03 August, 2011

EKSPEDISI KE DUSUN DURIAN KUALA NERANG, KEDAH ; Makan Durian Sambil Tengok Durian Jatuh Dari Pokok.....

6 JULAI 2011
Kat Kuala Nerang ni memang terkenal dengan dusun durian dan pokok rambutan. Tahun ni, alhamdulillah pokok durian banyak menjadi...banyak buah berbanding tahun-tahun sebelum ni. Harga durian pun dah turun mencanak sehingga sebiji RM 1. Nak buat camne, buah banyak , penawaran melebihi permintaan.
 
 
 
Saya pun apa lagi buat 'plan' dengan 'students' kuliah saya hampir 40 orang, naik bas kolej dan pergi waktu petang, lepas asar ke dusun durian Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang.Kami tempah pulut dengan santan (pulut durian, orang Kedah punya menu). Pastu kami beli rambutan lebih 10 ikat.
 
 
Alhamdulillah, dah rezeki kami. Pemilik dusun durian ni, tak mau terima duit. Dia kata, nak buat kenduri "makan la sepuas-puasnya durian ni sampai muntah". Kemudian ada lagi, orang kampung yang sedekah rambutan jenis kacang goreng. Wowwww, memang pesta buah-buahan betul la.(KOLEKSI GAMBAR IHSAN KAWAN SAYA,CIKGU MIOR, dia ni pakar ambil gambar, tengok la website dia '1001 kenangan')
 
 
 
 
Memang sangat berbeza, makan durian kat rumah dengan makan durian kat dusun. Makan kat dusun, memang ada 'feel' la. Kepuasannya sangat berbeza. Bentang tikar kat tepi pokok durian, pastu belasah durian ramai-ramai sambil makan pulut dan rambutan.Tengah asyik makan, tiba-tiba, gedebukkkkk, durian luruh macam bom jatuh. Apalagi, kami pun serbu kat semak-semak, mencari hasil yang 'fresh'.Pemandangan sekeliling pun cukup menenangkan dengan terbentangnya sawah padi yang hampir menguning dengan tiupan angin yang menenangkan fikiran.
 
 
Saya seumur hidup, tak pernah pergi dusun durian dan saya yakin pelajar saya pun ada yang tak pernah pergi dusun durian. 'So' ini lah pengalaman yang tidak boleh dilupakan.Saya sempat bagi cadangan kat pakcik pemilik durian " tempat ni boleh jadi kawasan pelancongan dusun durian yang popular pada masa akan datang, kalau dimajukan sebab tempatnya sangat strategik"

DURIAN di PUNCAK BUKIT RELAU, BALIK PULAU ; Susahnya nak makan durian kat atas bukit ni....

22 JUN 2011

Bulan JUN & JULAI merupakan syurga durian di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kebetulan ada kursus di Batu Ferringhi, apa lagi, saya dan kawan-kawan pun pergi ke Puncak Bukit Relau, Balik Pulau melalui Teluk Bahang. Mak oiii, jalannya boleh tahan. Melalui jalan berbukit yang agak sempit dan bengkang bengkok. Semakin tinggi naik ke bukit, semakin banyak dusun durian kiri dan kanan.Kita boleh nampak rimbunan buah Durian Kampung, Udang Merah, Labu Air, Isi Merah, Hati Merah Ang Jin, D24 dan Musang King di tepi jalan. Ada pulak, buah yang diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok.Gerai-gerai durian pun semakin banyak di tepi jalan.Sebenarnya, mahal gak beli durian kat sini dan mungkin lebih mahal. Pastu, tak semua buah yang kita beli ok.Durian yang kami beli pun ada yang tak ok.gerammmm iiiii.....
 
 
 
 
 

"Pusat pemandangan panorama Balik Pulau ini terletak lebih kurang empat kilometer dari pekan Kongsi di Balik Pulau, atau dari pekan Relau di Bayan Lepas. Perjalanan dari Jambatan Pulau Pinang (keluar ke arah Bayan Baru) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas mengambil masa lebih kurang 30 minit dan dari Terminal Feri Weld Quay, lebih kurang 45 minit." (http://blog.balikpulau.org/2010/03/pesta-durian-buah-buahan-anjung-indah-1.html )

PADANG BESAR, PERLIS ; Pusat Sehenti Membeli Barang-Barang Murah dan Jenama Tiruan...

JULAI 2011
Syok tengok pemandangan ladang tebu yang menghijau sepanjang jalan menuju ke Padang Besar. Jangan terkejut, tiba-tiba ada pemeriksaan polis. Jangan bimbang, diaorang tak kan tangkap kita kecuali la penyeludup beras siam yang tak mau bayar cukai.Padang Besar adalah daerah sempadan dengan Thailand. Bila masuk kawasan ni, rasa bukan macam kat Malaysia pulak.
Di sini, saya anggap sebagai Pusat Sehenti tempat Membeli Belah (One Stop Center). Semua barang-barang yang diperbuat daripada Thailand dan barang jenama tiruan ada di sini seperti barangan kulit, pakaian, cenderamata, makanan, alatan rumah, perhiasan, alat permainan, barang perkahwinan dan pelbagai barangan keperluan rumah. Barangan bebas cukai pun ada dijual di sini.

Tempat ni, kalau 'time' cuti, memang sibukkkkk sangat dan raaaamai orang. Syok tengok orang tawar-menawar barang walaupun barang tu dah murah. Pembeli terutama perempuan memang akan berjuang habis-habisan untuk dapatkan harga yang paling rendah.Difahamkan, peniaga-peniaga di sini majoriti dari Selatan Thailand yang seperti orang Melayu dan boleh berbahasa Melayu.Kalau sesama geng diorang, memang biasa la dengar cakap bahasa Siam.