07 November, 2010

ZOO NEGARA : Ingat tak rombongan pegi Kuala Lumpur masa kecik-kecik dulu...Kalau tak pegi Zoo, memang tak sah...

NOVEMBER 2010

Biarkan persepsi negatif orang dewasa. Apa pun orang kata, Zoo Negara yang sudah berumur hampir 50 tahun perlu dipertahankan dan dipulihkan menjadi lebih baik kerana ianya tarikan utama kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah. Kanak-kanak kat Malaysia ni bila ada je rombongan ke Kuala Lumpur, kalau tak pegi Zoo Negara memang tak sah.Masa saya pegi hari khamis, saya tengok banyak bas sekolah dan ramai kanak-kanak dan pelajar sekolah datang melawat. Bagus la, tradisi rombongan masih dikekalkan.







Saya sengaja memilih jalan-jalan ke Zoo Negara sebab nak bagi anak saya berkembang fikirannya.Berdasarkan pengamatan saya, Zoo Negara masih mempunyai auranya tersendiri berbanding zoo tempat lain.Kat sini nampak 'very natural' macam hutan. Pokok-pokok dibiarkan hidup meliar dengan kawalan.Ada batang pokok dah macam sebesar gajah Pahang.Apa yang saya seronok kat sini ialah macam-macam bunyi-bunyian binatang kedengaran dan bergema satu Zoo bila diaorang bersahut-sahutan antara satu sama lain. Boleh buat Orkestra Binatang ni....kalah abang Ramly MS.




 


Apa yang tak syoknya, memang nampak la beberapa kandang yang tak diurus dengan baik.Binatang pun nampak dah kurang. Banyak sangkar kosong.Kadang-kadang tu, sangkar/kandangnya besar tapi binatangnya seekor-dua ekor je.Taman rama-rama pun tak menarik. Lebih banyak bunga daripada rama-rama. Replika rama-rama lagi menonjol daripada rama-rama.Mungkin masalah bajet kot. Sebab yang urus ni bukan kerajaan tapi badan bukan kerajaan (NGO).









Memang penat sangat la nak meronda berjalan kaki satu Zoo ni dengan keluasan 100 ekar. Itu pun ada beberapa tempat yang tak sempat nak tengok. Besar sangat. Ada satu binatang yang saya tak nampak...Mana buaya ha....

06 November, 2010

BUKIT FRASER, PAHANG : Kenapa Kurang Popular Tapi Hakikatnya Popular......


NOVEMBER 2010

MONUMEN UTAMA BUKIT FRASER
 
 
Sekarang baru saya tahu sebab apa Bukit Fraser nampak seperti Kurang Popular tapi Sebenarnya Popular.Saya akan beritahu apa yang saya rasa :

Gambar di atas : Dalam perjalanan kita akan melalui Empangan Kuala Kubu Bharu.Cantik pemandangan kat sini

Peta Bukit Fraser

Baca la sendiri sejarah Bukit Fraser
  • Jalan menuju ke Bukit Fraser memang lebih mencabar berbanding Cameron & Genting.Selepas melepasi empangan, bersedia dengan plastik. Sebab takut muntah. Jalannya berbukit, ada jalan sehala, jalan kampung, bengkang- bengkok, tak nampak rumah, kiri kanan hanya nampak hutan, jalan ada yang rata, ada yang berlubang, sunyi sepi sebab kurang kenderaan. Dalam perjalanan, macam-macam monyet akan menjadi penyambut tetamu setia, begitu juga bunyi bising unggas dan tempikan ungka sepanjang perjalanan. Perasaan takut dan bimbang mesti ada. 
  • Satu : takut kereta rosak dan abis minyak. 'So' sape la nak tolong.Stesen minyak pun tak nampak. Dua: takut kena tahan dengan penjahat sebab kurang kenderaan. Tiga: takut ada pulak makhluk lain.faham-faham je la. Empat: takut kena serang dengan binatang buas.SEMUA NI KITA KENA LALUI LEBIH DARI 20 KM.

 Gambar di atas : Pintu masuk menuju Bukit Fraser.Nak masuk Bukit Fraser kena tunggu giliran ye sebab jalan sehala...Kalau bawak 'slow', 20 minit gak baru sampai.

  • Tiada tarikan yang mengujakan. Ada Pun :
Menunggang kuda. Itu pun kena bayar satu 'round' RM 5. Tak puas langsung. 


 


Kayuh bot di tempat yang agak menakutkan, macam cerita seram, dikelilingi pokok-pokok hutan dan tak besar mana pun, kawasan airnya. Bayarannya RM 6 untuk 15 minit.Ingat nak main 30 minit. Tak sampai 15 minit dah berhenti. Sebab bosan.






Padang Golf. Ada duit ke...Kalau camtu ambik gambar je la kat belakang padang golf... 



Air Terjun. Mula-mula tu tengok jaraknya hanya 4 km. Pastu dalam perjalanan terpaksa patah balik sebab takut...sunyi sangat dan menakutkan. 
Taman Permainan Kanak-Kanak. ermmm anak saya je la yang 'enjoy'.Tempatnya pun agak lusuh.




Tengok Burung. Kepada peminat burung, boleh la bawa teropong dan kamera untuk menyaksikan 'taman burung semulajadi' dengan lebih 260 spesis burung endemik dan burung yang berhijrah. Sehinggakan Kementerian Pelancongan mengiktiraf Bukit Fraser sebagai 'destinasi memerhati burung terbaik Malaysia'.Sejak tahun 1988, pertandingan perlumbaan mengenal burung antarabangsa (International Bird Race) diadakan setiap tahun di Bukit Fraser.



 Gambar Ihsan

  • Kat sini, jangan bimbang banyak resort, hotel dan banglo. Pilih la mana yang berkenan. Saya pilih Shahzan Inn. RM 168 'golf view satu malam' untuk hari biasa.Boleh la tengok pemandangan cantik berhadapan dengan padang golf.Mula-mula tu pegi 'survey' kat Silver Resort.Ada promosi RM 60 semalam. Tempat dia kat puncak tapi tak jadi sebab takde orang, sunyi sepi, takut.Satu lagi yang saya perasan banyak sangat rumah banglo kat sini. Ada banglo persendirian, ada banglo syarikat, ada banglo kerajaan dan ada banglo untuk disewakan. Biasanya lebih RM1000 satu malam.
 
 Gambar di atas : Hotel tempat kami menginap dan pemandangan daripada bilik hotel

  • Kemudahan lengkap.Ada masjid cantik, Ada banyak kedai makan (semua satu tempat). Ada Pejabat Pos. Ada klinik. Ada Balai Polis. Ada Kedai Cenderahati. Ada Kedai Runcit.Cuma stesen minyak je tak nampak...kat mana ha...Bangunan kat sini terutama yang dekat dengan jam semua bercirikan ala-ala Inggeris (Macam bangunan Scotland kot)





  • Cuaca kat sini memang sejuk. Waktu petang dan malam boleh mencecah bawah 22 darjah celcius.Kat sini tempatnya tenang, damai, nyaman dan sunyi dari kesibukan.
 

Untuk orang-orang biasa yang suka suasana seperti Cameron dan Genting, mesti diaorang sangat kecewa dan rasa tidak berbaloi datang Bukit Fraser. Tetapi bagi orang yang suka kan kehidupan yang tenang, damai, tenteram, aman, nyaman, sunyi, relaks kemudian dengan cuaca sejuk pulak, pastinya golongan jenis ni cukup suka dengan Bukit Fraser...

Kesimpulannya: 

Bagi saya, walaupun jalannya agak mencabar, saya rasa seronok kat Bukit Fraser dan menenangkan hati saya. Tenang melihat kehijauan hutan. Tenang rasanya dapat keluar daripada dunia kesibukan dan kezaliman manusia.Tenang rasanya bila dapat menunaikan solah dalam suasana sejuk dan sunyi sepi.Saya rasa, inilah tempat yang paling sesuai untuk bermuhasabah diri dan mengeratkan hubungan kekeluargaan....

Teka apa nama serangga macam ranting kayu ni...

 
Gambar di atas : Kenapa kat Bukit Fraser tak banyak taman bunga macam kat Cameron ye...pada hal cuaca sama je...masalah tanah ke...