08 September, 2013

SUNGAI SEDIM, KULIM KEDAH: Rasai Pengalaman Mandi Sungai yang Menyejukkan, Meniti Jambatan Gantung Kanopi Terpanjang Dunia & Ber Water Rafting di Jeram Terbaik Malaysia.....

Ogos 2013

Di daerah Kulim terdapat satu tarikan yang popular iaitu Sungai Sedim. Terletak di Kampung Sedim, lebih kurang 33 km dari bandar Kulim, Kedah. Nak pegi tempat ni boleh tahan jauh dari lebuhraya PLUS. Memang masuk kampung betul la.Susah sikit saya nak bagitau peta, cuba la cari di blog sungaisedim.blogspot.com/‎ Asal nama Sedim ialah Sidim atau Sidin mempunyai sejarah kesultanan yang cukup klasik sejak Kedah belum terima Islam lagi.Kebetulan, saya ada menganjurkan kursus untuk pelajar saya di Sedim Rainforest Resort. Jadi, saya cuba nak kongsikan pengalaman tentang tarikan utama di sekitar Sungai Sedim ni...

1) SEDIM RAINFOREST RESORT
Ini tempat penginapan kami. Apa yang 'best' nya di sini ialah chalet yang kami tempah berharga RM 138 semalam, betul-betul mengadap Sungai Sedim yang bersih dan deras airnya. Setiap saat akan terdengar deruan air sungai deras yang menuruni jeram seakan tidak akan berhenti. Resort ini juga dikelilingi hutan tua yang masih mengekalkan keaslian dan kehijauannya. Apa yang pasti, bunyi-bunyian unggas dan burung-burung juga turut bersaing bersama-sama deruan air sungai. Waktu malamnya agak sejuk dengan suhu sekitar 24-27 darjah celcius. Jika hujan, lagi la semakin sejuk.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tempat ini juga cuba untuk mengekalkan privacy di mana sungai yang berhadapan resort dikhususkan untuk para tetamu resort bermandi-manda. Dewan terbuka dan kafetarianya betul-betul berhadapan dengan sungai yang menambahkan keasyikan, ketenangan dan keselesaan tetamu.Chaletnya, boleh tahan besar, boleh memuatkan 3-4 orang.Setakat kami menginap masa tu,  takde aircond disediakan, hanya kipas dinding. TV, tuala dan sabun pun tidak disediakan. Saya difahamkan bahawa resort ni asalnya milik kerajaan negeri dan chaletnya sangat teruk kerana perbuatan vandalism sebab tidak dijaga kemudian diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan dan baru beroperasi setahun lebih. Sekarang tempat ni dah semakin ok.

Disebabkan tarikan graviti, air paip untuk mandi pun agak perlahan. Tapi sejuk sangat sebab 100% sumber air dari air Sungai Sedim yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan menyerupai air mineral. Apa yang syoknya, kawasan ni takde nyamuk. Dalam chalet pun takde nyamuk, di luar chalet pun takde nyamuk.Selepas 12 tgh malam, suasana di sini boleh tahan sejuk, sehinggakan saya sukar untuk tidur.

2) MANDI-MANDA DI SUNGAI SEDIM
Airnya cukup sejuk, jernih, dan bebas dari kencing tikus disebabkan airnya yang agak deras. Cuma berhati-hati memilih tempat mandi kerana ada kawasan yang dalam dan kawasan yang airnya deras. Kalau nampak air tu berbuih-buih, keruh, banyak ranting-ranting kayu hanyut, airnya semakin deras dan airnya naik tiba-tiba maka cepat-cepat la lari ye. Mungkin ada hujan di kawasan gunung dan dikhuatiri akan ada bah. Kebetulan semasa kami di sini, ada satu hari tu hujan. Jadi, kami menyaksikan sendiri betapa derasnya air mengalir sehingga menutupi batu-batu besar, betapa lajunya air sungai tu menuruni jeram, betapa kuatnya deruan sungai dan betapa cepatnya air sungai tu melimpah sehingga ke luar tebing. Patut la tiap-tiap tahun mesti ada yang mati atau cedera disebabkan lemas di air yang dalam atau di bawa arus deras.

 
 
 
 
 
 
 

3) TREE TOP WALK
Di sini ada jambatan gantung besi sepanjang 950 meter dengan ketinggian 50 meter dari tanah dan dianggap Titian Canopy Terpanjang di Dunia. Dengan bayaran RM 10, kita boleh menyaksikan keindahan alam,  kehijauan hutan dan keindahan sungai sedim. Saya juga ada post sebelum ni tentang Tree Top Walk http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/11/tree-top-walk-sungai-sedim-laluan.html


 
 
 
 
 

4) WATER RAFTING
Saya selalu diberi banyak persepsi negatif berkaitan sukan air yang dinamakan Water Rafting. Masalah saya ni, bila makin orang cakap bahaya, makin bersemangat saya nak mengkaji sendiri. Persoalannya betul ke bahaya. Jom ikuti pengalaman saya semasa ber water rafting di Sungai Sedim yang dianggap antara arus terderas di dunia dan diiktiraf juga sebagai jeram terbaik di Malaysia bagi sukan Water Rafting.

Sungai Sedim juga dikategorikan lima lokasi pilihan di Asia Pasifik. Banyak juga pertandingan Water Rafting peringkat antarabangsa berlangsung di sini. Malah, dengar kata National Geografi pun ada buat penggambaran di sini.Sepanjang Sungai Sedim sejauh 15 km ni terdapat 24 jeram dengan nama-nama tertentu seperti Salak, Kasai, Kawah dan Tiga. 

Saya menggunakan khidmat Sedim Rainforest Resort untuk menguruskan aktiviti water rafting dengan bayaran RM 180 seorang. Tapi kami dapat harga 'special' sebab buat kursus kat sini. Trek kami mengambil masa 1 jam dan akan menuruni hampir 12 jeram. Mula-mula kami diberi taklimat keselamatan dulu oleh Skipper (orang yang akan jadi jurupandu bot). Kemudian kami diarahkan untuk menjalani Water Confident. Terpaksa la kami terjun di sungai yang dalam dengan jaket dan topi keselamatan sambil berlatih mengambil tali keselamatan yang dilemparkan.
 
 
Kemudian, kami pun masuk bot getah yang berharga RM 15,000 buatan Indonesia. Kami diberi tunjuk ajar menggunakan pedal / pendayung dan fahami arahan forward, backward, stop, boom dan up. Pastu kami diajar kedudukan semasa duduk dan kedudukan kaki yang kena selitkan kat celah-celah bot sambil pegang pedal dan tali untuk elak jatuh. (tengok la video saya di bawah, pengalaman water rafting di Sungai Sedim)

Pastu, apa lagi, bermula la perjalanan kami selama satu jam merentasi air yang tenang, air yang deras, merentasi batu-batuan yang sempit, merentasi dahan pokok yang patah dan menuruni jeram dengan kecuraman 90 darjah. Ada satu jeram tu terpaksa kami buang pedal dulu sebab sangat curam. Dikhuatiri pedal tu terkena muka. Banyak kali gak kami tersangkut di atas batu. Terpaksa la, kami bergerak ke kiri, ke kanan, ke belakang dan ke hadapan bot sambil menggoyang-goyangkan dan menarik-narik bot supaya bot tersebut dapat bergerak. Letih gak buat benda tu. Tapi ada satu pengalaman yang cukup tidak boleh dilupakan. Ketika kami sedang sibuk mengayuh, tiba-tiba seekor katak yang besar giler sebesar bola futsal, mungkin kecil sikit la, melompat dan dengan selambanya masuk bot kami. Apa lagi terpekik terlolong la kami..ha..ha..ha.. geli pun ada, suspen pun ada. Setelah lebih sejam, kami pun sampai trek yang terakhir. Ingat dah abis, tiba-tiba skipper tu saja je terbalikkan bot...terlompat-lompat la kami masuk dalam air..
 
 
 
 
Kesimpulannya, memang best main Water Rafting ni, puas rasanya dan saya yakin ianya tidak bahaya kalau ikut arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Skipper. Setakat ni, belum ada lagi kemalangan yang menyebabkan kematian disebabkan water rafting di Sungai Sedim. Memang zero accident.

P/s : Ada beberapa peristiwa yang menyebabkan saya agak terkilan. Pertama, bila masuk ke kawasan Sungai Sedim ni terpaksa bayar RM 3 di pintu masuk. Sebenarnya orang yang kutip duit ni adalah secara tidak sah dan tak diiktiraf oleh pelancongan kerajaan negeri. Kalau kita tak bayar, mereka akan kejar dan tuntut sampai kita bagi duit. Kedua, kami buat program di kawasan tanah lapang sekitar Sungai Sedim. Tak sampai 5 minit, kami dihalau oleh seorang perempuan berbadan besar kerana tak bayar sewa tanah kat situ.Dasyat betul diorang ni. Bukan ke tanah ni milik Allah. Betul-betul mencemarkan imej negeri Kedah.Ketiga, Mat-Mat motor memang banyak kat sini, kadang-kadang beratus motor dalam satu kumpulan dengan sengaja membunyikan enjin motor yang cukup kuat. Betul-betul merimaskan terutama pada waktu cuti.Kalau nak rasa tenang, pergi hari biasa....

11 comments:

  1. salam...ada nhe telepon for resort tew x?

    ReplyDelete
  2. saya link tulisan tuan dalam blog saya.

    ReplyDelete
  3. Ya betul sy bru pi..2015..mat motor..punya ramai..dok lawan bremmmmm...motor..
    Minta jpj ka polis ka..pi laa..tangkap d3pa tu...spoil mood sunguh

    ReplyDelete
  4. Best nya Cikgu...water rafting best..

    ReplyDelete
  5. Depa charge RM3 sekepala ke sekereta.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta-rm3
      Motor-rm1
      Lori&apa ntah, x ingat..masih lagi kena bayar sampai sekarang, 2016

      Delete
    2. Kereta-rm3
      Motor-rm1
      Lori&apa ntah, x ingat..masih lagi kena bayar sampai sekarang, 2016

      Delete
  6. Saya nak ambik gambar ye thanks

    ReplyDelete
  7. Ha ah..saya x puas hati betul la..kenapa masih kena bayar untuk kenderaan masuk ke dalam.banyak sumber kewangan dalam tu, x perlu kot nak korek duit untuk parking plak.parking pon, ikut dan je kat dalam tu.x faham la..

    ReplyDelete