16 July, 2019

PULAU KAPAS, TERENGGANU : 9 aktiviti di pulau yang terkenal dengan pasir putih

JUN 2019



PULAU KAPAS merupakan Taman Laut yang terletak di Marang Terengganu dengan keluasan 2.72 km persegi dan berada di perairan Laut Cina Selatan. Bukan hanya pantai, 95% Pulau Kapas dipenuhi bukit dan hutan semulajadi. Pada musim tengkujuh, memang sangat sesuai Pulau Kapas dijadikan sebagai tempat berlindung bagi nelayan. Jarak dari jeti Marang sekitar 6 km dan mengambil masa 20 - 30 minit dengan menaikit bot. Dengan jarak yang dekat ini, saya dimaklumkan, pada zaman dulu, ada orang yang berani dan berjaya berenang  dari darat ke Pulau Kapas, salah seorangnya ialah di kalangan saudara mara saya sendiri. Wow....hebatnya.

Sebenarnya, ada cerita-cerita yang tidak pasti kesahihannya berkaitan Pulau Kapas. Mungkin dongeng. Hanya Allah mengetahui. Ada kisah berkaitan kapal dagang dengan muatan kapas telah karam dan segala muatannya dibawa ombak dan menyebabkan pasir menjadi putih. Ada juga kisah zaman dahulu, jika ada yang pergi Pulau Kapas akan mati dan pulau melambangkan kapas bagi mengkapankan orang yang telah mati. Ada juga cerita dongeng, ada harimau yang ganas membaham sesiapa yang datang ke Pulau Kapas dan harimau tersebut boleh bertukar menjadi orang tua dan perempuan cantik.

Lupakan cerita-cerita tu, yang penting Pulau Kapas sekarang tengah viral dan setiap hari ramai orang serata negeri dan pelancong asing datang samaada secara daypack atau bermalam bagi tujuan merasai sendiri pengalaman menakjubkan melihat pasir putih dan laut kebiruan & kehijauan yang jernih bagaikan cermin. Melihat sendiri kecantikan jutaan kumpulan ikan pelbagai warna dan spesis berenang mengelilingi batu karang. Jika ada rezeki, boleh tengok penyu Agar bertelur sepanjang bulan Jun - Oktober.

Jom, saya kongsikan pengalaman menakjubkan percutian di PULAU KAPAS bersama 26 orang ex-student saya, dari Kolej MARA Kuala Nerang Kedah.

*********************************************************************************************
Pakej : Pakej Percutian 2 hari 1 malam  Resort : Kapas Coral Beach Resort. Facebook : Kapascoralbeachresort / www.kapasisland.com   No.Tel : 016-9865454 / 014-3185454

Jumlah Peserta : 27 orang, 3 orang kanak-kanak (Disebabkan peserta ramai, resort bagi percuma untuk seorang)       Bilik : Superior
Harga dewasa : RM 195                Harga kanak-kanak : RM 100

Pakej yang disediakan :
1) Penginapan 1 malam.
2) 1 kali sarapan, makan tengahari dan makan malam.
3) 1 kali Snorkeling Trip termasuk segala kelengkapan snorkeling.
4) Tiket Bot pergi & balik (Jeti ke Pulau Kapas & Pulau Kapas ke Jeti).
5) Trip Hiking ke Bukit Singa, Pulau Kapas.
6) Trip Island Tour.

Ittenary : Hari pertama                                              Hari Kedua
9.00 pagi     - Menaiki bot ke Pulau Kapas                   7.30 pagi  - Sarapan
10.00 pagi   - Hiking Bukit Singa                                  9.00 pagi  - Island Tour
12.30 tgh     - Makan Tengahari di Resort                    12.00 tgh  - Check Out
2.00 ptg       - Check in Bilik                                        1.30 tgh    - Bot ke Jeti
3.30 ptg       - Snorkeling
8.00 mlm     - Makan Malam

********************************************************************************************

PERJALANAN
Jam 9.30 malam, kami bertolak dari Alor Setar menaiki bas ekspres Kenyir (tambang: RM 58) dan tiba di Stesen Bas Kuala Terengganu lebih kurang jam 6.30 pagi. Selepas solah Subuh, kami bergegas menaiki bas lompat MyBAS Maraliner bernombor T301 dengan tambang RM 2.60 dengan laluan ke Chendering dan tamat di Terminal Bas Marang. Kekerapan bas ni ialah setiap 1 jam dan beroperasi bermula jam 6.00 pagi hingga 7.30 malam.

Setelah 40 minit perjalanan menaiki bas lompat, kami tiba di Terminal Bas Marang. Kemudian kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit melalui pekan Marang, pasar besar dan sampai kat Jeti Pulau Kapas jam 8.15 pagi. Kalau sapa-sapa yang naik kereta sendiri, boleh parking kereta dikawasan jeti ni dengan harga RM 8 satu malam. Kemudian kami daftar dan dapatkan tiket bot di kaunter bot MGH Boat Service. Di kawasan jeti ini, terdapat kemudahan toilet, surau dan beberapa kedai menjual cenderamata, baju dan barang keperluan.



Jam 8.45 pagi, kami pun bertolak menaiki bot ke Pulau Kapas dan merasai angin pagi yang agak sejuk. Tak jauh mana pun, 20 minit je dah sampai kat tepi pantai Pulau Kapas dan dekat sangat dengan tempat penginapan kami iaitu Kapas Coral Beach Resort.



KAPAS CORAL BEACH RESORT
Takde jeti, so kena redah gak air laut yang cetek untuk sampai ke pantai. Kami pun jalan kaki menuju ke resort, wowww, ada welcome banner khusus untuk team kami kat depan resort, rasa glamour pulak, bagus-bagus, jaga hati pelanggan ni. Sebenarnya ada beberapa lagi resort di Pulau Kapas seperti Ombak Kapas Island Beach Resort, Kapas Island Resort, Kapas Beach Chalet ,Qimi Chalet dan lain-lain resort. Terpulang kepada keinginan dan bajet masing-masing.


Cantik kawasan resort ni. Ada pokok-pokok yang rimbun, ada buaian, ada kerusi untuk berjemur, pondok untuk beristirehat, gerai makanan ringan di tepi pantai, pondok untuk sewaan jaket dan kayak, jambatan jalan kaki di tepi pantai, dewan makan dan ada juga bilik betul-betul berhadapan dengan pantai. Suasana resortnya cukup  strategik, selesa dan menenangkan.




Disebabkan kami mengambil pakej bajet, so kami ditempatkan 4 orang sebilik dan ditempatkan di bilik  bangunan, jauh sikit daripada pantai. Ada aircond, tilam, selimut dan bantal. Cuma toilet tak berapa 5 star la. Bila ramai pengunjung, kadang-kadang berlaku masalah air. Memang nampak la, staf resort tu berusaha untuk selesaikan masalah yang berlaku.





Makanan kat sini memang sedikit mahal. Kalau kita beli aiskrim RM 1 kat luar, kat sini RM 3. Waffle kat luar RM 3, kat sini RM 5. Air minuman jenis besar harga RM 2.50 kat luar, kat Pulau Kapas sekitar RM 3.50. So, nak murah, beli siap-siap kat jeti. Atau bawa makanan tengahari sendiri dari rumah atau beli makanan siap-siap kat luar.

Disebabkan tak boleh check in lagi, staf resort suruh simpan beg kat dewan dulu dan bersiap untuk pergi hiking Bukit Singa. Sementara tunggu bot yang akan hantar ke Bukit Singa, kami dapatkan feel dulu dengan melihat pemandangan pantai yang cukup indah.




1) BEACH TREKKING & HIKING BUKIT SINGA
Jam 10.15 pagi : Bot dah sampai, kami pun bertolak menuju ke Bukit Singa. Jangan lupa, pakai pakaian yang sesuai, kasut/sandel dan bawa air. Sepanjang perjalanan, syoknya dapat rasa angin laut, lautan biru dan pemandangan kehijauan hutan Pulau Kapas. Setelah 20 minit, kami sampai di pantai yang asing, asli, pantai yang sangat putih dan besih, tiada resort dan tiada pembangunan.




Beach Trekking
Jangan bimbang, ada guide yang akan follow. Kami mula trekking di tepi pantai yang berbatu, berombak, cuaca yang panas terik dan dikelilingi hutan paya air masin. Kena hati-hati yer. Sambil pegang dahan pokok bakau yang berjuntai tu, tengok-tengok gak batu-batu yang agak tajam, kasar dan licin. Memang confirm basah sampai ke lutut. Kalau bawa kanak-kanak, kena jaga betul-betul, takut jatuh. Pemandangan semasa trekking memang cukup menakjubkan, jangan lupa ambil gambar ye. Perjalanan santai ni mengambil masa 35 minit untuk sampai di kaki Bukit Singa. Ouhhh...sebenarnya ada 2 bukit yang rendah je dan bersebelahan. Rasanya ketinggian lebih kurang 100 meter.


















Puncak Bukit Singa 1

Kecuramannya antara 70 - 80 darjah, tanah merah, batu-batu kecil dan licin yang boleh menyebabkan sedikit menggelongsor dan berumput. Tiada dahan pokok yang boleh dipaut. Kena pegang tanah, batu-batu dan rumput-rumput yang kukuh untuk sampai ke puncak. 10 minit je dah sampai puncak. 

Subhanallah, pemandangan cukup hebat dan menakjubkan. Dikelilingi kehijauan hutan semulajadi, lautan yang biru dan hijau, batu-batu besar pelbagai bentuk, jurang curam yang menakutkan, hempasan ombak yang menyejukkan, sinaran matahari yang terik dengan langit yang biru, burung-burung berterbangan, pemandangan bukit-bukit sekitar yang menakjubkan dan sesekali nampak bot dari jauh menyusuri laut. 
















Puncak Bukit Singa 2
Selepas puas bergambar dan merenung keindahan di bukit yang pertama tadi. Kami menjelajah dan meneroka Bukit Singa di sebelahnya. Betul-betul kat tepi laut dan dikatakan bentuk bukit ini menyerupai singa. Laluan ke bukit ini lebih mencabar, berisiko dan agak menakutkan berbanding bukit di sebelahnya. 

Peringkat awal, kami perlu melalui batu-batu yang licin dan kasar yang dihempas ombak dan memang pasti basah. Kemudian mendaki batu-batu keras, tanah kerikil halus menyebabkan sedikit menggelongsor. Laluan yang curam 70 -80 darjah. Batunya agak tajam, bila kita berpaut boleh menyebabkan luka. Ouhhh, hati-hati, banyak gak terjumpa telur burung di celah-celah batu. Lebih kurang 15-20 minit, sampai di puncak yang boleh tahan curam dan menakutkan. berhati-hati ketika ambil gambar. Kelalaian boleh menyebabkan kemalangan.







Memang tidak dinafikan, di puncak bukit ini banyak port pemandangan yang sangat hebat dan cukup cantik. Terbentang dihadapan mata, lautan yang sangat biru kemudian dihiasi dengan ratusan pepatung yang berterbangan berhampiran kita, burung-burung pun terbang rendah dan sesekali hinggap di sarang celah-celah batu. Subhanallah.

Hampir 3 jam gak, kami menikmati pemandangan di kawasan Bukit Singa. Masa balik ni, kami dah tak perlu trekking, bot akan ambil terus kat Bukit Singa. Sepanjang perjalanan, dapat merasai angin laut dan pemandangan pulau yang mengasyikkan.

2) SNORKELING
Kami pun sampai dan makan tengahari dulu di Resort kemudian cepat-cepat check in. Dah penat hiking tadi, nak tidur jap, pulihkan tenaga sebab lepas ni nak pergi snorkeling pulak. 

Jam 3.00 petang, bot pun sampai, kami pun bertolak ke tempat snorkeling. Dekat je, 15 minit sampai. Pakai jaket dan alat snorkeling yang disediakan di bot, kemudian kami pun terus terjun.




Jangan lupa campak roti kat permukaan laut. Nanti, tengok la, ribuan dan mungkin jutaan ikan pelbagai saiz, warna dan spesis menggigit dan berebut menyerbu roti. Memang cantik sangat dan rasa sangat mengujakan melihat ikan-ikan jinak ini mengelilingi kita. 

Batu karang pun sangat cantik dengan ikan-ikan kecil yang bersembunyi di celah-celah batu. Boleh nampak pelabagai hidupan marin seperti gamat, kuda laut, ikan gobi, ikan hantu, tapak sulaiman yang menyelit-nyelit di sebalik batu karang. Subhanallah, pemandangan yang sangat indah.




Tiba-tiba, keasyikan kami terganggu disebabkan ombak semakin kuat dan angin sedikit kuat. Bot pun agak terhoyong hayang menyebabkan ramai yang pening, loya dan ada yang muntah. Ouhhhh, deritanya menahan loya. Kami pun cepat-cepat balik dan pemandu bot bagitau cuaca tak berapa ok secara tiba-tiba.

3) MANDI DAN BERMAIN AIR DI PANTAI
Bila dah rasa ok dan dah hilang rasa loya. Kami pun mandi dan main-main air kat pantai, betul-betul berhadapan dengan resort kami. Pantainya bersih dan putih. Banyak gak ikan-ikan cantik yang berenang-renang kat sini, kadang-kadang tu nampak ada ikan yang agak besar melompat-lompat di tepi pantai. Pantainya cetek di tepi tetapi semakin dalam, ombak pun tak kuat sangat. Nak best, sewa jaket dan alat snorkeling kat resort dengan harga RM 5 - RM 10, kemudian boleh snorkeling kat tepi pantai melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik.



 4) MAIN BOLA TAMPAR PANTAI
Pinjam bola kat resort, pastu kita main bola tampar kat tepi pantai sambil ditonton oleh ramai pengunjung yang sedang berehat...uhuuuu...bestnya, macam star pun ade.


5) MENYAKSIKAN MATAHARI TERBENAM

Apabila matahari mula terbenam, pengunjung mula duduk di tepi pantai sambil mengambil gambar. Memang pemandangannya cukup indah dan menenangkan. Ombak yang semakin tenang, angin bertiup lembut, langit mula kemerah-merahan dan tengok burung camar berterbangan, memang moment yang sangat menenangkan. Kemudian ada pulak geselan biola dan petikan gitar instrumental secara live yang di sediakan oleh resort di tepi pantai, lagi la, makin feeling.






6) DUDUK-DUDUK & JALAN-JALAN WAKTU MALAM DI TEPI PANTAI

Jam 8.00, kami pun makan malam. Selepas itu, duduk kat buaian dan pondok di tepi pantai sambil menyaksikan persembahan live instrumental, mendengar gemersiknya geselan biola dan petikan gitar mendendangkan lagu-lagu popular. Bersembang-sembang dan berjalan di tepi pantai merasai angin laut malam dan melihat suasana resort-resort yang lain. Bila dah letih, masa untuk tidur.



7) JALAN-JALAN TEPI PANTAI WAKTU PAGI
Selepas subuh, jangan lupa jalan-jalan tepi pantai. Rasai ketenangan dengan suasana pagi yang masih sunyi dan redup, ombak yang tenang, air yang masih surut, melihat ikan-ikan kecil pantai, batu karang putih yang tertimbus di sebalik pasir putih, burung-burung yang berterbangan, pemandangan bot-bot yang terdampar dan udara yang cukup nyaman. 




Boleh jalan-jalan dari Utara ke Selatan melalui tepi pantai, laluan hutan semulajadi dan jambatan yang disediakan. Banyak lagi rupanya resort dan penginapan yang ada di Pulau Kapas. Bila air surut ni, kita boleh berjalan kat batu-batu pantai dan sangat cantik untuk sesi foto. Ada pulak gua kat tepi pantai ni, boleh je masuk dan ambil gambar.











8) ISLAND TOUR
Selepas sarapan, jam 9.00 pagi, bot dah sampai, kami pun pusing pulau yang berkeluasan 2.72 km persegi. Sepanjang 45 minit kami disajikan pemandangan pulau yang cukup cantik dan pemandangan bukit-bukit curam serta hutan yang penuh kehijauan. Lautan yang biru dan hijau. Boleh nampak burung-burung berterbangan mencari makanan. 

Guide dan selaku pemandu bot juga banyak menerangkan macam-macam cerita berkaitan Pulau Kapas. Guide menunjukkan kepada kami ada rekabentuk love kat dinding bukit, kemudian bukit yang macam bentuk singa, resort kepunyaan Sultan Terengganu dan resort ekslusif tepi pantai paling mahal yang mungkin berharga sekitar RM 500 - 1,000 satu malam.












9) BERKAYAK
Selepas island tour, ada masa lagi sebelum check out, kami sewa satu kayak RM 20 untuk sejam. Boleh naik 2 orang, pakai jaket dan apa lagi kami mendayung di sekitar tepi pantai Pulau Kapas. Bila ombak tak kuat ni, memang syok nak berkayak, boleh main lumba-lumba lagi dengan kayak lain. Kalau ada roti, cuba tabur kat laut, nanti tengok la, beribu ikan mengelilingi kayak kita.






Alhamdulillah...Jam 2.00 petang , kami pun check out dan masa untuk pulang ke jeti. Memang syok, bercuti di Pulau Kapas, pemandangan sangat cantik, pantai yang best untuk mandi dan banyak sangat aktiviti yang kita boleh buat. Jumpa lagi yer, pada trip saya seterusnya...Bye..

7 comments:

  1. tq tau, post ni yg sgt membantu .

    ReplyDelete
  2. Betul.. post ni sangat membantu. tq so much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....dipersilakan subcribe channel youtube say : this is haizan

      Delete
  3. Terima kasih Tuan atas perkongsian. InshaAllah 2 minggu lagi turn saya sekeluarga pula ke sini :)

    ReplyDelete
  4. miggu depan ke sane...hehe

    ReplyDelete