17 February, 2020

FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN SELANGOR: Pengalaman menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan eksotik

JANUARI 2020
Jom tengok video ni dulu....





Farm in The City pernah dianugerahkan The Malaysia Book of Records sebagai 'Most Number of Animal Species in a Petting Zoo'. Selain itu juga dikategorikan sebagai 'Best of Malaysia Awards' pada tahun 2013, 2014,2015,2016 dan 2017. 

Lokasinya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Bayaran masuk dewasa RM 39 dan kanak-kanak dan warga emas RM 32. Kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90 cm adalah percuma.

Hari biasa dibuka 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari cuti dan cuti persekolahan bermula jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Hari selasa ditutup kecuali akan dibuka jika jatuh pada hari cuti umum dan sekolah.

Apa yang uniknya Farm In The City ialah kebanyakan haiwan yang sangat jinak dibiarkan hidup dalam habitat semulajadi dengan suasana seolah-olah di kampung. Pengunjung boleh memberi makan, menyentuh, membelai dan berinteraksi secara terus dengan pelbagai haiwan eksotik yang jinak berkeliaran di dalam sangkar dan tempat terbuka.

Terdapat lebih 100 haiwan eksotik dan lebih 100 jenis burung-burung terbang bebas di kawasan yang berkeluasan lebih kurang 7 ekar. Kawasan yang diteduhi dengan rimbunan pokok-pokok dan terdapat tasik yang dipenuhi ribuan ikan pelbagai spesis. Antara haiwan yang ada seperti giant tortoise, dinasour tortoise, buaya, kangaroo, arnab, kambing, rusa, hamster, kancil, itik, pelbagai jenis burung-burung yang kecil, besar dan berwarna-warni dan banyak lagi. 
  
 

 TURTLE & TORTOISE FARM


Kura-kura disini dilepaskan secara bebas. Kura-kura yang berspesis gergasi dan dikatakan spesis kedua & ketiga terbesar di dunia. Pengalaman yang cukup menakjubkan jika dapat memberi makanan secara terus ke mulut kura-kura yang sangat jinak. Hati-hati ye, kalau tak sedar boleh tersepak kura-kura ni dan terkena kencing kura-kura. Ada juga spesis penyu dinasour dan spesis seperti hidung khinzir yang cukup eksotik dan mengagumkan yang dipamerkan di balang kaca.










 

 

REPTILE CAVERN
Ni tempat yang setengah orang tak berani tengok. Boleh tengok spesis ular seperti the retic python, golden python, dwarf caiman, mangrove snake dan spesis buaya.


BIRD AVIARY
Hulur je tapak tangan yang berisi makanan burung, tunggu dan tak sampai 1 minit berkerumun pelbagai spesis burung hinggap di tapak tangan, kepala dan badan kita sambil mematuk makanan tanpa henti. Lanskap dengan suasana lembap dan menarik. Boleh saksikan itik-itik yang jinak dan pelbagai saiz berenang di kolam








 

 

 

 

 


 SAVANNA

Pantang hulur rumput, dengan tiba-tiba spesis rusa dan kambing ni meluru berkejaran mendapatkan makanan. Tak perlu takut, sambil beri makan, boleh usap dan belai rusa-rusa yang jinak ini.




 

 

 

 VEGETABLES & FRUIT FARM
Lebih 20 jenis pokok-pokok dan buah-buahan tropika ditanam dengan subur.

 PET VILLAGE
Pelbagai spesis arnab yang comel dan jinak dipamerkan di rumah arnab dan kita bebas untuk memberi makan, memegang dan membelai dengan manja.




 LONGKANG FISHING
Pengalaman menangguk ikan kecil di kolam



 FISH & SWAN FEEDING
Tabur saja makanan ikan, kemudian saksikan ribuan ikan dan angsa mengerumuni dan berebut makanan





 

 

 JUNGLE WALK
Jalan-jalan dalam hutan sangkar sambil lihat secara dekat iguana, kura-kura, burung merak dan pelbagai haiwan jinak.



 

EXHIBITION HALL
Pengalaman menyentuh spesis cicak, iguana, tikus yang jinak dan comel.











 

 
 

KAMPONG MAHMOOD
Suasana kampung dengan pelbagai haiwan eksotik yang hidup bebas di tanah dan di atas pokok 




8 comments:

  1. Salam. Hee seronok anak-anak dapat memegang binatang jinak.

    ReplyDelete
  2. Salam sis,nk tanya kalau anak umur 1thn 7bln n 2bln kne byrn rm25 jgak ke?

    ReplyDelete
  3. Kebun binatang Malaysia yang bersih dan bagus

    ReplyDelete
  4. Salam..menarik la tempat ni..tq for sharing..

    ReplyDelete
  5. konsep nya sama kan ngan mini zoo tepi menara kl tu kan... bestnya.. dapat belai haiwan2 ni ..

    ReplyDelete