05 December, 2010

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN : Bukan Sekadar Pantai.....

PANTAI PORT DICKSON...Ini la 'trade mark' Negeri Sembilan daripada dulu sampai sekarang. Tempat kesukaan budak-budak dan kesukaan ahli keluarga. Kat sini je yang agak selamat kerana pantai nya landai berbanding pantai Terengganu & Kelantan. Walaupun landai, saya pernah hampir lemas kat pantai ni masa kecik-kecik dulu. Terlepas pelampung. Alhamdulillah ada cikgu tu nampak saya tenggelam timbul pastu cepat-cepat tarik tangan saya. Kalau tak, ermmm...takde la saya tulis blog ni.

Port Dickson diambil nama sempena pegawai British pada zaman penjajahan British iaitu Sir John Frederick Dickson.Sebelum zaman penjajah, Port Dickson dipanggil TANJUNG TIN sebab pantainya berbentuk tanjung kecil, sesuai untuk kapal-kapal berlabuh. Ada gak orang-orang tua bangsa Cina dan India zaman dulu memanggil ARANG sebab ada kilang arang kat depan pantai.
 

Pantai Port Dickson adalah pantai yang paling lengkap di Malaysia. Nak pegi sini, dah ada highway Port Dickson. Beratus Hotel, apartment, resort, motel dan bilik. Pilih je, ikut bajet sendiri-sendiri. Pekan yang membangun dan beratus kedai makan.Cuma tak syoknya, bagi orang yang celik mata hatinya akan merasa kecewa kerana keindahan pantai kadang kala dicemari dengan pelbagai aktiviti yang tak bermoral. Kat surat khabar pun dah berbuih cerita tentang pesta seks, pesta arak, pesta dadah kat Pantai Port Dickson.


 
 
 

2) TIARA BEACH RESORT

Tiara Beach resort adalah pantai dalam resort dan dikategorikan sebagai Malaysia's Biggest Man-Made Beach. Kat sini semua kemudahan ada dan tu sebabnya resort ni dianggap 'First Fully Integrated Resort'. Tengok sendiri la gambar kat bawah.








3) ILHAM RESORT & HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN


 
Saya pernah 'jungle tracking' kat Hutan Tanjung Tuan. Pintu masuk bersebelahan je dengan Ilham Resort.Yang 'best' nya, hutan ni terletak di Negeri Sembilan tapi di bawah pemerintahan kerajaan Melaka. Hutan ni memang sempadan Negeri Sembilan - Melaka la.
Pintu Masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Dulu Tanjung Tuan dikenali sebagai Cape Richardo. Ada cerita mengatakan Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang ada keramat yang mengawasi puncak Tanjung Tuan. Mistik ni...Ceritanya begini, dulu apabila bulan mengambang, ada pusaran ganas di tengah laut kat Selat Melaka ni la. Semua nelayan akan tenggelam dan hilang apabila melalui pusaran ni kecuali nelayan sorang ni yang dianggap keramat. Entah betul...entah tidak...cerita orang tua-tua je.

Tapi apa yang pasti, Hutan Tanjung Tuan  adalah persinggahan lebih 300,000 ribu ekor daripada lebih 54 spesis burung setiap tahun. Di puncak bukit, kita akan sampai di rumah api Tanjung Tuan dipanggil Rumah Api Cape Rachado.Rumah api asal telah musnah sejak abad ke-16 lagi akibat peperangan.Sebelum tiba di rumah api saya melalui beberapa telaga usang. Pemandu tu kata kemungkinan bekas tapak kaki Hang Tuah. Entah betul...entah tidak...Tapi bila tengok telaga ni memang tegak bulu roma. Kat sini juga, kita akan melihat pantai tersembunyi yang indah dan langsung tak tercemar. Kami juga melalui lereng-lereng bukit yang boleh tahan gak bahayanya.Kat sini gak, kita akan melihat air mata air yang mengalir di sebalik rekahan batu pantai.Saya sempat minum air ni menghilangkan dahaga.





 


Gambar di atas sebelah kiri...betul ke tapak Hang Tuah...payah sikit nak pecaya, takde bukti saintifik..
Gambar di atas sebelah kanan : Ingat lagi tahun 2009. Gempar satu Malaya kat Pantai Tanjung Tuan ada buaya yang berjaya dilihat oleh Khoo Swee Seng, ahli Persatu Pencinta Alam Malaysia. Panjang buaya air masin ni lebih kurang 2.5m, muncul 30 minit dan bergerak melawan arus arah selatan sekitar 20 meter dari pantai


4) SELESA BEACH RESORT



 5) GLORY BEACH RESORT


6) 'CAMPING' & KAYAK

 




PAMERAN PETROSAINS DINASOUR : Zaman Mesozoic Kembali ke Pulau Pinang...

DISEMBER 2010



Pengembaraan PETROSAINS DINOTREK 2 adalah berkaitan pendidikan. Sesuai betul untuk seisi keluarga. Kalau ada budak-budak kecik lagi syok. Seronok tengok telatah diaorang.Karnival ini diadakan di AEON Seberang Perai City Shopping Centre, Pulau Pinang.





Di sini, alam 'dinasour' pada zaman Mesozoic 250-65 juta tahun dulu telah dihidupkan kembali dengan teknologi robot dengan kesan khas bunyi yang mengagumkan. Persekitarannya nampak macam 'real', mengujakan dan mengimaginasi sesiapa sahaja yang berkunjung.Sebenarnya, tak sampai 30 minit dah boleh abis pusing tapi yang penting banyak fakta menarik yang diperolehi. Ok la agak berbaloi la dengan tiket masuk RM6.


T-REX  -  Dijumpai kat Amerika Utara dan panjangnya 12 meter. Mulut besar, sekali telan seorang manusia.Memang senang mengunyah tulang-tulang macam kita makan tulang ayam KFC.

SPINOSAURUS  -  Dijumpai di Amerika Utara dengan panjang 18 meter. Ada sirip besar kat belakang. Sirip ini bukan untuk menakutkan tetapi bagi tujuan mengawal suhu.Boleh membesar sehingga 40-50 kaki panjang. Suka makan 'dinasour' lain dan makan ikan.


VELOCIRAPTOR  -  Dijumpai kat Mongolia dengan panjang 1.8 meter. Pendek je...Otak dia besar, jadi geneus sikit la 'dinasour' ni. Gigi dan kukunya tajam dan agak panjang.



STEGOSAURUS  -  Kat Amerika Utara gak dengan panjang 9 meter. Otak dia kecik je sebenar kacang ('walnut'). Maksudnya 'dinasour' ni agak bengap sikit la.Boleh memanjang sehingga 30 kaki sebesar bas ekspres.


PROTOCERATOPS  -  Dijumpai di Mongolia dengan panjang 1.8 meter.Beratnya boleh mencecah 900 'pounds'. 'Abang Mat' kita ni suka makan tumbuh-tumbuhan je. ermmm...vegetarian rupanya. Nak diet la tu tapi kenapa gemuk sampai 900 'pounds'. T-Rex yang suka makan daging yang berlemak pun kurus. Pelik-pelik...