11 December, 2017

THE SHORE MELAKA : Satu Bumbung - HOTEL SHORE- KOLAM MANDI THE SHORE - OCEANARIUM - TOY MUSEUM - 3D INTERACTIVE - SKY DELI RESTAURANT

Disember 2017

1) THE SHORE RESIDENCES
Boleh menginap di hotel The Shore dengan bilik yang selesa, luas dan ada balkoni, boleh tengok pemandangan sekitar Bandaraya Melaka. Boleh check Agoda, Booking.com, Trivago dan sebagainya untuk dapatkan harga bilik yang lebih murah dan dengan diskaun tertentu. Masa kami tempah ni dapat la harga diskaun 40% tapi tanpa sarapan dan dapat bilik katil King so boleh la sumbat 2 dewasa dan 4 anak-anak. Cuma bilik mandinya agak lutsinar dan kurang privacy. Kami parking percuma kat Level 3A dalam bangunan The Shore dan untuk check in kena pegi Ground Floor. Rupa-rupanya, hotel the Shore ni bersebelahan dan satu bangunan dengan Hotel Swiss Garden je. 

Bagusnya menginap di sini, biliknya dalam bangunan yang sama untuk Shoping Complex, Oceanarium, Toy Museum, 3D Interactive, Sky Tower, Sky Deli dan Kolam Mandi. Kita boleh pergi semua tempat tu dalam satu lif je. Tekan punat mana nak pegi, terus sampai. Kalau nak jalan-jalan naik Cruise, dekat sebelah bangunan hotel ada kaunter tiket untuk naik bot Melaka cruise. Kalau nak sarapan, jalan kaki sikit seberang sungai tu, ada la gerai-gerai makan atau jalan-jalan sekitar the Shore, boleh nampak macam-macam restoran.



  

2) KOLAM MANDI THE SHORE
Terletak di Tingkat 9. Masuk percuma tapi hanya yang menginap di hotel sahaja yang mudah untuk mandi kat sini sebabnya kalau nak naik lif kena touch kad bilik hotel baru la boleh tekan level 9. Swimming Pool kat sini agak berbeza dengan hotel-hotel yang lain sebab ada pool untuk dewasa yang selesa dan luas dan tarikan utama of course la pool untuk kanak-kanak. Ada kemudahan dan permainan air, tu yang budak-budak sangat suka. Air kolamnya, boleh tahan sejuk, pastu kadang-kadang terasa tiupan angin sejuk, maklum la tingkat 9. Boleh tengok pemandangan Melaka yang mempesonakan kat kawasan kolam mandi ni. Kalau nak bersenam kat gym, betul-betul kat atas kolam mandi, macam gym yang terapung le. Kalau nak melepak, disediakan kerusi-kerusi di sekitar kolam mandi, so boleh baring-baring.






3) THE SHORE OCEANARIUM

Bertempat di Tingkat 2. Dibuka jam 10.30 pagi - 9.00 malam dan kemasukan terakhir jam 8.00 malam. Oceanarium ni sebenarnya sangat menarik, hiasan pameran marin menakjubkan, sangat bermanfaat, interaktif, pameran yang berbaloi dan banyak info yang bagus. Cuma harga tiket agak mahal dewasa RM 35 dan kanak-kanak RM 25. 

Semasa bayar tiket diorang akan bagi cermin mata 3D (kalau sapa-sapa yang ambik tambahan pakej 3D) dan cenderahati. Kita juga akan diberi Borang Kuiz dengan 10 soalan. Jawapannya ada kat dalam oceanarium, pastu cop jawapan pada ruangan yang disediakan. Kalau semua betul, nanti diorang akan bagi cenderahati. 

Apa yang uniknya di sini, ada ruangan pameran yang kita boleh pegang dan sentuh hidupan laut seperti belangkas, tapak sulaiman, ikan dan sebagainya. Ada beberapa ruangan pameran seperti Ocean Journey, Ocean Theatre, Jungle Quest, River Story, Cinema 3D, Interactive Zone, River Story dan banyak lagi.


 INTERACTIVE TOUCH POOL & INTERACTIVE ZONE






 JUNGLE QUEST


OCEAN THEATRE





 8 IN 1 CINEMA 3D

 SHARK QUEST


 SEA SHELLS MUSEUM

 OCEAN JOURNEY





RIVER STORY



 DANGEROUS MARINE


 FUN FREEKISH


 KAMPUNG PENYU

 TRICK EYE GALLERY

 AUGMENTED REALITV





 SOUVENIR


4) THE SHORE : TOY MUSEUM

Bertempat di Tingkat 1 dengan harga tiket dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 20 dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam. Toy Museum ni dibuka pada tahun 2016 dengan kos RM 3 juta dan terdapat lebih 10,000 patung kartun dan superhero yang menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia. Banyak kartun di import dari Jepun, Thailand dan sebagainya yang terdiri daripada patung kartun Super Heroes, Dino World, Miniature Vehicles, Brick Toys, Robots World, Cartoon Character, Element Corps dan sebagainya. Kereta Batman pun ada. Toy Museum diiktiraf dalam Malaysia Book of Records di bawah kategori Tallest Robot Replica Made of Recyclable Scrap Metal dengan ketinggian 5 meter dan berat 2750 kg.









 











5) THE SHORE : 3D INTERACTIVE PARK
Bertempat di Tingkat 2, dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi - 9.00 malam, harga tiket dewasa RM 30 dan kanak-kanak RM 20. Dibuka tahun 2016 dengan kos RM 3 juta merupakan pertama dan terbesar di Melaka. Selain itu terdapat konsep pameran 13-in- 1 3D Elements yang satu-satunya di Malaysia seperti AR Booth, 3D Wall Art, 3D Image & Movie, Ghost House, Day & Night Dual View, Ames Room, Gravity Hill, Upside Down House, Green Screen Studio, Hologram Theatre, Funny Mirrors, Interactive Elements dan Infinity .Terdapat lebih 60 foto yang nampak macam real disediakan untuk ambik gambar.  

3D WALL ART & 3D IMAGE AND MOVIE







 




GHOST HOUSE

AMES ROOM & GRAVITY HILL

Day & Night Dual View




Upside Down House


Hologram Theatre, Funny Mirrors, Interactive Elements dan Infinity








6) THE SKY DELI RESTAURANT
Restoran makanan barat ni terletak di Tower 1, Tingkat 42. Dekat sangat dengan SKY TOWER. Harga makanan kat restoran ni...wow..boleh tahan mahal. Cuma uniknya kita makan berlatarbelakangkan pemandangan menarik Bandaraya Melaka.