.66 (Stokin). Kalau tak nak main tapi saja-saja nak tengok atau temankan seseorang kena bayar RM 5.

Dah abis bayar, main la sampai puas, takde had masa. Cuma kena berhenti sekejap bila diorang nak buat pembersihan lantai ais, 30 minit je. Disebabkan kami first time, jatuh terlentang tu perkara biasa sampai basah seluar dan baju. Kami cuma belajar dengan tengok orang yang dah teror main je. Bila dah lama sikit baru boleh balance sikit. Anak perempuan saya lepas setengah jam, dia dah ada keyakinan dan keberanian untuk main dan pusing beberapa round. Mula-mula tu asyik pegang dinding je. Tapi anak saya yang 4 tahun ada problem sikit, so saya sewakan penguin dengan harga RM 28.30 sejam. So boleh la dia berjalan sambil pegang penguin. Lepas 2 jam, tapak kaki dah tak tahan, sakit dan lenguh. Anak saya pun dah letih dan nak balik tapi diorang seronok sangat dan belajar pengalaman baru harini....
 
 
 
 
 
 
 

Ada pulak pameran Lego kat Ground Floor. Main dulu la...
 

18 May, 2015

SKYRIDES PUTRAJAYA : Pemandangan Indah Putrajaya dari Udara

Mei 2015

SKYRIDES FESTIVALS PARK PUTRAJAYA merupakan tarikan terbaru di Presint 2, Putrajaya bersebelahan dengan Monumen Alaf Baru yang dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2015 dan berkonsepkan riadah udara pertama dibangunkan di Malaysia selain ke-51 beroperasi di dunia. Jom explore...

1) SKYRIDES BALLON.
Tempat ni merupakan tarikan utama.Kalau tak naik, rugi. Tiketnya agak mahal dengan dewasa RM 38 dan kanak-kanak RM 30. Dibuka bermula jam 10.00 pagi - 10 malam. Malaysia Book of Records secara rasmi mengiktirafkan sebagai Belon Terikat Udara Panas Malaysia pertama. Belon Helium bergaris pusat 22 meter ini juga dianggap antara tertinggi dan terbesar di dunia dengan terbang tinggi sehingga 150 meter dengan kapasiti penumpang 30 orang. Belon ni diterbangkan bukan menggunakan gas yang biasa kita tengok kat tv tu tapi diikat oleh tali yang macam besi. Bergoyang-goyang semasa naik tu biasa la.Kalau angin kencang lagi kuat bergoyang. Biasanya tengok keadaan angin dan cuaca gak. Kalau angin kencang dan hujan lebat, perkhidmatan akan dihentikan. Apa-apa pun memang best tengok pemandangan Putrajaya dari udara cuma rasa tak puas sebab di udara sekitar15-20 minit je.

konsep riadah udara pertama seumpamanya dibangunkan di Malaysia buat masa ini, selain yang ke-51 beroperasi di dunia. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45523#sthash.0BTvtwNY.dpuf

“Belon berkenaan diletakkan di atas platform berbentuk bintang dan boleh mencapai ketinggian sehingga 120 meter di udara,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan rasmi di tapak taman tema berkenaan semalam.
Katanya, selain Skyrides Ballon, taman tema itu turut mempunyai tarikan lain termasuk SkyWarriors Rainforest Challenge iaitu permainan berhalangan bertemakan air: SkyGallery iaitu pusat kraftangan berinteraktif dan pusat hiburan kanak-kanak Skykids.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45523#sthash.0BTvtwNY.dpuf










2) SKYWARRIOR RAINFOREST CHALLENGE
Sesiapa yang berminat aktiviti lasak, boleh cuba SkyWarrior yang menjanjikan laluan berhalangan bertemakan air, ala-ala macam rancangan astro AXN, American Ninja Warrior . Kalau jatuh je akan masuk dalam air. Kalau nak join tempat ni, kena siap-siap bawa pakaian yang sesuai. Bayarannya RM 10, boleh main berulang kali sampai putus asa. Dibuka hari biasa jam 2.00 petang - 10.00 malam. Jumaat - Ahad bermula jam 10.00 pagi - 11.00 malam.






3) SKYKIDS
Sekadar tempat kanak-kanak bermain. Tempatnya kecil je dan permainan pun tak banyak. Bayaran seorang kanak-kanak RM 10 untuk 3 jam.








4) SKYDEMO & SKYGALLERY
Berkonsepkan rumah kampung dan tempat demontrasi dan jualan berkaitan kraftangan. Macam tak berfungsi je...