06 December, 2018

BUKIT KUTU : Boleh tahan tinggi

NOVEMBER 2018




Jangan tersilap andaian yer. BUKIT KUTU ni bukan sekadar bukit tetapi dah level gunung. Ada orang tak kaji betul-betul kemudian terus naik Bukit Kutu tanpa sebarang persediaan, itu yang banyak berlaku kes kecederaan dan kemalangan di dalam hutan.

PROFIL BUKIT KUTU
KETINGGIAN : 1090 meter / 3,456 kaki.
JARAK & MASA PENDAKIAN : Jarak 7 km dengan pendakian antara  3 - 5 jam bergantung kepada kelajuan dan stamina.

LOKASI : Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Bila kita memandu ke arah Bukit Fraser, selepas melepasi empangan Hulu Selangor, kemudian lepas sikit jambatan panjang, nampak signboard Kampung Pertak, masuk tempat tu dan terus je sampai nampak sungai. Boleh check waze atau google map.

SEJARAH BUKIT KUTU : Dulu tempat ni adalah Stesen Pemantauan Tentera British kemudian dibom oleh tentera Jepun pada Perang Dunia Ke-2. Bangsawan British jadikan tempat ni sebagai pusat peranginan. Masih ada peninggalan banglo lama British dan boleh nampak lagi cerobong asap, tiang bangunan, tangga dan rangka banglo.

KES YANG PERNAH BERLAKU. So hati-hati ye :
  • 3 sekawan sesat 8 jam - Harian Metro.
  • 26 Mac 2018 - Guru wanita cedera turun Bukit Kutu - Harian Metro
  • 21 Ogos 2016 - Maut jatuh gaung dan seorang patah tangan - Harian Metro.
  • Julai 2017 - Egyptian Lost, found 16 hours - NST
GUIDE :  RM 10 seorang. Mintak tolong Tawau daripada S.O.S.

JUMLAH PENDAKI : 38 orang
PERMIT : RM 5 seorang kepada Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor (Kompleks Kerajaan, Jalan RP 4/1, Rawang Perdana, Selangor). Apa yang kami buat :

☺Mula-mula kami call dulu, sembang dengan pegawai hutan 03-60916131.
☺Kemudian tulis surat memohon kebenaran mendaki. Berikan butiran tarikh, hari, jumlah peserta, ketua program dan no telefon. Lampirkan juga senarai semua nama pendaki beserta kad pengenalan, alamat rumah, no. telefon, nama waris dan no. telefon waris.
☺Kemudian faks surat atau email kepada Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor.
☺Bayaran permit boleh dibuat dengan datang sendiri ke Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor atau buat Wang Pos kemudian hantar guna pos laju kepada alamat Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor.

Kami cuba tulis surat untuk pengecualian permit sebab nak buat CSR kutip sampah. Ouhh, Alhamdulillah lulus, so tak yah bayar permit

BAYARAN MASUK STARTING POINT : RM 1 seorang. Orang Asli yang kutip duit ni.
MAKLUMAN POLIS : Yup, sebelum mendaki hantar senarai nama penuh beserta kad pengenalan, alamat rumah, no. telefon, nama waris dan no. telefon waris.

KONGSI PENGALAMAN BUKIT KUTU

Kali ni Kelab Hiking & Adventure Kolej MARA Kuala Nerang bawa satu bas seramai 38 orang dengan 19 lelaki dan 19 perempuan. Hampir 7 jam perjalanan dari Kuala Nerang Kedah sampai ke Kuala Kubu Bharu. Kami menginap di Asrama Dewan Kompleks Sukan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor (Alamat : Jalan Bukit Kerajaan, 44000, Kuala Kubu Bharu, Selangor). Kami tempah dorm  dan bilik tetamu. 

Satu dorm boleh muat 15 orang, hanya berkipas, tiada aircond, tandas berdekatan, ada katil, cadar, bantal dan sarung bantal. Harga 1 bilik dorm : RM 250 dan bilik tetamu yang boleh muat 6 orang : RM 200. Call je 03-60641026 / 03-60641030. Kami cuba tulis surat untuk dapatkan diskaun sebab peserta student kolej. Alhamdulillah, tak sangka pulak dapat diskaun 70%.

Asrama kami ni berdekatan dengan kedai makan, stesen bas, pasar basah, ada pasar malam dan bangunan perniagaan. Senang cerita, agak maju la tempat ni.

Jam 8.00 pagi, kami bertolak dari asrama menuju ke Kampung Pertak, mengambil masa lebih kurang 20 minit naik bas kolej kami. Sampai kat simpang Kampung Pertak, bas berhenti kat kawasan kampung Orang Asli, kami semua turun. Risiko tinggi nak masuk jalan kat dalam-dalam tu sebab jalan tak sesuai untuk bas. Kami berjalan ke starting point dekat 15 minit gak. 

Ada pulak pondok pengawal Orang Asli, kena bayar sorang RM 1 dulu, baru boleh masuk. Akhirnya sampai kat starting point dalam kawasan hutan ni yang berdekatan sungai yang boleh tahan besar, pastu ada tempat parking ber tar yang luas. Guide bagi taklimat keselamatan dulu, buat senaman sikit ,buat persiapan apa yang perlu dan baca doa untuk keselamatan pergi dan balik. Jam 8.30 pagi, kami pun mulakan pendakian.

20 minit pertama, pendakian adalah santai dengan merentasi jambatan, meredah sungai, melalui jalan tanah merah yang licin dalam kawasan hutan. Berhati-hati dengan laluan simpang Y, so ambik sebelah kanan sahaja.Kemudian pendakian semakin mencanak dan agak curam 70-80 darjah. Semua laluan menaik dan menaik, merentasi buluh dan kayu balak yang tumbang. Hutan pun tebal, laluan dah tanah gambut, banyak laluan berakar, licin, banyak lopak dan becak, maklum la musim hujan. 













Jam 10.45 sampai di Gua Air. 
Kami jalan lagi sampai ke Gua Tedung atau Gua Kambing jam 11.00 pagi. Rehat jap kat sini. Ambik gambar. Subhanallah, memang mengagumkan kawasan gua ni. Tinggi, luas dan cantik seperti kepala tedung. Kalau hujan, kat sini la tempat untuk berteduh. Jam 11.15 pagi, kami teruskan pendakian dengan hutan semakin tebal dan santai-santai sambil menikmati pemandangan hutan yang best.







Alhamdulillah sampai di PUNCAK BUKIT KUTU jam 12.45 tengahari. Orang terakhir sampai 4 jam 15 minit. Kawasan puncak luas dan boleh nampak kesan peninggalan banglow yang semakin ditutupi semak. Tiada pemandangan sekitar puncak ni sebab ditutupi banyak pokok-pokok hutan. Kalau nak tengok pemandangan 360 darjah kena naik BATU PUNCAK. Nak naik kena sangat berhati-hati, sangat bahaya, memang ada tangga untuk naik tetapi tiada safety sebenarnya. Kat batu ni bukan boleh ramai-ramai naik, 2-3 orang je, kena gilir-gilir. 





Kami makan tengahari dulu dan ambik gambar puas-puas kat puncak, jam 2.00 petang kami pun turun. Semua laluan menurun sahaja, dah takde menaik. Sepanjang perjalanan hujan lebat yang amat sangat, air hujan menuruni laluan agak laju menyebabkan jalan semakin licin dan asyik terjatuh je. Wow, pengalaman yang hebat, dapat turun gunung time hujan, Alhamdulillah takde petir, guruh dan tanah runtuh. Risau gak sebenarnya. 
Alhamdulillah kami berjaya turun dengan selamat di starting point lebih kurang 3 jam 30 minit. Kemudian berjalan lagi melintasi rumah Orang Asli sambil lambai-lambai kat kanak-kanak Orang Asli dan kena sergah dengan anjing-anjing yang banyak berkeliaran. dan jam 6.00 petang sampai di jalan besar dan naik bas dalam keadaan basah kuyup. Ha ha ha....

No comments:

Post a Comment