03 September, 2010

PESTA PULAU PINANG: Susah nak kata..baca la sendiri....

 DISEMBER 2009



Semasa saya di zaman sekolah rendah pada tahun 1984-1989, sebut je Pesta Pulau Pinang atau Pesta Lumut mesti pesta yang sangatttt 'glamour', sangattt prestij, sangatttt popular, sangattt menjadi buah mulut, sangattt ditunggu-tunggu dan sangatttt menjadi idaman kepada budak-budak sekolah rendah.Sapa-sapa yang berjaya ikut rombongan cikgu sekolah ke Pulau Pinang, Pesta Pulau Pinang mesti jadi destinasi utama.Jadi masa tu,kalau ada kawan sekolah saya yang dah pegi...Ya Allah berlagak satu kampung...pastu menjaja kehulu hilir sampai kalau boleh ungka kat kebun getah pun nak bagitau.Itu lah hebatnya penangan Pesta Pulau Pinang.

Cuba kalau sekarang kita pergi Pesta Pulau Pinang, orang dah tak heran sangat sebab kat Putrajaya, sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan senang crita mana-mana negeri kat Malaysia la, berlambak karnival-karnival yang lebih hebat daripada Pesta Pulau Pinang.Kecuali makcik-makcik, pakcik-pakcik dan orang yang hidup zaman saya,emmm diaorang heran sikit la.Sebab masih ada saki baki fanatik Pesta Pulau Pinang yang berkarat dalam otak kami ni.


Pesta Lumut dah 'ghuyub' dan pupus ditelan zaman tetapi Pesta Pulau Pinang walaupun telah diadakan sejak tahun 1970 an sampai sekarang, masih lagi bertahan dan masih mengekalkan ciri-ciri unik yang menyebabkan ribuan orang masih tertarik. (ermmm...zaman top dulu, 500,000 pengunjung seluruh Malaysia datang Pesta Pulau Pinang...sekarang dah kurang kot).

Emak saya teringin sangat nak pegi Penang.Jadi kami sepakat nak pegi Pesta Pulau Pinang.Saya dah terfikir ni, mesti sesak gila nak pegi situ.Mesti kereta berderet-deret dan orang ramai beratur sangat panjang nak beli tiket.emmmm takde maknanya.Sebab takde orang pun.Saya sampai tersesat jalan.Bukan disebabkan banyak kereta tapi disebabkan kurang kereta.Tertanya-tanya kami, betul ke ada Pesta ni...sunyi je...Tempat 'Parking' pun banyak kosong.Beli tiket pun tak yah beratur.Bila masuk je lebih kurang pukul 8.30 malam, alamak...tak ramai orang, boleh dibilang dengan jari terutama kat kedai-kedai jualan dan pameran.


Kalau nak tau, tapak pesta ni memang dibina kekal bagi tujuan penganjuran aktiviti seperti ini.Semua kedai, gerai, bilik pameran, dewan, bangunan, rumah pameran & jualan, pentas hiburan, surau, dataran, taman bunga, jalan raya, lorong-lorong, papan tanda, pintu gerbang, 'parking lot' dan tandas, semua dah dibina secara lengkap oleh kerajaan negeri sejak tahun 70an lagi.Jadi, memang selesaaaaaa sangat.Ada satu kawasan tu terdapat beratus gerai (lebih kurang 200) yang jual macam-macam produk makanan, minuman, kesihatan, perkhidmatan, pakaian, tekstil, cenderahati, alatan rumah, bahan berkaitan pertanian, hiasan rumah, kraftangan, buku dan banyak lagi.Kami berjalan menuju rumah pameran dan jualan hasil negeri dan beberapa negara Asia Tenggara (paling teruja kat rumah Thailand).Pastu kami pergi ke kawasan gerai makanan dan minuman.Beratus gak gerai makan kat sini.Lepas makan, anak saya merengek sebab nak pegi 'Euro Fun Park', permainan ala-ala Genting Highland la.Sapa yang pernah pegi Genting Highland, mesti kata 'Euro Park' ni 'standard' biasa-biasa je...besar sekali ganda je berbanding 'Fun Fair' kat kampung kita.

Lepas tu kami pun pergi kat ruang pameran badan kerajaan dan swasta.Sori ye kalau saya cakap jujur. Kalau dari segi pameran ni, Jom Heboh, MAHA, Karnival Suara rasa TV9, Karnival Perkampungan Hadhari dan karnival anjuran negeri Terengganu lagi hebat dan mengujakan.Apa pulak bising-bising ni...emmm rupanya ada pertandingan nyanyian lagu cina kat pentas utama.Kat sebelah pentas tu ada dewan, tempat buat macam-macam pertandingan. Takde penyertaan pun tengok.

Itu sahaja cerita Pesta Pulau Pinang....Sori ye saya bagi rating 2 bintang je la sebab kurang bermakna bagi saya.Tapi takpe...bak kata mak saya..."pegi je..yang penting kita tau tempat orang, kalau orang tanya, kita boleh jawab." Sebenarnya Pesta Pulau Pinang bukan matlamat utama, apa yang sangat-sangat penting ialah saya bersyukur dapat meluangkan masa yang sangat-sangat berharga bersama mak dan keluarga saya. Dan saya puas bila dapat menggembirakan dan menghiburkan hati mak saya walaupun hanya satu malam......sebab saya sedar, selagi ada masa walaupun sikit, gunakanlah masa tu sebaik-baiknya untuk mak kita.Sebab kita tak boleh jamin yang kita boleh meluangkan masa yang indah seperti ini lagi pada masa depan????? 

1 comment:

  1. saya juga ade kisah tentang Pesta pp.sila lawati http://mmama2754.blogspot.com/

    ReplyDelete