DISEMBER 2010
Dewan C - Pameran daripada syarikat antarabangsa berinsentifkan agro samaada syarikat Malaysia atau syarikat Luar Negara. Penglibatan daripada syarikat antarabangsa ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai Pameran Pertanian Mendapat Penyertaan Antarabangsa Terbesar. Dewan D (tingkat bawah) - Kat sini beratus gerai-gerai menjual makanan dan minuman. 'Order' je apa, semua ada. Dewan D (tingkat atas) - Agrobazaar. Pameran dan jualan produk syarikat mikro, kecil dan sederhana. Ada lebih 400 gerai kat sini.. Fuhhh memang tak mampu den menengoknya...
PENGALAMAN DRAMATIK MAHA 2008
| Saya nak pegi bangunan bumbung biru tu.. |
Gambar di atas: Kenangan MAHA 2008
Pengunjung di Pintu 1 ni memang sangat ramai. Patut la MAHA 2010 ni dapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai Pengunjung Terbanyak Dalam Mana-Mana Pameran.
1. PENTAS PERSEMBAHAN..kebetulan masa ni ada persembahan masakan selebriti..
2. DEWAN A
Pameran berkaitan Kementerian, Jabatan Kerajaan, Agensi kerajaan, Institut Pengajian Tinggi, Persatuan dan Pertubuhan berkaitan Pertanian.
2. DEWAN B, DEWAN D & DEWAN C
Pameran & jualan barang-barang & perkhidmatan berasaskan agro daripada syarikat swasta, syarikat EKS, Syarikat PKS dan syarikat antarabangsa.







