05 January, 2011

TAMAN RAMA-RAMA PULAU PINANG : 'World's 1st Tropical Live Butterfly'..amazing...

DISEMBER 2010

PENANG BUTTERFLY FARM
Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang
Dibuka 365 hari. 9.00 pagi - 5.30 petang
www.butterfly-insect.com

Sebenarnya takde niat pun nak masuk Taman Rama-Rama ni.Saya hanya nak beli jagung bakar dan pisang goreng kat tepi jalan, betul-betul berhadapan pintu masuk Taman.Tiba-tiba rasa pelik pulak, " kenapa ada banyak bas persiaran dan pelancong asing kat Taman Rama-Rama ni".Lepas satu bas, satu bas datang. Lepas satu, satu lagi bas datang. Mesti ada sesuatu yang istimewa kat Taman Rama-Rama ni.
Memang betul.... Bagi saya ini adalah Taman Rama-Rama yang terbaikkkk yang pernah saya masuk di Malaysia berbanding Taman Rama-Rama kat Zoo Negara yang tak memberi sedikit kepuasan pun kepada saya.

Penang Butterfly Farm diiktiraf sebagai ' The World's 1st Tropical Live Butterfly & Insect Sanctuary'.Sangat menarik tempat ni. Bila kami masuk dalam je, ribuan rama-rama berterbangan bebas tanpa ada rasa malu, ribuan rama-rama dengan seronoknya menghinggapi bunga sambil menghisap madu dan ribuan rama-rama berselindung disebalik kehijauan daun.Taman ni penuh dihiasi lanskap semulajadi yang mengagumkan saya dengan pokok-pokok renek, pokok-pokok bunga dan segala macam tumbuhan yang menjalar di setiap sudut.Pastu ditambah pulak dengan ribuan rama-rama yang berwarna-warni, lagi la menambahkan keajaiban dan keunikan taman ini. Kadang-kadang tu, tak semena-mena, ada pulak rama-rama hinggap kat baju saya.Di tengah-tengah taman ni ada kolam yang menambahkan ketenangan pengunjung dan didiami pelbagai ikan yang besar dengan selambanya berenang mendekati pengunjung dan ada pulak ikan yang tak pernah saya lihat sebelum ini, ada kat sini.Saya 'respect' la orang yang 'design' tempat ni...'genius'.

 
 
 
 
 
 
 
Bukan tu saja. Kat sini kita boleh lihat pelbagai serangga yang biasa kita lihat dan yang tak biasa kita lihat.Apa perasaan 'you all' bila tengok ratusan kala jengking hitam dan kala jengking fluorescent di atas batu di dalam tempat yang terbuka, tanpa ada cermin yang menghalang...Apa perasaan 'you all' bila tengok berpuluh Tarantula yang terkenal dengan gigitan bisa mautnya berkumpul di atas batu....Pergi la sendiri, baru la boleh jawab soalan ni...
Pernah tengok 'Serangga Daun'. Memang macam daun betul la. Tengok dekat pun, kita boleh tak perasaan bahawa itu adalah serangga yang bernyawa.Kat sini boleh merasa pengalaman pegang 'Giant Millipede' yang besar, panjang dan menggelikan, ala orang kampung saya panggil ulat keretapi, warnanya merah dan ada beribu kaki.
 
 
 
 Rupa-rupanya di sini banyak tempat pameran. Antaranya bahagian Telur Serangga, Kepompong Rama-Rama, Kura-Kura, Ular, Iguana, Cicak, Itik dan sebagainya. Kat sini ada jugak 'showroom', Muzium Serangga, Galeri Gambar, Galeri Barang-Barang Artifak/Purba dan Galeri Cenderahati...
 
 

 

Kesimpulannya... 'Best' la tempat ni...

video

5 comments:

  1. assalamualaikum. akak, saya ade nak wat program riadhah bawak kawan nak g sana. tapi nak tanya ye kak. kat situ ade x surau berdekatan? n besar tak? kedai makan pon ade tak? besar taman rama2 ni?

    ReplyDelete
  2. ok...saya laki la. Its ok...Ada masjid kat tepi jalan lebih kurang 200meter.Kedai makan pun ada tapi lepas masjid.Takde la besar sangat tempat ni sederhana je tapi padat la dengan pokok-pokok.

    ReplyDelete
  3. macam menarik jer.. boleh la nak bawa anak2 buah pi sana nanti...

    ReplyDelete
  4. brp harga tiket masuk ya..

    ReplyDelete
  5. as salam tumpang tanya..

    harga tiket ke

    1.taman burung pulau pinang.
    2 Bukit Bendera
    3.taman rama2
    4.pesta pulau pinang

    saya nak buat rombong ke pulau pinang
    nak survey harga la

    ReplyDelete