03 January, 2012

LIMA LANGKAWI 2011 : Ngauman di Langit Biru....

DISEMBER 2011
Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) dibuka kepada orang awam pada 9-10 Disember 2011 mencipta rekod penganjuran aeroangkasa dan maritim terbesar di Malaysia sejak pameran dwi tahunan itu diperkenalkan pada 1991 sehingga menerima Malaysia Book of Records.

Bukan calang-calang statistik LIMA tahun ini :
  • 403 jumlah syarikat pempamer termasuk 225 pemain utama industri aeroangkasa dan maritim dunia melibatkan lebih 35 buah negara.Peningkatan 25 peratus berbanding edisi 2009.
  • Rekod baru pengunjung 160,000 dalam tempoh lima hari berbanding tahun 2009 sekitar 71,000 orang.
  • Pameran Maritim di Jeti Awana Porto Malai dikunjungi 45,000 orang berbanding 23,000 tahun 2009. Ada 28 kapal milik TLDM dan asing mengambil bahagian dalam pameran Maritim.
  • Kehadiran pesawat dari luar negara meningkat lebih dua kali ganda berbanding dua tahun lalu daripada 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah daripada 10 kepada 12 buah kapal.



Rangkuman gambar-gambar di atas : Saya dan family naik di Kuala Perlis sebab tiket murah RM 18 dewasa. Pastu perjalanan agak singkat berbanding Kuala Kedah, 1 jam 15 minit boleh sampai kalau laut ok.Laut pun tak berombak sangat. Di sini lebih mudah cari parking dan tempat agak luas, tak le berserabut. Nak angkat barang dari kereta pun senang.Hanya parking sebentar kat depan pintu utama, pastu angkut barang dan kaunter tiket pun dekat.Sori la...saya tak kan pergi naik dari Kuala Kedah..labih-lebih lagi bawak budak kecik. Majoriti orang Kedah pun naik kat Kuala Perlis.

Masa ini kat jeti memang ramai sangattttttt orang nak tengok LIMA. Memang berserabut tengok. Nak beli tiket pun kena beratur panjang.Jangan bimbang bot banyak...InsyaAllah mesti dapat tiket punye la.Sampai di jeti Kuah, memang ramaaaaaai sangat pengunjung. Sesiapa yang pergi 'last minute' confirm tak dapat kereta sewa. Naik teksi pun terpaksa berebut-rebut.Saya kena beli tiket perjalanan pulang dulu, takut abis tiket untuk esok.

PAMERAN MARITIM

2 tahun lepas, saya tak sempat tengok Pameran Maritim. Jadi kali ini, kami pergi dulu tempat ni...Perjalanan ke sini sedikit lancar sebab pengunjung lebih suka pergi Padang Matsirat.
Gambar di atas : Ini tempat pameran pertama berkaitan TLDM di luar pintu masuk...kami pun masuk, itu pun sebab nak dapat kipas kertas percuma.




Rangkuman gambar-gambar di atas : Ini mungkin tarikan utama. DEMONTRASI MARITIM....Menarik gak la tengok bot tu berpusing-pusing tak tentu hala...




Rangkuman gambar-gambar di atas : Perjalanan nak menuju ke tapak pameran utama Maritim di Jeti Star Cruise memang jauh. Dekat 2 km gak kena berjalan. Dah la panas pastu jauh pulak. Kalau bawak baby dan kanak-kanak mesti bermasalah. Saya terpaksa upah aiskrim kat anak saya supaya jalan sendiri.

Sampai di sana. Saya tertanya mana kapal selam ????. Hanya ada 2 buah kapal laut. Satu kepunyaan tentera India dan satu lagi dari TLDM. Pastu, ada la kapal-kapal kecil. Pastu, orang ramai berbaris panjang nak masuk kapal...Bila fikir-fikir balik macam tak berbaloi je jalan jauh-jauh pergi tempat ni...Dekat suratkhabar cerita pameran maritim ni macam hebat sangat.Bila tengok sendiri ermmm dapat penat je lebih...




Rangkuman gambar-gambar di atas : tu aje la kapal-kapal laut yang dipamerkan. Patut la orang malas nak tengok pameran kat sini....

PAMERAN AEROANGKASA, MIEF, PADANG MATSIRAT.

Nak pergi tempat ni memang sangat sesak dengan kenderaan. Kalau tak kena pada masanya kita boleh sangkut sejam dalam kesesakan.Di sini lah tumpuan orang ramai.

 

Rangkuman gambar-gambar di atas : PERTUNJUKAN UDARA. 
Pertunjukan ini cukup mengujakan dan terbaik daripada peswat Model Extra 300L, pesawat TUDM MiG 29 ' Smokey Bandit ' Squadron 17, pesawat C-130, pewawat pemintas termoden Sukhoi SU-30MKM,Pasukan aerobatik udara 1Malaysia yang dikenali sebagai "KRISAKTI, pesawat pejuang Rafale dan pesawat Super Hornet   .

Detik yang paling menarik apabila kapal terbang melintasi di atas kepala kita dengan deruman yang cukup kuat dan nyaring..wowwww....rasa macam Malaysia kena serang pulak.










Rangkuman gambar-gambar di atas : Setelah berpanas menyaksikan pertunjukan udara. Saya melawat Dewan Pameran Aeroangkasa dan Maritim. Tengok la sendiri kehebatan, kecanggihan terkini dan kerakusan perlumbaan sistem pertahanan dunia yang dipamerkan setiap booth. Sebenarnya, pameran ni sama je sebelum-sebelum ni..mungkin ada terkurang atau penambahan peserta pameran....

 
 
 
 
 
 
 
Rangkuman gambar-gambar di atas : Memang tidak dinafikan tempat ni memang 'best'... Speechless... Saksikan sendiri kecanggihan kapal terbang pejuang terbaik dunia. Di sini la puncak keterujaan LIMA. Orang ramai sanggup berpanas dan beratur panjang untuk masuk, mencuba dan melihat sendiri isi di dalam kapal terbang yang begitu canggih....Ada budak kecik ni payah sikit nak beratur...tengok dari jauh pun takpe la...

02 January, 2012

MALAYSIA AIR FESTIVAL, SUBANG : Melihat depan mata kapal terbang turun & naik....

NOVEMBER 2011.
Saya tidak pasti samaada festival ini mengujakan atau tidak. Promosinya agak hebat di surat khabar. Maklum la meraikan 100 tahun Penerbangan Malaysia 1911-2011 di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang dianjurkan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.Kalau mengikut surat khabar lebih kurang 50,000 orang pengunjung.Masa saya pergi takde pulak ramai orang.



Gambar di atas : Sebelum melawat tapak pameran utama, kami pergi tengok pameran New Straits Times iaitu pengembaraan bergambar festival 100 tahun penerbangan Malaysia. Ada la beberapa booth berkaitan penerbangan yang tidak berapa menarik perhatian saya.Selepas itu, pergi ke kaunter dan beli tiket RM 10 untuk melihat tapak pameran utama.

Lawatan anak ke-2 saya yang pertama......








Orite la...banyak juga kapalterbang dan helikopter yang dipamerkan. Kita boleh melihat secara dekat melihat luar dan di dalam kapal terbang. Kalau ada peluang, mungkin kita diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri di dalam kapal terbang. Tiba-tiba ada pulak pertunjukan aerobatik daripada juruterbang lagak ngeri Les Vorosmarthy dengan pesawat merah, Extra 300L yang terbang 900 meter dari paras bumi...Hebat la mat saleh ni...gerun gak tengok....

Satu lagi..di tapak pameran ini, kita boleh lihat secara dekat kapal terbang Firefly dan berjaya Air turun naik ambil dan turunkan penumpang.